Tatacara/Prosedur Jenayah Syariah
Oleh:
Shamsuddin B. Hussain
KPS JAWI
Apa yang paling penting diketahui
Akta/Enekmen Prosedur Jenayah bukanlah undang-undang substantif yang mana ketidakpatuhan mana-mana prosedur, tidak lah menyebabkan prosiding menjadi batal dan tidak sah kecuali kegagalan tersebut menyebabkan berlaku ketidakadilan. LIHAT S. 205-207 A560. Ia hanya membantu pengamal undang-undang menjalankan prosiding kes jenayah syariah dengan teratur, kemas dan seragam.
Samb…
- Perbezaan antara “aduan” dan “maklumat”. Yang dimaksudkan oleh “aduan” oleh A560 adalah yang dibuat kepada Hakim. Manakala “maklumat” adalah yang dibuat kepada PPA.
- Keperluan kepada izin KPS untuk menjalankan kuasa-kuasa siasatan bagi kesalahan tak boleh tangkap.- s. 55 ( 2 ).
- Kerpeluan kepada izin KPS untuk pendakwaan kesalahan s. 35-40 Akta 303 dan s. 4,8,9,12 dan 13 A559.
Samb…
- Ketua Pendakwa Syarie hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menururt budibicara untuk memula dan menjalankan prosiding bagi suatu kesalahan di hdp Mahkamah Syariah. – S. 58 ( 2 ) A 505
- Ketua Pendakwa Syarie mempunyai kuasa kawalan dan arahan ke atas Pendakwaan dan prosiding jenayah di bawah Akta Prosedur ini. – S. 181 A560
Samb…
Perbezaan antara kesalahan boleh tangkap dan tak boleh tangkap-
- Kesalahan boleh tangkap tanpa waran iaitu kesalahan yang hukumannya adalah penjara satu tahun atau lebih.- s. 2 ( 1 )
- Manakala kesalahan tak boleh tangkap tanpa waran adalah kesalahan yang hukumannya penjaranya kurang dari satu tahun atau hukuman denda sahaja. – s. 2 ( 1 )
Samb…
- CPC bukan sahaja membahagikan kes kesalahan boleh tangkap dan tidak boleh tangkap tetapi juga menkatagorikan kes jenayah kepada 2 jenis iaitu kes saman dan kes waran. Kes waran diberikan definasi sebagai kes yang berhubungan dengan kesalahan yang boleh dihukum mati atau hukuman penjara yang melebihi 6 bulan. Manakala kes saman adalah kes selainnya.
- Di bawah Akta 560 terdapat perkataan “kes saman” iaitu di bawah s. 74 ( 2 ). Secara tersirat, wujud kes waran, iaitu lawan kepada kes saman. Malangnya tiada takrif mengenainya diberikan oleh A560. Tafsiran ini penting untuk menentukan cara memaksa kehadiran tertuduh ke Mahkamah sama ada melalui saman atau waran tangkap.
PROSEDUR YANG MELIBATKAN PPA
- PROSEDUR SIASATAN TERMASUK PENGELEDAHAN DAN PENYITAAN
- PROSEDUR TANGKAPAN
SIASATAN
- Umumnya, semua kes jenayah syariah bermula dengan siasatan.
- Di bawah A560, kuasa menyiasat bukan sahaja diberikan kepada PPA tetapi juga kepada Hakim dalam kes-kes tertentu.
- Kuasa PPA menyiasat adalah bermula apabila dia menerima maklumat mengikut s. 54.
- Manakala Hakim boleh membuat siasatan secara sendiri atau mengarahkan PPA melakukannya apabila dia memutuskan untuk mengambil tahu mengenai kesalahan yang diadukan kepadanya. Siasatan dilakukan apabila setelah dia memeriksa pengadu, dia ragu-ragu terhadap kebenaran aduan mengenai sesuatu kesalahan. Tujuan siasatan adalah bagi maksud pengeluaran saman ke atas orang yang diadu. Jika dia berpuashati terhadap kebenaran aduan pengadu, maka dia boleh terus mengeluarkan saman tanpa perlu menyiasat aduan tersebut. Justeru itu jika PPA memohon untuk saman dikeluarkan, maka kuasa Hakim untuk mengambil tahu aduan ini adalah terhenti. Proses siasatan ini dari sudut-sudut undang-undang dikenali sebagai judicial inquiry. LIHAT S. 74-77.
- Objektif/tujuan diberi kuasa siasatan kepada Hakim, adalah jika maklumat yang diberikan oleh pengadu kepada PPA tidak diambil tindakan. Justeru itu pengadu boleh pergi kepada Hakim supaya Hakim sendiri mengambil tindakan.
Samb…
- Peruntukkan-peruntukkan di bawah Bab Aduan Kepada Hakim yang tidak ada di bawah Akta 560 ini jika dibandingkan dengan CPC adalah –
1. Kuasa pendakwaraya untuk mengarahkan Polis membuat siasatan dan melaporkan hasil siasatan kepadanya. Tujuan kuasa ini diberikan adalah untuk menghentikan prosiding siasatan oleh Majistret.
2. Peruntukkan yang menghendaki majistret menyampaikan notis tentang hasratnya untuk menyiasat sendiri kepada pendakwaraya sebelum siasatan dijalankan dan pendakwaraya boleh hadir membantu Majistret menjalankan siasatan.
- LIHAT S. 133 ( 1A ), ( 1B ) & 134 ( 2 )
3. Mengeluarkan saman jika aduan itu mengenai kes yang termasuk di dalam kes saman atau mengeluarkan waran tangkap jika aduan termasuk dalam kes waran atau boleh mengeluarkan saman sahaja.
4. Prosiding selepas kehadiran orang yang disaman sama ada perlu diwakili peguam tatacara jika orang yang di saman mengaku salah.
LIHAT S. 136 & 137 CPC
Samb…
- Ketiadaan peruntukkan seperti yang ada di bawah CPC ini menyebabkan prosiding yang berkaitan dengan aduan kepada Hakim ini sukar difahami dan juga sukar dilaksanakan.
Cara Menyiasat
1. Menyiasat di lokasi/tempat kesalahan yang disebut di dalam maklumat
– LIHAT S. 57.
2. Menyiasat melalui saksi-saksi yang mengetahui fakta
– LIHAT S. 59.
3. Mengeledah untuk mendapat dokumen dan benda
- LIHAT S. 63.
Maklumat
- Prosedur awal – terima maklumat mengenai perlakuan atau kesalahan – prosedurnya ditetapkan di bawah s. 54 Akta 560.
Kepentingan Maklumat
- Syara’ mengharamkan tajassus ( Firman Allah: “…dan janganlah kamu mencari-cari keburukan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain”…al-Hujurat: 12 ).
- Fuqaha mengecualikan tajassus dalam keadaan apabila wujud zan al-ghalib mengenai pelakuan maksiat antaranya seperti ia di khabarkan oleh seseorang yang boleh dipercayai tidak berdusta – lihat Dr. Abdul Kadir Audah dalam al-Tasyri’ al- Jinaaie al-Islami, juz 1, hlm 504.
Kewajipan Orang Awam Memberikan Maklumat
- Orang awam mesti melaporkan kepada PPA jika mengetahui tentang pelakuan kesalahan atau niat seseorang untuk melakukan kesalahan – LIHAT S. 9.
- Cuma tiada peruntukkan mengenai penalti jika mereka gagal berbuat demikian. Jadi peruntukkan dari segi undang-undangnya tidak mempunyai efek.
- Berbanding CPC, ia menjadi kesalahan mengikut s. 152 Penal Code.
Cara Menerima Maklumat
1. Maklumat hendaklah di dalam borang 5 sama ada ia dibuat dalam bentuk bertulis atau lisan – lihat s. 54 ( 1 ) dan ( 2 ).
2. Jika lisan – diubah kepada bentuk bertulis dan ditandatangani oleh pemberi maklumat setelah dibacakan kepadanya.
3. Jika bertulis hendaklah ditandatangani sahaja oleh pemberi maklumat.
Isu -- bolehkah PPA melaksanakan kuasa-kuasa menyiasat jika maklumat diperolehi melalui telefon, media massa dsb – lihat s.57 ( 1 )
Maklumat Kesalahan Tak Boleh Tangkap
1. Jika maklumat mengenai kesalahan tak boleh tangkap – PPA hendaklah merujuk pemberi maklumat kepada Hakim Mahkamah Rendah Syariah – lihat s. 55 ( 1 ) di baca bersama s. 74-77
*** Sukar dilaksanakan kerana Mahkamah Syariah tidak mempunyai hakim khusus yang semata-mata membicarakan kesalahan jenayah sebagaimana Mahkamah Sivil.
***Subseksyen ini bersamaan dengan s. 108 ( 1 ) CPC.
2. PPA dikehendaki mendapatkan Perintah daripada KPS, jika mahu menjalankan kuasa-kuasa menyiasat terhadap maklumat mengenai kesalahan tak boleh tangkap – lihat s. 55 ( 2 ).
Maklumat Kesalahan Boleh Tangkap
3. Nilai sama ada maklumat yang diterima itu boleh menimbulkan syak mengenai kesalahan tersebut.
4. Jika menimbulkan syak, lapor kepada KPS, jika mahu menyiasat ditempat kesalahan ( to the spot ) yang disebut di dalam maklumat tersebut.
5. Pergi sendiri ke lokasi atau mempertanggungjawabnya kepada pegawai bawahannya.
- LIHAT S. 57 ( 1 )
Note:semua maklumat yang diterima perlu dilaporkan kepada KPS kecuali yang diarahkan oleh KPS tidak perlu dilaporkan kepadanya.
Samb…
6. Jika tiada alasan untuk bertindak ( tidak menimbulkan syak ), PPA tidak perlu perlu melakukan perkara 4 dan 5 tetapi dengan syarat direkodkan dalam laporannya sebab-sebab dengan sepenuhnya – LlHAT S. 57 ( 1a ).
7. Jika maklumat itu mengenai kesalahan boleh tangkap yang serius dia hendaklah pergi dengan serta merta ke tempat tersebut. Jika mengenai kesalahan yang tidak serius, tidak perlu pergi dengan serta merta dengan syarat dia perlu merekodkan sebab-sebab dalam laporannya – LIHAT S. 57 ( 1 b ).
***S. 57 ( 1 b ) ini telah dipinda kepada “membuat siasatan serta merta ditempat kesalahan dilakukan” untuk menyesuaikan dengan versi Inggerisnya “on the spot” melalui Akta A1252.
Kuasa PPA Memanggil dan Memeriksa Saksi
- PPA ada kuasa untuk perintahkan ( secara bertulis ) mana-mana orang yang ada pengetahuan tentang kes yang disiasat.
- Jika enggan hadir, PPA boleh melaporkannya kepada Hakim untuk pengeluaran w. tangkap ke atas orang tersebut.
- LIHAT S. 58 ( 1 ) & ( 2 ).
***Proses siasatan tergangu apabila orang tersebut berada di luar W. Persekutuan kerana disebut dengan jelas kuasa PPA dalam hal ini hanya sekiranya orang itu berada di W.P.
Cara Merekodkan Pernyataan Saksi/Lain-Lain Orang
- Pemeriksaan boleh dibuat secara lisan dan diubah ke dalam bentuk bertulis, dibacakan kepada orang yang diperiksa dan kemudian ditandatangani oleh orang yang diperiksa dihadapan 2 orang saksi setelah dibuat pindaan atau pembetulan ( jika ada ) – LIHAT S. 59 ( 1 ) di baca bersama subseksyen ( 4 )
- Semua soalan wajib dijawab oleh yang diperiksa dan PPA mesti memaklumkan tentang kewajipan tersebut sebelum mengemukakan soalan ( LIHAT S. 59 ( 2 ) dibaca bersama subseksyen ( 3 ) . Jika enggan, ia akan menjadi satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s. 215.
- Semua jawapan hendaklah benar dan PPA hendaklah memaklumkan kewajipan tersebut kepadanya sebelum memeriksanya ( LIHAT S. 59 ( 3 ). Jika sebaliknya ia menjadi satu kesalahan yang boleh dikenakan penalti di bawah s.211.
Samb…
- “mana-mana orang” yang disebut di bawah s. 59 itu termasuk juga orang yang disiasat ( suspek ).
- Tiada peruntukkan mengenai pernyataan beramaran ( caution statement ) sebagaimana yang terdapat di dalam s. 113 [ 1 a ( ii ) ] CPC.
Dorongan, Ancaman atau Janji
- PPA atau pihak berkuasa tidak boleh melakukan ketiga-tiga perkara tersebut terhadap tertuduh bagi mendorongnya membuat apa-apa pernyataan yang ada kaitan dengan pertuduhan terhadapnya. – LIHAT S. 61 ( 1 ).
- Semasa proses siasatan PPA atau orang lain tidak boleh memberi amaran atau selainnya bagi menghalang atau tidak mengalakkan mana-mana orang daripada membuat sesuatu pernyataan yang mana orang itu mungkin bersedia melakukannya secara sukarela. – LIHAT S. 61 ( 2 ).
Kesan Perundangan Pernyataan Saksi dan Orang Yg Disiasat
- Pernyataan OYDS tidak boleh digunakan sebagai keterangan semasa perbicaraan.- LIHAT S. 60 ( 2 ). Sebabnya mungkin kerana tidak ada peruntukkan mengenai caution statement.
- Pernyataan saksi juga tidak boleh digunakan kecuali untuk mencabar kebolehpercayaannya ( impeach ).- LIHAT S. 60 ( 2 ) A560 kerana s. 111 Akta 560 menghendaki keterangan direkodkan di hdp OKT.
- Pengecualian 1: Pernyataan saksi boleh digunakan sebagai keterangan bagi prosiding di bawah s. 211 iaitu pendakwaan terhadap saksi kerana memberikan pernyataan palsu. – LIHAT S. 60 ( 3 ) A560.
Samb…
- Pengecualian 2 : Pernyataan saksi juga boleh digunakan sebagai keterangan menyokong testimoni yang telah diberikan di hadapan Mahkamah mengikut s. 110 Akta 561.
- Impeachment prosiding terhadap saksi dalam kontek ini boleh dibuat sama ada oleh OKT atau oleh pihak Pendakwaan tetapi pihak pendakwaan hanya boleh berbuat demikian dengan kebenaran Mahkamah – LIHAT S. 108 Akta 561.
- Sungguhpun begitu, prosiding merekodkan pernyataan saksi dan suspek masih releven untuk tujuan pihak pendakwaan memutuskan sama ada kes kukuh untuk prosiding pendakwaan.
Samb..
- Isu perbincangan –
1. Di bawah s. 61 ( 1 ) perkataan yang digunakan adalah tertuduh. Ini dapat difaham bahawa siasatan telah selesai dan suspek telah dituduh di mahkamah. Ini bermakna juga bahawa dorongan, ancaman atau janji berkenaan adalah bertujuan untuk tertuduh membuat apa-apa pernyataan di Mahkamah dan bukan semasa siasatan kerana pernyataan suspek tidak boleh diterima sebagai keterangan.
2. Di bawah s. 61 ( 2 ) pula adalah merujuk kepada semasa proses siasatan. Persoalannya kenapa dikait dengan persoalan kemahuan. Apakah jika dia tidak mahu membuat apa-apa pernyataan, PPA boleh menghalangnya daripada membuat pernyataan. Ini mungkin ada kaitannya dengan peruntukkan mengenai penalti di bawah s. 212 di mana jika dia berkemungkinan dalam keadaan tidak free will, halangan tersebut tidak menjadi satu kesalahan bagi PPA.
Kuasa PPA Untuk Saksi & Pengadu Menyempurnakan Bon
- PPA boleh perintahkan saksi & pengadu sempurnakan bon releven dalam situasi di mana PPA yang merekodkan pernyataan mereka mendapati hanya mereka sahaja saksi dalam kes tersebut dan keterangan mereka adalah sebegitu kukuh untuk mensabitkan kesalahan OKT.
- Tujuannya adalah sebagai jaminan mereka hadir pada tarikh perbicaraan. Ia dilakukan pada tarikh mereka hadir di hdp PPA memberikan kenyataan.
- Bon yang disempurnakan itu hendaklah dihantar ke Mahkamah.
- Jika mereka enggan menyempurnakan bon, PPA boleh mengadu kepada Hakim bagi tujuan saman atau waran dikeluarkan sebagai suatu jaminan untuk mereka hadir pada tarikh perbicaraan.
- LIHAT S. 64 ( 1 ), ( 2 ) & ( 3 ).
Kuasa Merekod Pengakuan Salah
- Pengakuan atau pernyataan salah hanya boleh direkod oleh Hakim yang tidak membicarakan kes itu pada bila-bila masa sebelum prosiding perbicaraan dengan syarat ia direkod dihadapan 2 orang saksi.
- Prosedur ini hanya boleh dibuat sebelum prosiding perbicaraan berjalan – Bab 4 di bawah Bahagian V Akta 560 perlu dirujuk untuk memahami maksud perbicaraan.
- LIHAT S. 62.
Samb…
- Apa bezanya pengakuan ini dengan pengakuan yang direkodkan oleh PPA dihadapan 2 orang saksi di bawah s. 59 ( 5 ).
- Persoalan ini berbangkit apabila tertuduh mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim yang membicarakannya. Adakah rekod yang dibuat oleh Hakim di hadapan 2 orang saksi juga tidak boleh diterima sebagai sebagai keterangan terhadap tertuduh sebagaimana yang direkod oleh PPA.
Samb…
- S. 17 ( 2 ) Akta 561 menyebutkan bahawa iqrar hendaklah di buat dalam dua keadaan iaitu jika di dalam Mahkamah, ia hendaklah dibuat di hadapan Hakim. Jika di luar Mahkamah, ia hendaklah dibuat di hadapan 2 orang lelaki yang aqil, baligh dan adil.
- Seksyen tersebut hanya menyebut mengenai cara membuat iqrar tetapi tidak menyatakan dengan jelas mengenai penerimaan kepada kedua-dua jenis iqrar yang dibuat itu sebagai keterangan.
- Apa yang jelas dari perbincangan Fuqaha’ iqrar seseorang boleh diterima sebagai keterangan kerana ia adalah hujah yang kuat. Syarat penerimaannya adalah dibuat di dalam Majlis al-Qadha’. Jika di luar, ia boleh dibuktikan melalui shahadah 2 orang saksi.
- Oleh itu s. 17 ( 2 b ) juga boleh diterima sebagai keterangan atau hujah menentang pihak tertuduh, jika dia kemudian mengaku tidak bersalah dihadapan Hakim yang membicarakannya.
Samb…
- Persoalannya, kenapa dalam konteks iqrar suspek yang direkodkan oleh PPA di hadapan 2 orang saksi tidak boleh diterima sebagai keterangan?
- Jika diandaikan tidak mengaku bersalah OKT itu adalah bersamaan dengan penarikan balik iqrar, ia berlawanan dengan pandangan Fuqaha dalam kitab-kitab turath bahawa iqrar hanya boleh ditarik balik dalam kes hudud sahaja ( contohnya Dr. Abdul Karim Zaidan dalam Kitabnya Nidzam al-Qadha Fi Syariat al-Islamiah, di bawah topik hukm al-iqrar )
Samb…
- Dr. Abdul Kadir Audah dalam kitabnya al-Tasyri’ al-Jinaaie al-Islami, juz 1 hlm 216 menjelaskan sebab penarikan balik iqrar tidak menyebabkan uqubah takzir gugur. Berbeza dengan penarikan balik kesaksian di mana orang yang dituduh dilepaskan ( ibra’ ) dari tuduhan. Asas perbezaan ini adalah adalah bahawa sesungguhnya manusia pada adatnya tidak menohmahkan dirinya sendiri ( berikrar ) dengan sesuatu jenayah yang tidak dilakukannya. Akan tetapi amat mudah manusia itu menohmahkan ( naik saksi ) manusia lain secara dusta dengan sesuatu jenayah yang tidak dilakukannya. Sungguhpun begitu jika jelas bahawa sesuatu iqrar itu adalah natijah dari paksaan, maka pembebasan adalah menjadi wajib kerana iqrar yang disebabkan oleh paksaan atau ancaman adalah iqrar yang batal berdasarkan Hadis Ibn Umar ( tiada seseorang lelaki terhadap dirinya dengan kepercayaan sekiranya dirinya itu dalam keadaan lapar atau takut ) dan kerana iqrar adalah hujah untuk mentarjih sudut benar padanya. Justeru itu apabila orang yang beriqrar enggan untuk beriqrar sehingga ia diancam atau dipaksa, maka pada zahirnya dia adalah orang yang berdusta dalam iqrarnya. Dalam kes hudud, tertolak hukuman dengan penarikan balik iqrar yang sahih. Akan tetapi apa yang ditarjihkan sudut benar padanya berkekalan walaupun iqrar tersebut ditarik balik. Maka ia boleh menjadi hujah untuk dia dikenakan hukuman takzir walaupun ia tidak boleh menjadi hujah untuk hukuman hudud. Pokok pangkalnya sama ada iqrar yang boleh ditarik balik itu boleh mensabitkan hukuman takzir adalah terpulang kepada penentuan hakim, jika dia berpuasahati bahawa iqrar itu adalah iqrar yang sahih, maka dia boleh menjatuhkan hukuman takzir, jika tidak orang yang dituduh berhak kepada pembebasan.
Pengeledahan s.63
- Ia adalah sebahagian kuasa PPA dalam perjalanan proses siasatan sama ada dilakukan sendiri PPA atau mengarahkan orang bawahannya dengan perintah bertulis yang menamakan dokumen atau benda serta tempat yang hendak digeledah jika dia tidak dapat melakukannya sendiri.
- Tujuan adalah untuk mendapatkan apa-apa dokumen atau benda yang ada dalam milikan seseorang yang ada kaitan dengan kes yang disiasat.
- Pengeledahan boleh dibuat jika perintah kepada mana-mana orang untuk mengemukakan dokumen atau benda berkenaan telah dikeluarkan tetapi dia enggan atau mungkin enggan untuk mengemukakannya.
Samb…
- Pengeledahan juga boleh jika dibuat jika perintah belum dikeluarkan tetapi dipercayai dia mungkin enggan untuk mengemukakannya.
- Pengeledahan juga boleh dilakukan jika dokumen atau benda tersebut tidak diketahui dalam pemilikan siapa ( dalam situasi ini perintah hadir tidak diperlukan ).
- Pengeledahan tidak boleh dilakukan melainkan melalui satu waran geledah yang dikeluarkan oleh Mahkamah mengikut Borang 4 Akta.
- Waran geledah mempunyai tempoh luput dan ia hendaklah dilaksanakan dalam tempoh tersebut sahaja.
Jenis Pengeledahan
- Jenis Pengeledahan:-
1. Pengeledahan mencari suspek ( search body ) – LIHAT S. 11, 14 ( 2 ), 15 & 44 ( 1d ) termasuk juga pengeledahan untuk mencari orang yang ditahan secara salah – LIHAT S. 48.
2. Pengeledahan mendapatkan benda atau dokumen ( search document ) – LIHAT S. 12& 44 ( 1a, 1b )
3. Pengeledahan am untuk maksud siasatan, perbicaraan atau prosiding lain atau bagi maksud mencapai keadilan. – LIHAT S. 44 ( 1c ).
- Ketiga-tiga jenis pengeledahan tersebut melibatkan pengeledahan premis ( search premis ).
Syara’ melarang masuk rumah orang lain tanpa izin
- Masuk ke rumah orang lain tanpa izin adalah suatu yang dilarang keras oleh Syarak – surah al-Nur: ayat 27-29. “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumah kamu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya, yang demikian itu lebih baik bagimu agar kamu ( selalu ) ingat. Jika kamu tidak menemui seorang pun di dalamnya, maka janganlah kamu masuk sebelum kamu mendapat izin dan jika dikatakan kepada kepadamu “kembali sajalah”, maka hendaklah kamu kembali, itu adalah lebih baik bagimu dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Tidak ada dosa atasmu memasuki rumah yang tidak disediakan untuk didiami, yang di dalamnya ada keperluanmu, dan Allah mengetahui apa yang kamu zahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.”
- Dalam hadis Ibn Umar yang diriwayatkan seorang perempuan yang diperiksa badannya kerana menyimpan surat rahsia di dalam sanggulnya.
- Pengeledahan dibenarkan kerana prinsip darurat iaitu untuk mencegah kemungkaran sebagaimana Nas “kamu adalah sebaik-baik umat dikeluarkan bagi manusia dan kamu menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran”. Kemungkaran tidak dapat dicegah melainkan dengan wujud keterangan yang mencukupi.
- Kerana itu pengeledahan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya melainkan dengan perintah atau waran Hakim.
- Undang-Undang memberikan kuasa kepada Hakim untuk mengawal perjalanan proses pengeledahan.
Samb…
- Dalam hadis Ibn Umar yang diriwayatkan seorang perempuan yang diperiksa badannya kerana menyimpan surat rahsia di dalam sanggulnya.
- Pengeledahan dibenarkan kerana prinsip darurat iaitu untuk mencegah kemungkaran sebagaimana Nas “kamu adalah sebaik-baik umat dikeluarkan bagi manusia dan kamu menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran”. Kemungkaran tidak dapat dicegah melainkan dengan wujud keterangan yang mencukupi.
- Kerana itu pengeledahan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya melainkan dengan perintah atau waran Hakim.
- Undang-Undang memberikan kuasa kepada Hakim untuk mengawal perjalanan proses pengeledahan.
Pra-syarat Waran Geledah
- Bagi search document atau benda, pada prinsipnya dikeluarkan saman terlebih dahulu. – LIHAT S. 42
- S. 42 ini tidak meluas pemakaiannya kerana ia dibataskan oleh subseksyen 3 yang mana jika ada undang-undang yang menghalang pegawai pos daripada di saman untuk mengemukakan dokumen atau benda pos, s. 42 ( 1 ) ini tidak terpakai.
- Sebaliknya s. 52 CPC, Hakim Mahkamah Sesyen diberi kuasa untuk keluarkan saman kepada pegawai pos. Malah Pendakwaraya jika pada pendapatnya barang pos itu dikehendaki dalam siasatan, dia boleh mengarahkan pegawai pos menyerahkannya atau mendapatkannya melalui pengeledahan sementara menunggu saman dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen.
Waran Geledah
- Dikeluarkan berdasarkan peruntukkan s. 44.
- Di bawah seksyen tersebut waran geledah bukan sahaja dikeluarkan atas permohonan PPA tetapi juga dikeluarkan oleh Mahkamah sendiri. Ini adalah kerana Mahkamah bukan sahaja mempunyai kuasa untuk menjalankan prosiding perbicaraan ( trial ), bahkan juga boleh menjalankan prosiding siasatan ( inquiry ) – LIHAT S. 42, 72 & 74.
Bentuk Waran Geledah
- Dikeluarkan mengikut Borang 4 dan ditandatangani oleh Hakim serta mengandungi meterai Mahkamah.
- Mempunyai tarikh luput dan hanya boleh dilaksanakan dalam tempoh berkenaan.
-LIHAT S. 47
- Hakim boleh mengarahkan secara lisan supaya pengeledahan dibuat dihdpnya.
- LIHAT S. 51
Pelaksana Waran
- Pada lazimnya waran geledah diarahkan kepada KPPA dan PPA ( mesti sebut nama ).
- Boleh diarahkan kepada KPN dan pegawai polis yang lain ( mesti nyatakan nama ).
- LIHAT S. 44 ( 2 ) ( 3 ).
Pembatasan Waran Geledah
- Syarat-syarat yang boleh dimasukkan ke dalam waran geledah:-
- di tempat tertentu sahaja.
- di bahagian tempat tertentu sahaja.
- Tujuan supaya orang yang melaksanakan waran tidak menyalahgunakan waran tersebut untuk mengeledah tempat-tempat yang tidak berkenaan.
Perluasan waran geledah
- Mahkamah ada kuasa untuk mengeluarkan waran bukan bagi maksud mencari dokumen atau barang tertentu secara khusus tetapi secara umum untuk mencari benda atau keterangan.
- Waran seperti itu hanya boleh dikeluarkan jika Hakim menerima maklumat dan selepas membuat apa-apa siasatan yang perlu, dia mempercayai tempat tersebut mempunyai benda atau keterangan yang ada kaitan dengan kesalahan atau yang boleh digunakan untuk menjalankan siasatan.
- Jika ditemui, apa-apa barang itu hendaklah disita dan diserahkan kepada Hakim berkenaan atau Hakim lain untuk diuruskan mengikut Undang-Undang.
- LIHAT S. 46.
Nota: Pengeledahan ini berkaitan dengan perjalanan proses inquiry yang dijalankan oleh Hakim sendiri.
Kehadiran Hakim Semasa Pengeledahan
- Demi memastikan arahan-arahan dalam waran yang dikeluarkan itu dipatuhi, Hakim boleh hadir semasa pengeledahan dijalankan.
- LIHAT S. 49.
Penyitaan
- Senarai segala benda yang disita dalam sesuatu pengeledahan hendaklah disediakan oleh orang yang membuat pengeledahan.
- Senarai tempat barang-barang ditemui juga mesti dibuat
- Senarai tersebut hendaklah ditandatangani oleh orang yang menyita
- LIHAT S. 52
Nota: Penghuni tidak dikehendaki menurunkan tandatangan kerana dari sudut undang-undang jika ditandatangan, seolah-olah ia mengaku salah.
Samb…
- Barang atau benda yang dijumpai pada badan orang yang ditangkap semasa melaksanakan sesuatu tangkapan dengan waran atau tanpa waran boleh disita jika barang berkenaan digunakan untuk melakukan kesalahan dan senarai barang-barang yang disita itu juga perlu disediakan.
-LIHAT S. 15.
Kesan Perundangan Pengeledahan Yang Tak Sah
- Kes Kuruma Lwn PP – Lord Godard memutuskan dokumen yang diperlolehi melalui pengeledahan yang tak sah, tidak boleh diterima sebagai keterangan.
- Dari sudut Hukum Syara’, waran geledah adalah suatu siasah syariah dalam mengawal dan mentadbir perkara yang berkaitan memasuki rumah orang lain tanpa izin. Justeru itu tidak sah mengeledah rumah orang lain tanpa waran.
Kewajipan Pemilik/Penjaga Premis
- Membenarkan orang yang melaksanakan waran memasuki premis apabila diminta dan setelah ditunjukkan waran.
- Jika tidak dibenarkan masuk, maka s. 11 ( 2 ) terpakai ( mutatis mutandis ) iaitu prosedur untuk memecah pintu atau tingkap.
-LIHAT S. 49
Pengeledahan Pada Badan
- Orang-orang yang berada di dalam premis yang digeledah boleh ditahan dengan sah sehingga pengeledahan selesai dan jika benda dari jenis yang diboleh disembunyikan pada badan, mereka boleh diperiksa di hadapan PPA atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah dari Inspektor.
- LIHAT S. 12
- Hendaklah diperiksa oleh orang yang sama jantina dan tidak boleh melakukan perbuatan yang tidak sopan semasa pemeriksaan badan.
- LIHAT S. 14 ( 2 )
Buku Harian
- PPA dikehendaki mencatat pada setiap hari dalam Buku Hariannya perkara-perkara berikut:-
- Waktu perintah menyiasat;
- Waktu mula dan akhir siasatan;
- Tempat-tempat yang dilawati;
- Orang-orang yang disoal
- Pernyataan tentang penemuannya mengenai hal keadaan kes yang disiasat.
- Ia adalah bersifat peribadi dan ekslusif. OKT tidak berhak untuk melihat atau memeriksa buku tersebut kecuali PPA merujuk kepada catatannya itu semasa memberikan keterangan di Mahkamah tetapi hanya bahagian yang dirujuk sahaja yang boleh dilihat atau diperiksa oleh OKT.
- LIHAT S. 65 ( 1 ), ( 2 ) & ( 3 ).
Kepentingan Buku Harian
- Supaya PPA tidak terlupa mengenai prosiding penyiasatan yang telah dilakukannnya dan sebagai tempat rujukan semasa dia memberikan keterangan di Mahkamah.
- Justeru itu undang-undang menghendaki PPA sentiasa mencatat prosidingnya pada setiap hari untuk mengelakkan PPA tersilap mengenai tindakan yang telah dilakukannya.
Masaalah Buku Harian
- Masaalah yang selalu berlaku adalah PPA yang menjalankan siasatan sering tidak mencatat dan kadang-kadang catatan dalam buku hariannya sebaris atau dua baris sahaja dan kadang-kadang tidak ada Buku Harian pun.
- Ianya berlaku disebabkan pada kebanyakan kes, PPA ( selalunya disebut Pegawai Penyiasat ) yang menjalankan siasatan hanya berfungsi sebagai pegawai yang merekodkan kenyataan saksi dan suspek. Menyebabkan siasatan itu hanya berlaku di dalam bilik siasatan sahaja.
- Sebagaimana yang disebut terdahulu bahawa siasatan terbahagi kepada 2 iaitu siasatan di lokasi kesalahan dan siasatan melalui pengambilan pernyataan saksi-saksi.
Samb…
- Tugas menyiasat di lokasi diberikan kepada sekumpulan PPA, manakala tugas mengambil dan merekodkan kenyataan saksi diberikan kepada seorang PPA yang lain pula yang disebut pegawai penyiasat.
- Jika dirujuk kepada seksyen 57, proses siasatan bermula dari waktu maklumat diterima. Kerana itu, Buku Harian pegawai penyiasat ini menunjukkan waktu dia memulakan siasatan adalah apabila dia menerima orang yang ditangkap. Ini menyebabkan mahkamah, peguambela melihat pegawai penyiasat tidak mematuhi prosedur bilamana didapati catatan hanya sebaris atau dua baris sahaja.
- Justeru itu dicadangkan PPA yang bertindak sebagai pegawai penyiasat adalah pegawai yang bertindak atas maklumat yang diterima dan jangan dibahagikan-bahagikan tugas menyiasat lokasi kepada PPA tertentu, manakala tugas mengambil dan merekodkan diberikan kepada PPA lain pula dan begitu juga dengan tugas pengeledahan.
Laporan PPA Kepada KPS
- Laporan ini adalah setelah PPA menyelesaikan siasatan dan ia adalah laporan yang kedua selepas laporan yang pertama iaitu selepas maklumat diterima untuk memulakan siasatan.
- Semua hasil siasatan perlu dilaporkan tanpa kelengahan yang tak perlu kepada KPS, kecuali yang diarahkan oleh KPS tidak perlu dilaporkan kepadanya dan KPS boleh melalui perintah bertulis boleh membatalkan pengecualian tersebut.
Samb…
- Laporan itu mengandungi –
- nama pihak-pihak ( suspek );
- jenis maklumat ( kesalahan boleh tangkap/ tak boleh tangkap ); dan
- nama saksi-saksi.
- LIHAT S. 66 ( 1 ) & ( 2 )
Samb..
- Laporan dalam maksud difahami pada masa kini adalah IP ( investigation paper ). Di bawah Akta 560 tidak ada borang khusus untuk membuat laporan. Di bawah CPC, terdapat borang khusus untuk pegawai polis mengemukakan laporannya kepada Pendakwaraya ( PP ). Di W.Persekutuan sekarang, laporan ( IP ) ini berbentuk fail.
- Buat masa sekarang di W.Persekutuan, semua kes yang telah disiasat dikehendaki dilaporkan kepada KPS. Tidak ada lagi yang dikecualikan.
- Pengecualian bermakna, KPS tidak lagi ada kuasa kawalan atas prosiding pendakwaan. Jadi atas prinsip kuasa dan tanggungjawab mengawal prosiding pendakwaan, peruntukkan mengenai pengecualian jarang atau tidak pernah digunakan langsung.
Isu Utama Dalam Siasatan
- Sering kali dipersoalkan oleh Mahkamah mengenai kelemahan dari aspek siasatan kes terutamanya melibatkan kes-kes seperti serius seperti melibatkan akidah, pelacuran, khalwat dll.
- Faktor utamanya bukan masaalah ketidakcekapan PPA tetapi kerana kelemahan dari sudut undang-undang. Umpamanya dari sudut kuasa menyiasat. Sehingga ke hari ini, tidak ada satu negeripun yang ada peruntukkan mengenai tahanan reman untuk tujuan siasatan.
Samb…
- Dalam kes-kes tertentu terutamanya melibatkan kesusilaan, kadang-kadang memerlukan pemeriksaan fizikal seperti untuk membuat ujian DNA. Ia tidak mungkin dapat dilakukan dalam tempoh 24 jam. Begitu juga dalam kes melibatkan akidah seperti ajaran sesat amat perlu tahanan reman kerana apabila suspek dilepaskan selepas ditangkap, proses siasatan akan menjadi rumit kerana mereka akan cuba menghalang dan mengancam saksi-saksi yang mungkin sedia tampil memberikan kenyataan.
- Begitu juga jika saksi-saksi berada di luar Wilayah-Wilayah Persekutuan, menyebabkan proses siasatan terganggu kerana PPA tidak ada kuasa untuk perintahkan saksi tersebut hadir di hadapannya.
- Ini bukan masaalah baru. Bahkan ia sering dibincang dan dibahaskan tetapi peruntukkan tahanan reman sebagaimana seksyen 117 CPC belum menjadi kenyataan.
Samb…
- Masaalah kekurangan kuasa dari segi siasatan ini perlu diberi perhatian oleh pihak Mahkamah supaya dalam penghakimannya tidak melupakan aspek menjaga maslahah ammah di mana jika standard pembuktian begitu tinggi, maka aspek menjaga maslahah ini tidak akan tercapai lantaran kelemahan-kelemahan dari segi undang-undang tersebut.
- Lebih-lebih lagi jika dirujuk kepada perbincangan fuqaha, tahap pembuktian dalam kes jenayah takzir hanya di tahap zan al-ghalib sahaja. Contohnya Dr. Abdul Kadir Audah di dalam kitabnya al-Tasyri’ al-Jinaa’ie al-Islami, juz 1, hlm 82-83 menyebutkan bahawa pensabitan kesalahan takzir memadai dengan shahadah seorang saksi sahaja. Hanya hudud sahaja tertolak dengan wujudnya shubhah.
TANGKAPAN
JENIS-JENIS TANGKAPAN
- Tangkapan tanpa waran
- Tangkapan dengan waran
Kewajipan orang awam
- Orang awam terikat ( wajib ), bila diminta, membantu Hakim, PPA atau Pegawai Polis dalam menangkap atau menghalang suspek daripada melarikan diri dan membantu dalam mencegah ketidakteraman yang timbul dari proses penangkapan. –LIHAT S. 8
- Seperti kewajipan orang awam memberi maklumat, kewajipan orang awam membantu dalam tangkapan ini juga tidak mempunyai efek dari sudut undang-undang kerana tiada peruntukan penalti.
- Tidak seperti CPC yang menjadikannya satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s. 187 Penal Code.
Tangkapan Tanpa Waran S. 18
- PPA, Pegawai Polis atau Pegawai Masjid boleh menangkap tanpa waran:-
1. mana-mana orang yang kena mengena dengan apa-apa kesalahan boleh tangkap dalam W/Persekutuan ( maksudnya: orang yang melakukan kesalahan di hadapan mereka yang disebutkan );
2. Dari aduan awam yang dterima oleh Hakim mengenai seseorang yang kena mengena dengan apa-apa kesalahan boleh tangkap dalam W/P;
3. Dari maklumat yang diterima oleh PPA yang boleh dipercayai mengenai seseorang yang kena mengena dengan apa-apa kesalahan boleh tangkap dalam W/P.
4. Wujud syak yang munasabah bahawa mana-mana orang itu kena mengena dengan kesalahan boleh tangkap dalam W/P.
Samb…
5. Mana-mana orang yang melakukan atau cuba melakukan apa-apa kesalahan yang melibatkan pecah keamanan.
6. Mana-mana orang yang waran penangkapannya tetapi waran tersebut tiada padanya dengan syarat waran tersebut masih berkuatkuasa.
7. Mana-mana orang yang melakukan kesalahan tak boleh tangkap tanpa waran atau dituduh sedemikian di hdp PPA boleh juga ditangkap tanpa waran jika dia enggan untuk memberikan nama dan tempat tinggalnya atau nama dan tempat tinggal yang diberikannya itu dipercayai palsu. –LIHAT S. 19 ( 1 )
8. Mana-mana orang yang melakukan kesalahan tak boleh tangkap atau dituduh sedemikian di hdp PPA telah memberikan alamat tempat tinggal di luar wilayah persekutuan. – LIHAT S. 19 (3 )
Maksud Pegawai Masjid dan Pegawai Polis
- Pegawai Masjid pegawai yang dimaksudkan oleh Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam W/P, 1993, Akta 505, iaitu Naqib Masjid, Imam, Imam Rawatib, Bilal bagi sesuatu masjid.
- Manakala Pegawai Polis tidak diberikan tafsirannya. Bermakna semua pegawai polis dari semua pangkat boleh melakukan tangkapan tanpa waran bagi apa-apa kesalahan boleh tangkap dalam W/P.
Isu Perbincangan
- Apakah perlu ada maklumat awal ( FIR ) bagi membolehkan PPA, Pegawai Polis dan Pegawai Masjid boleh melakukan tangkapan tanpa waran dalam ?
Prosedur Tangkapan Pegawai Masjid
- Tanpa kelengahan yang tidak perlu, pegawai masjid hendaklah menyerahkan orang yang ditangkap kepada PPA atau pegawai polis yang terdekat atau jika kedua-duanya tidak ada menyerahkannya kepada balai polis yang terdekat untuk ditangkap semula.
- lihat s. 20.
Penangkapan Tanpa Waran Di Luar W/P
- Jika kesalahan dilakukan W/P dan suspek lari atau berada di di luar W/P, tangkapan hanya boleh dilakukan oleh Pegawai Polis.
- LIHAT S. 21.
Prosedur selepas ditangkap ( tanpa waran ).
- Tidak boleh di tahan melebihi 24 jam kecuali dengan waran untuk menahan lebih 24 jam.
- Dalam tempoh tersebut ( tidak termasuk masa dalam perjalanan ), orang yang ditangkap hendaklah dibawa ke hadapan seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah.
- Apabila di bawa ke hdp Hakim, dia mempunyai pilihan sama ada terus dengan pertuduhan atau menangguhkan kes itu.
- Jika ditangguhkan, mahkamah mempunyai pilihan sama ada untuk melepaskan dengan jaminan atau ditahan di penjara atau lokap melalui waran penahanan ( Borang 1 ).
– LIHAT S. 22.
Samb…
- Orang yang ditangkap oleh PPA dan Pegawai Polis tidak boleh dilepaskan kecuali dilepaskan dengan bon atau jaminan atau dengan perintah bertulis Hakim, KPPA atau Pegawai Polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor.
-LIHAT S. 23
- Seksyen ini yang dibaca bersama s. 185 yang selalu digunakan oleh PPA untuk melepaskan sebagai satu alternatif kepada membawa suspek terus ke Mahkamah selepas ditangkap.
Memburu dan Menangkap Semula
- Jika selepas ditahan dipenjara/lokap selepas ditangkap, orang itu melarikan atau dilarikan, penjaga penjara/lokap boleh memburu dan menangkapnya di mana-mana sahaja sama ada di dalam atau di luar bidangkuasa tempat tahanan walaupun tanpa waran dan walaupun yang menangkapnya bukan seorang pegawai polis ( penjaga pusat penjara tidak semestinya polis ).
- LIHAT S. 26&27
Kuasa Hakim Untuk Menangkap
- Boleh berlaku dalam dua keadaan:-
1. Apabila kesalahan dilakukkan di hadapannya dan dilakukan dalam bidangkuasa tempatannya. Sesudah ditangkap, pilihannya sama ada melepaskan pesalah dengan jaminan atau menahannya di dalam penjara atau lokap.
2. Mana-mana orang yang Hakim itu kompeten untuk mengeluarkan waran tangkap.
-LIHAT S. 24 &2 5
- Dalam kedua-dua keadaan tersebut, Hakim itu mempunyai 2 pilihan sama ada untuk menangkap sendiri atau memberi kuasa kepada mana-mana orang lain untuk membuat tangkapan tetapi hendaklah ditangkap dihadapannya dan dalam bidangkuasa tempatannya.
Tangkapan Kerana Waran
Bentuk Waran:-
- Waran yang dimaksudkan adalah waran oleh Hakim ( Borang 3 ) yang ditandatangani oleh Hakim dan ada meterai Mahkamah.
- Waran tiada tempoh luput. Ia hanya luput apabila telah dilaksanakan atau dibatalkan oleh Hakim berkenaan.
- Waran boleh sama ada diendorskan dengan bon dan penjamin atau tanpa bon dan penjamin.
- Pada lazim W/T diarahkan kepada KPPA atau PPA. Waran yang diarahkan kepada mereka hanya boleh dilaksanakan di dalam W/P. Waran juga boleh diarahkan kepada KPN dan pegawai Polis yang lain atau mana-mana orang lain.
-LIHAT 2S. 32 & 33
Nota: dalam kes pelaksanaan W/T di luar Wilayah Persekutuan, amat sesuai waran di arahkan kepada KPN.
Prosedur Melaksanakan Waran
- Beritahu isi kandungan waran kepada orang yang hendak ditangkap.
- Tunjukkan Waran atau salinannya kepadanya. –LIHAT S. 35
- Jika dilaksanakan dalam W/P, orang yagn ditangkap hendklah dibawa hadapan Mahkamah yang mengeluarkan waran. –LIHAT S. 36
- Jika dilaksanakan di luar W/P, orang yang ditangkap hendaklah di bawa ke hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah yang terdekat dan Hakim berkenaan dibenarkan melepaskan orang yang ditangkap setelah mengambil bon atau jaminan sama ada jaminan itu diendorkan dalam waran tersebut atau tidak kecuali kesalahan orang yang ditangkap itu tidak membenarkan jaminan. Tetapi jika orang yang ditangkap itu enggan untuk memberikan jaminan, maka Hakim itu hendaklah mengarahkan penghantaran orang yang ditangkap itu ke Mahkamah yang mengeluarkan waran. –LIHAT S. 37 ( 1 ), ( 2 ), ( 3 ).
- PPA atau Pegawai Polis dibenarkan melepaskan orang yang ditangkap setelah mengambil jaminan tanpa perlu membawa orang yang ditangkap ke mahkamah, jika waran tersebut membenarkan jaminan kecuali orang yang ditangkap enggan untuk memberikan jaminan.- LIHAT S. 36, 37 ( 1 ), ( 4 ).
- Semua bon yang diambil hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah yang mengeluarkan waran. – LIHAT S. 33 ( 3 )
Cara Menangkap S. 10 &14 ( 1)
- Dengan cara menyentuh atau mengurung tubuh orang yang hendak ditangkap.
- Sentuh atau kurung tidak perlu jika dia menyerah diri.
- Boleh mengambil langkah yang perlu untuk menangkap jika dia menggunakan kekerasan atau cuba mengelakkan dari ditangkap kecuali langkah yang boleh menyebabkan kematian.
- Tidak boleh kenakkan sekatan yang berlebihan melainkan setakat untuk mencegahnya melarikan diri.
Mengeledah Mencari Orang S.11 &13
- Boleh masuk mengeledah ke mana-mana tempat yang dipercayai orang yang hendak ditangkap berada sama ada dipunyai oleh orang yang ditangkap atau orang lain. Pemilik tempat atau penjaganya adalah terikat untuk membenarkan orang yang melaksanakan waran untuk memasukinya.
- Boleh pecahkan pintu atau tingkap luar jika waran geledah ada atau jika tidak ada waran, pemecahan itu atas alasan untuk tidak memberi peluang orang yang ditangkap melarikan diri ( kerana mendapatkan waran perlukan masa ) dengan syarat tidak tiada cara lain untuk masuk dan setelah diberitahu kuasa dan maksud kedatangan dan meminta kebenaran untuk masuk daripada pemilik atau penjaga tempat itu tetapi tidak dibenarkan.
- Orang yang melaksanakan waran boleh memecah mana-mana tempat jika terkurung di dalam tempat yang dimasukinya.
PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
- Mengandungi
1. Darihal Bidangkuasa Mahkamah Dalam Perbicaraan.
2. Syarat yang dikehendaki bagi memulakan prosiding.
3. Darihal Aduan kepada Hakim
4. Darihal Pertuduhan
5. Darihal Perbicaraan
6. Peruntukkan am tentang perbicaraan.
7. Darihal cara mengambil dan merekodkan keterangan.
8. Darihal Penghakiman
9. Darihal Hukuman dan Pelaksanaanya.
10. Darihal penggantungan, peremitan dan peringanan hukuman.
11. Darihal pembebasan atau sabitan terdahulu
Samb…
- Di bawah CPC, bahagian mengenai Prosiding Dalam Pendakwaan ini mengandungi bab mengenai Bidangkuasa Mahkamah Jenayah Dalam Siasatan dan Perbicaraan.
- Di bawah Akta 560 tiada menyebut siasatan dalam Bahagian Prosiding Pendakwaan ini, sedangkan ada peruntukkan-peruntukkan yang bukan sahaja melibatkan prosiding perbicaraan tetapi juga melibatkan prosiding inquiry iaitu Bab Syarat-Syarat Yang Dikehendaki Untuk Memulakan Prosiding dan Bab Aduan Kepada Hakim.
Bidangkuasa Mahkamah Dalam Perbicaraan s. 67, 68, 69 & 70
- Dibicarakan pada lazimnya dalam had bidangkuasa tempatan kesalahan dilakukan.
- Tertuduh boleh dibicarakan ditempat dimana perbuatan itu dilakukan atau di mana tempat akibat yang berikutan.
- Jika perbuatan menjadi suatu kesalahan oleh sebab hubungan dengan kesalahan yang lain contohnya kesalahan subahat, walaupun penyubahatan itu berlaku di luar Wilayah Persekutuan, ia boleh dibicarakan di Wilayah Persekutuan mengambil kira kesalahan yang disubahati itu dilakukan di dalam W/P.
- Mana-mana mahkamah berbidangkuasa jika –
1. Tak dapat ditentukan tempat mana daripada beberapa tempat sesuatu kesalahan telah dilakukan;
2. Sebahagian kesalahan dilakukan dalam satu had bidangkuasa tempatan dan sebahagian lagi di dalam had bidangkuasa yang lain;
3. Satu kesalahan yang dilakukan secara berterusan di dalam lebih daripda satu had bidangkuasa tempatan; atau
4. Beberapa kesalahan yang dilakukan dalam had bidangkuasa tempatan yang berlainan.
Samb…
- Jika timbul keraguan mahkamah mana yang berbidangkuasa, kuasa pemutusnya adalah Ketua Hakim.
Syarat yang dikehendaki bg memulakan prosiding s. 72.
- Hakim boleh mengambil perhatian tentang sesuatu kesalahan dalam 3 keadaan –
1. apabila dia menerima aduan awam;
2. berdasarkan pengetahuan sendiri dan dengan keterangan yang menyokong bahawa kesalaha telah dilakukan;
3. Apabila mana-mana orang di bawa ke hadapannya tanpa proses dituduh oleh pihak pendakwa.
- Maksud boleh mengambil perhatian adalah untuk menjalankan prosiding siasatan.
Samb…
- Jika hakim menjalan prosiding inquiry sendiri, tertuduh dalam berhak untuk dibicarakan oleh Hakim yang lain.
-LIHAT S. 72 ( 2 )
- Hakim tidak boleh menjalankan prosiding pendakwaan selepas prosiding inquiry yang dijalankannya tanpa izin KPS bagi kesalahan s. 4, 8, 9, 12 atau 13 Akta 559 ( Akta Kesalahan Jenayah Syariah ).
- LIHAT S. 73.
DARIHAL PERTUDUHAN
- Takrif Pertuduhan: suatu pengataan bahawa seseorang itu melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang – Kamus Dewan – s. 78 ( 1 ) A560.
- Al-Da’wa : suatu perkhabaran dengan suatu haq bagi seseorang manusia ke atas manusia yang lain di hadapan hakim. – al-Fiqh al-Islami : Dr. Wahbah Al-Zuhaili.
- Al-Haq : Suatu penentuan yang dengannya diakui oleh Syara' sebagai mempunyai suatu kekuasaan ( sultah ) atau tanggungan ( taklif ). – al-Fiqh al-Islami : Dr. Wahbah Al-Zuhaili.
Bentuk Pertuduhan ( s.78-80 )
- Bentuk yang sempurna mengandungi:-
- Nama Kesalahan: hendaklah dinyatakan (jika dinamakan oleh undang-undang) atau jika sebaliknya, hendaklah memahamkan OKT dengan mentakrifkan kesalahan;
- lihat s. 78(1), (2)
- Kes Ketua Pendakwa Syarie N. Sembilan lwn. Ahmad Rashid dan Seorang Lagi [ Jurnal Hukum X, bhg.1, 1995]
Bentuk Pertuduhan Yang Sempurna
- Seksyen dan Undang-Undang ( Akta/Enekmen ): hendaklah dinyatakan.
- Syarat-Syarat: hendaklah menyatakan syarat-syarat yang mewujudkan kesalahan yang ditetapkan oleh undang-undang.
- Waktu dan tempat kesalahan: hendaklah dinyatakan
- Orang dan benda ( jika ada : hendaklah mengandungi butir orang yang terhadapnya kesalahan dilakukan atau benda yang berkenaan kesalahan yang dilakukan.
- Cara kesalahan dilakukan, jika semua yang disebut di atas tidak memadai untuk memaklumkan kesalahan kepada OKT.
Akibat kesilapan dan Ketinggalan dalam Pertuduhan ( s. 82 )
- Tidak menjadi material melainkan kesilapan/ketinggalan menyatakan kesalahan dan butir-butir dalam sesuatu pertuduhan menyebabkan OKT terkeliru dalam memutuskan untuk mengaku bersalah.
- Apakah maksud “material”?
- Apa perlu dilakukan jika didapati material?
- Kesan material ini selepas kesalahan disabitkan – LIHAT S. 207
Kuasa Mahkamah Meminda/Menambah Pertuduhan
- Boleh berbuat demikian dengan syarat ia dibuat sebelum penghakiman diberikan.
- S. 83 ( 1 )
Prosedur Bila Mahkamah Pinda/Tambah Pertuduhan ( s.82( 2 ) -87
- Setiap pindaan/tambahan hendaklah dibaca dan diterangkan kepada OKT.
- Dengan serta merta memanggil OKT untuk :-
- membuat akuan ( bersalah/tidak bersalah ); dan
- untuk menyatakan sama ada bersedia untuk dibicarakan
Persoalan 1: perkataan “dan” di bawah s. 84 ( 1 ) menimbulkan persoalan apakah mahkamah dikehendaki juga tanya OKT sama ada dia bersedia untuk dibicarakan jika OKT mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan/tambahan?.
Persoalan 2: apabila ditanya sama ada bersedia untuk dibicarakan, maka jawapannya adalah “ya” atau “tidak”. Apakah jawapan itu boleh menentukan sama ada perbicaraan pertuduhan pindaan itu boleh diteruskan serta merta dan atau ditangguhkan? Ini adalah kerana subseksyen 2 selepasnya adalah berkenaan sama ada mahkamah boleh meneruskan perbicaraan dengan serta merta atau tidak.
Samb…
- s. 84 ( 2 ) -mahkamah boleh meneruskan perbicaraan dengan serta merta, jika pada pendapat mahkamah penerusan perbicaraan tidak memudaratkan OKT dalam pembelaannya atau pendakwa dalam menjalankan kesnya
- Jika mahkamah boleh meneruskan perbicaraan dengan serta merta atas pendapat mahkamah penerusan serta merta itu tidak memudaratkan kedua-dua pihak, maka jawapan OKT bahawa dia tidak bersedia untuk meneruskan perbicaraan itu bukan menjadi syarat mutlak bahkan syarat mutlaknya sekiranya ianya tidak memudaratkan kes kedua-dua pihak. Ia menunjukkan bahawa mahkamah perlu bertanya kepada kedua-dua pihak ( pendakwa dan OKT ).
Samb…
- S. 85 : jika memudaratkan OKT atau Pendakwa, Mahkamah boleh sama ada mengarahkan perbicaraan baru diadakan atau menangguhkan perbicaraan pertuduhan pindaan/tambahan.
Persoalan: apa maksud perkataan “boleh” di bawah s. 85 itu. Adakah ia bermaksud mahkamah boleh memilih sama ada untuk meneruskan perbicaraan dengan serta merta atau menangguhkan perbicaraan atas faktor memudaratkan ; atau
Maksudnya, mahkamah boleh memilih antara 2 iaitu sama ada untuk mengarahkan perbicaraan baru diadakan atau untuk menangguhkan perbicaraan itu.?
Samb…
- S. 86 : mahkamah juga tidak boleh meneruskan serta merta perbicaraan pertuduhan pindaan/tambahan jika pendakwaan kesalahan yang dipinda atau ditambah itu memerlukan keizinan KPS terlebih dahulu.
- Kecuali, keizinan itu telah diberikan dalam pertuduhan asal dengan syarat faktanya sama dengan pertuduhan yang dipinda atau ditambah.
Samb…
- S. 87 – Hak OKT / Pendakwa bilamana Mahkamah Meminda/menambah pertuduhan semasa perbicaraan telah dijalankan –
- Memanggil dan memeriksa semula saksi-saksi yang telah dipanggil dengan merujuk saksi-saksi kepada pindaan atau penambahan.
- Memanggil keterangan selanjutnya yang mungkin material. ( perlu dirujuk kepada takrif keterangan di bawah s. 2 Akta/Enekmen Keterangan untuk memahami maksud keterangan di sini)
Pertuduhan Yang Berasingan
- S. 88 – hendaklah ada pertuduhan yang berasingan bagi setiap kesalahan yang berlainan dan hendaklah dibicarakan secara berasingan kecuali dalam hal s. 89,90,91 dan 95.
Persoalan 1: apakah yang dimaksudkan oleh ayat yang bergaris di atas. Adakah maksudnya jika kesalahan sama, maka ia boleh disatukan dalam satu pertuduhan.
Seksyen selepasnya, iaitu s.89 membuktikan sebaliknya, iaitu perlu diasingkan juga walaupun sama jenis. Jadi ayat yang mungkin lebih tepat adalah dengan menggunakan ayat “bagi 2 atau lebih kesalahan” ( tanpa perlu menyebut kesalahan yang berlainan ).
Persoalan 2 : apakah erti “kecuali” dalam seksyen di atas. Adakah ia bermaksud mesti dibuat perbicaraan berasingan. Tetapi Seksyen 89, 90, 91 dan 95 menggunakan perkataan “boleh” yakni tidak mandatori.
Perbicaraan Pertuduhan
- Prinsip umumnya, setiap pertuduhan hendaklah dibicarakan secara berasingan.- s.88
- Kecuali:-
1. Kesalahan yang sama jenis dengan syarat ia dilakukan dalam tempoh 12 bulan tetapi dilimitkan kepada 3 kesalahan sahaja. ( s. 89 ).
2. Kesalahan dari satu siri perbuatan yang berkaitan hingga menjadikanya satu transaksi yang sama. [s. 90 (1)]
3. Satu kesalahan yang jika ditakrifkan menjadi dua kesalahan atau lebih.
4. Beberapa perbuatan yang digabungkan menjadi satu kesalahan dan salah satu atau lebih daripada perbuatan itu menjadi satu kesalahan lain pula. [ s. 90 ( 3 )]
5. Perbicaraan boleh disekalikan jika satu perbuatan atau siri perbuatan yang menimbulkan keraguan kesalahan manakah antara kesalahan-kesalahan yang boleh diwujudkan daripada fakta yang dapat dibuktikan dan dia dipertuduh melakukan semua kesalahan secara itu berasingan atau secara alternatif. [ s.91 ]
6. S. 95: Jika melibat OKT pula, boleh dibicarakan bersama jika-
- lebih daripada seorang dituduh atas kesalahan yang sama, atau
- kesalahan berlainan tetapi dalam transaksi yang sama, atau
- kesalahan bersubahat.
Sabitan Kesalahan Yang Berlainan Dari Tuduhan
- S.92 - Jika pertuduhan dibuat mengikut s. 91, tetapi dari keterangan yang diperolehi, didapati dia melakukan kesalahan lain yang boleh dipertuduhkan.
- S.93 – Boleh disabitkan atas kesalahan percubaan melakukkan kesalahan yang dipertuduhkan walaupun tidak ada pertuduhan yang berasingan terhadap percubaan.
- S. 94 ( 1 ) – boleh disabitkan kesalahan yang lebih ringan apabila sebahagian daripada butiran pertuduhan sahaja dibuktikan dan pembuktian sebahagian itu mewujudkan kesalahan yang lebih ringan walaupun dia tidak dipertuduhkan dengan kesalahan yang lebih ringan itu.
- S.94 ( 2 ) – boleh disabitkan kesalahan yang lebih ringan apabila fakta-fakta yang dibuktikan menunjukkan faktor peringanan hukuman, walaupun tidak dipertuduhkan kesalahan yang lebih ringan itu.
Prinsip Pertuduhan Di bawah Hukum Syara’
- Peruntukkan Undang-Undang selaras dengan Hukum Syara’, seumpama apa yang dinyatakan oleh imam Al-Dimyati di dalam Kitab Hasyiah I’anat al-Talibin, iaitu syarah kepada matan Kitab Fathul Muin di dalam Juz 4, hlm. 508,
قوله : (( وشرط للدعوى الخ )) اعلم أنه يشترط لصحة كل دعوى سواء بدم أم بغيره ، كغصب وسرقة وإتلاف مال ستة شروط : الأول أن تكون مفصلة بأن يفصل المدعى ما يدعيه . وتفصيله يختلف بإختلاف المدعى به.
Maksudnya: “(( dan disyaratkan bagi menjadikan sesuatu dakwaan itu sah sehingga boleh boleh didengar oleh Qadhi dan diperlukan jawapan dari mudda’a alaih )) ketahui lah bahawa sesungguhnya disyaratkan 6 syarat bagi menjadikan setiap dakwaan sah sama ada dakwaan yang berkait dengan darah atau selainnya seperti merompak, mencuri dan merosakkan harta. Pertamanya; hendaklah dakwaan itu mufassilah ( terperinci ) di mana al-muddai’e memperincikan apa yang didakwanya. Pendetailannya berbeza dengan dengan berbezanya perkara yang dituntut ”.
Kenapa disyaratkan jelas dan terperinci. Di dalam Matan Fathul Muin dalam kitab yang sama di mukasurat yang sama dinyatakan sebabnya seperti berikut:-
(( وشرط للدعوى )) أي لصحته حتى تسمع وتحوج إلى الجواب
Maksudnya: “ ( disyaratkan bagi sesuatu dakwaan ) bagi menjadikannya sah sehingga boleh didengar oleh hakim dan diperlukan jawapan dari mudda’a alaih”.
Proses Memaksa Kehadiran Tertuduh Ke Mahkamah
- Seperti yang dijelaskan dahulu bahawa di bawah Akta 560 tidak ada klasifikasi tentang kes saman dan kes waran.
- Dari segi amalannya, saman dikeluarkan bagi kes yang melibatkan kesalahan tak boleh tangkap tanpa waran.
- Manakala bagi kes yang melibatkan kesalahan boleh tangkap tanpa waran, dari segi amalannya kehadiran tertuduh bukan hadir melalui waran tangkap tetapi melalui tarikh yang ditetapkan dalam jaminan penguatkuasa. Tetapi jika tarikh jamin luput sebelum, kes didaftarkan oleh Mahkamah, pada kebiasaanya mahkamah tidak mengeluarkan waran tangkap, bahkan terlebih dahulu mengeluarkan saman. Waran tangkap hanya dikeluarkan setelah tertuduh gagal hadir sesudah saman diserahkan.
- Bab 3 Bahagian III telah pun ada peruntukkan mengenai memaksa kehadiran tertuduh ke Mahkamah sama ada melalui saman atau waran tangkap. Yang diperlukan sekarang adalah perincian peruntukkan bagi mengkelaskan kes saman dan kes waran.
DARIHAL PERBICARAAN
Pertuduhan hendaklah dibentuk, dibaca dan dijelaskan kepada OKT dan ditanya sama ada mengaku salah atau tidak mengaku salah – s. 96 ( a ).
Merekod Pengakuan Bersalah
- Pengakuan bersalah hendaklah direkodkan jika memenuhi syarat iaitu OKT faham sifat dan akibat pengakuan, berniat untuk mengakui dan pengakuan tanpa syarat – kesalahan boleh disabitkan atas pengakuan bersalah – s. 96 ( b )
– apakah perlu diambil kira niat jika sorih mengaku salah?
– Perkataan “boleh” bermakna, tidak mengikat Mahkamah untuk mensabitkan kesalahan atas pengakuan salah. Apakah situasinya?
– Apakah langsung tidak boleh direkodkan pengakuan bersyarat?
Prinsip al-Jawab Di Bawah Hukum Syara’
- “Selepas itu hakim akan mengemukakan soalan kepada pihak yang didakwa dengan katanya “kamu telah didakwa oleh pihak pendakwa sebagaimana yang kamu telah dengar,…Apakah jawapan kamu terhadap dakwaan tersebut…..Jawapan pihak yang didakwa itu tidak terkeluar dari tiga perkara iaitu :-
- Sama ada dia akan mengakui ( iqrar ) terhadap tuduhan pendakwa, atau
- Dia mengingkari dan menafikan dakwaan itu, atau
- Dia enggan menjawab.”
[Dr. Abdul Karim Zaidan, Nizam al-Qadha’ Fi Syariat al-Islami, m.s. 140.]
Samb…
- Persoalan – apakah OKT menjawab dengan mengaku bersalah sama dengan prinsip iqrar.
- Kalau jawapannya tidak, maka perkataan “boleh” di bawah s. 96 ( b ) itu menepati Hukum Syara’ kerana menjawab adalah dengan mengakui dakwaan itu sebagai benar ( iqrar ) dan bukan mengaku bersalah. Seseorang itu bersalah atau tidak akan ditentukan oleh mahkamah bilamana dia menjawab fakta-fakta kes yang dikemukakan oleh pihak pendakwa sebagai benar dan fakta-fakta tersebut pula memenuhi elemen-elemen atau syarat-syarat sesuatu kesalahan.
Samb…
- Atas persoalan yang sama, apakah memadai OKT menjawab “saya minta di bicarakan atau saya mengaku tidak bersalah” untuk diterima sebagai menafikan dakwaan mengikut prinsip yang digariskan oleh fuqaha’?
“Disyaratkan pada jawapan kepada pendakwaan bahawasanya hendaklah ia secara sorih dan dengan lafaz yang pasti….”
[ Dr. Muhammad Na’im Yasin, Nazriyyat al-Da’wa Baina al-Syariat al-Islamiah”, m.s. 571.]
- Kes Rusidah bt. Abdul Ghani lwn Pendakwa Syarie JAWI antara contoh yang diulas oleh Lembaga Rayuan Syariah yang mana fakta-fakta kes tidak dikemukakan oleh pihak pendakwaan.
Samb…
- Apakah pengakuan sama sekali tidak boleh direkodkan jika pengakuan dengan bersyarat.
- Kewajipan seseorang hakim menentukan al-Mudda’ie dan al-Mudda’a Alaih dlm sesuatu kes.
- Lihat takrif “al-Mudda’ie” dan “al-Mudda’a Alaih”.
- Beban bukti jika seseorang mengatakan kesnya termasuk di dalam pengecualian am dan pengeculian am Akta Kesalahan Jenayah dan beban bukti ke atas sesuatu fakta yang diketahui secara khusus oleh seseorang – s. 77 dan 78 Akta 561 dan s. 48-53 Akta 559.
Samb…
- Apakah pihak pendakwaan menanggung beban pembuktian jika OKT mengatakan kesalahan yang dilakukan kerana tidak sengaja atau kerana dirogol ( contoh dalam kes hamil luar nikah )?
- Pengakuan bersalah sepatutnya boleh direkodkan tetapi mahkamah tidak boleh sabitkan kesalahan sehingga di putuskan persoalan tidak sengaja atau persoalan rogol itu dan beban untuk membuktikan tidak sengaja atau rogol itu dibahu OKT.
Mendengar Keterangan Pengadu
- Mendengar Pengadu dan merekodkan keterangan Pengadu jika OKT minta dibicarakan atau enggan membuat akuan – s. 96 ( c )
- Dari segi amalannya jika OKT tidak bersetuju dengan fakta kes, maka s. 96 ( c ) juga terpakai walaupun dia mengaku salah. Inilah sebenarnya prinsip yang ada dalam Hukum Syara’ iaitu menjawab fakta-fakta tentang pertuduhan dan bukan mengaku salah.
Kuasa Menyaring Saksi-Saksi
- Kuasa Mahkamah untuk memperolehi nama-nama saksi dan menyaring saksi-saksi yang dipanggil hanya yang yang berkemungkinan mengetahui fakta kes sahaja – s. 96 ( d ).
- Mahkamah boleh menolak mana-mana saksi jika pada pendapatnya tidak mengetahui fakta kes - lihat proviso “berkemungkinan mengetahui kes” dan “memanggil mana-mana orang daripada mereka, sebagaimana yang difikirkan perlu oleh mahkamah, untuk memberikan keterangan di hadapannya”.
Samb…
- Di bawah peruntukkan subseksyen ( d ) ini wording yang digunakan adalah “mahkamah hendaklah memanggil”. Berbeza dengan wording yang digunakan oleh CPC ( s. 173 ( d ) iaitu “menyaman” dan saksi-saksi ini di saman mengikut seksyen 34 yang menyebutkan saman memanggil mana-mana orang hadir ke Mahkamah.
- Peruntukkan mengenai saman di bawah Akta 560 adalah khusus untuk saman kepada tertuduh dan dalam borang 2 juga begitu. Sedangkan dalam kes jenayah, perintah hadir kepada saksi adalah melalui saman. Amalan sekarang perintah hadir kepada saksi melalui sepina qadhi yang digunakan dalam kes mal.
Pemeriksaan Saksi-Saksi
- Hak OKT/Peguam untuk memeriksa balas semua saksi pendakwaan. – s. 96 ( e ).
- seksyen ini perlu dibaca bersama dengan seksyen 92 A561
Menentukan Prima Facie
- Rekod Pembebasan OKT jika tiada prima facie– s. 96 ( f ).
- Perkataan Prima Facie tidak disebut dengan jelas di bawah seksyen tersebut tetapi dapat di fahami daripada peruntukkan seksyen tersebut iaitu “kes terhadap tertuduh diwujudkan yang jika tak dipatahkan akan mewajarkan sabitannya”
Prima Facie dari Sudut Hukum Syara’
- Maksud prima facie: secara mudahnya adalah bukti/keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan yang jika tidak dibuktikan sebaliknya atau dicacatkan oleh OKT, adalah mencukupi untuk kesalahan disabitkan.
Tahap Mencukupi
- Setakat mana-mana bukti dikatakan mencukupi?.
- Mahkamah dikehendaki mematuhi bilangan, kedudukan atau kualiti saksi atau keterangan yang dikehendaki oleh Hukum Syara’ bagi membuktikan sesuatu fakta. – s. 226 A559.
- Hukum Syara’ – Yang diperlukan adalah ditahap yakin ( tanpa ada keraguan ). Tetapi dalam kes takzir tahap yakin tidak disyaratkan dan mengikut Dr. Abdul Kadir Audah dalam Kitabnya al-Tasyri’ al-Jinai’e al-Islami, juz 1 hlm. 83 bahawa sabitan kesalahan takzir mencukupi dengan shahadah seorang saksi lelaki. Shahadah seorang saksi lelaki adalah bukan ditahap yakin tetapi pada tahap zan al-ghalib sahaja.
- Jika dirujuk Akta 561 ( Akta Keterangan ) bilangana saksi yang diperlukan adalah 2 orang lelaki atau seorang lelaki beserta dengan 2 orang perempuan. – Lihat s. 86 ( 5 ) A561.
- Apa yang penting untuk difahami bahawa mengikut Hukum Syara’ takzir tidak tertolak dengan wujudnnya shubhah. Jika keterangan 2 orang saksi atau seorang saksi lelaki bersama dengan seorang perempuan mempunyai keraguan, maka prinsip tidak tertolak takzir dengan sebab shubhah hendaklah diguna pakai.
Membebaskan OKT
Selain melepaskan OKT kerana tiada prima facie dibuktikan, Mahkamah ada kuasa untuk melepaskan OKT pada peringkat sebelumnya lagi jika didapati pertuduhan tidak berasas.
- s. 96 ( g )
Prosedur Selepas Prima Facie
- Jika didapati ada prima facie sama ada pada kesalahan yang dipertuduhkan atau kesalahan lain yang tidak dipertuduhkan, mahkamah hendaklah menimbang sama ada pertuduhan perlu dipinda atau tidak. Jika perlu dipinda, mahkamah hendaklah membacakan pertuduhan pindaan kepada OKT –
- Jika OKT mengaku salah, sabitkan hukuman.
- Jika tidak mengaku salah atau jika tidak ada pindaan dibuat, perintahkan OKT membela diri.
s. 96 ( h ) - 96 ( j ).
Hak OKT Untuk Memanggil Semula Saksi
- Jika dipanggil membela diri, OKT berhak untuk memanggil dan memeriksa semula mana-mana saksi pendakwa dan boleh memohon saman dikeluarkan kepada saksi untuk dipaksa kehadirannya. – s. 96 ( j ) dan s. 96 ( L ).
- Prosedur bagi OKT membuat pembelaan di bawah seksyen ini hendaklah dibaca bersama seksyen 106.
Mahkamah Memberikan Penghakiman
- Selepas mahkamah mendengar pihak pembelaan dan keterangan saksi-saksinya dan selepas mendengar hujah kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah dikehendaki membuat keputusan iaitu sama ada –
- Merekodkan perintah pembebasan jika OKT didapati tidak bersalah, atau
- Menjatuhkan hukuman, jika OKT gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pihak pendakwaan atau jika akuan bersalah telah direkodkan dan diterima.
s. 96 ( m )
Prosedur jika aduan di bawah s.74
- Jika pengadu tidak hadir, mahkamah boleh melepaskan OKT.
S. 96 ( m )
Kuasa Mahkamah Melepaskan OKT
- S.97 ( 2 ) - Mahkamah ada budibicara tidak merekodkan sabitan kesalahan OKT walaupun kesalahan itu dibuktikan, tetapi membuat mana-mana salah satu daripada 3 perintah berikut:-
1. Buang pertuduhan selepas memberi teguran dan amaran;
2. ditahan di rumah kebajikan selama tidak melebihi enam bulan;
3. melepaskannya dengan bon dan penjamin bagi berkelakuan baik selama apa-apa tempoh yang tidak melebihi 3 tahun dan dalam tempoh berkelakuan baik itu, Mahkamah boleh memerintahkannya hadir untuk direkodkan sabitan dan dijatuhkan hukuman.
Samb…
- Pertimbangan untuk membuat apa-apa perintah tersebut adalah jika Pesalah itu berwatak dan berlatar belakangkan baik, faktor umur, taraf kesihatan, keadaan mental, kesalahan yang ringan atau hal keadaan peringan ketika melakukan kesalahan.
- Sebagai tambahan kepada mana-mana hukuman pelepasan itu, memerintahkan Pesalah membayar pampasan tidak melebihi RM1 ribu atau membayar kos prosiding atau kedua-duanya sekali. – s. 97 ( 3 ).
Waran Memberkas Pesalah Yang Ingkar Syarat Bon
- Dikeluarkan atas maklumat yang diberikan secara bersumpah bahawa syarat bon telah diingkari dan Mahkamah berpuashati. – s. 97 ( 4 )
- Jika ditangkap sama ada di bawa terus kepada Mahkamah yang mempunyai kuasa untuk menghukumnya bagi memberi jawapan mengenai kelakuannya sejak dilepaskan atau jika dibawa ke hadapan hakim lain, dia hendaklah ditahan melalui waran tahanan sehingga tarikh yang ditetapkan untuk hadir menerima penghakiman oleh atau dilepaskan dengan ikat jamin bagi beliau hadir menerima penghakiman. – s. 97 ( 5-6 ).
Ucapan Dlm Perbicaraan
- Pendakwa tidak perlu membuka kes, tetapi boleh terus memanggil dan memeriksa saksi-saksinya. –s.98 ( a ).
- Maksud ‘membuka kes’ boleh dilihat di bawah subseksyen ( b ).
- Lebih baik buka kes supaya Pendakwa ingat fakta yang perlu dibuktikan.
Ucapan Pihak Pembelaan
- OKT boleh membuka kesnya jika dipanggil membela diri. – Tidak mengikat OKT untuk membuka kes – sama spt prosedur ucapan pihak Pendakwaan.
- Menggulung kes selepas OKT dan saksi-saksinya memberikan keterangan.
- s. 98 ( b ).
Ucapan Pendakwa Selepas OKT Mengemukakan Keterangan
- Pendakwa boleh menjawab keseluruhan kes pihak Pembelaan. – s.98 ( c ).
- Maksud ‘menjawab’ dalam amalan perbicaraan di Mahkamah adalah Pendakwa menggulung hujah selepas OKT dan saksi-saksinya memberikan keterangan.
- Hujah Penggulungan OKT adalah selepas Penggulungan oleh Pihak Pendakwaan, iaitu sebagai menutup prosiding kes pembelaan.
Kuasa Mahkamah Mengaward Pampasan Kepada OKT
- S. 99 - Boleh menggunakan kuasa itu sama ada atas permohonan OKT atau mengikut budibicara Mahkamah sendiri.
- Dalam situasi kesalahan tidak disabitkan dan OKT dilepaskan atas alasan maklumat atau pertuduhan adalah remeh atau menyusahkan.
- Perintah bayar award ke atas Pengadu ( lihat semula s. 74 ) dan pengadu yang membuat aduan kepada pegawai penguatkuasa sehingga menyebabkan OKT dipertuduhkan ( lihat s. 9 ).
- Jumlah pampasan tidak melebihi RM1 ribu.
- Tertakluk kepada syarat –
- Mahkamah hendaklah merekod dan menimbang bantahan Pengadu, jika ada;
- Merekodkan alasan perintah pampasan.
Pemindahan Kes Ke Mahkamah Tinggi Syariah
- S.101 - Mahkamah Rendah boleh berbuat demikian pada mana-mana peringkat prosiding atas 2 alasan –
- kerana apa-apa sebab, ternyata ia patut dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah;
- atas permohonan Ketua Pendakwa Syarie
- Perintah tersebut hendaklah direkod dalam rekod prosiding.
Sambungan Pemindahan Kes
- Apakah sebab yang membolehkan kes dipindahkan?
- Mungkin sebabnya boleh disamakan dengan sebab dibawah s. 203 yang dibaca bersama dengan s. 204.
Prosedur Jika Ada Sabitan Terdahulu
- Bahagian Pertuduhan yang menyatakan sabitan terdahulu hanya boleh dibaca dan ditanya ke atas OKT jika dia telah mengaku salah atas kesalahan yang sedang dipertuduhkan ke atasnya.
- Jika OKT mengaku dia pernah disabitkan sebelum itu, hukuman boleh dijatuhkan dengan menimbang kesalahan kali pertama itu.
- Jika dinafikan atau enggan menjawab tentang sabitan terdahulu, hendaklah disiasat sabitan terdahulu itu sebelum hukuman dijatuhkan.
-LIHAT S. 102.
Hak Pendakwa Tidak Meneruskan Pendakwaan
- S. 103 ( 1 ) – Jelas memberi hak kepada Pendakwa tetapi nampak daripada zahir seksyen tersebut bahawa hak tersebut tidak berkesan kerana mahkamah juga mempunyai hak untuk tidak mengantung prosiding pertuduhan ke atas OKT walaupun Pendakwa memohon untuk tidak meneruskannya.
- Arahan Ketua Pendakwa Syarie juga diperlukan ( lihat s. 181 ).
- Ada sesetengah Hakim, tidak membenarkannya sehingga Pendakwa zahirkan sebab tidak meneruskannya.
- Adakah Kuasa mutlak Ketua Pendakwa Syarie hanya pada memula atau menjalankan pendakwaan ( lihat s. 58 ( 2 ) A505
- S. 103 ( 2 ) Mahkamah hendaklah melepas tanpa membebas OKT jika mahkamah memberi kebenaran untuk menggantung prosiding.
Hak OKT Untuk Dibela
- S. 104 - Hak Untuk diwakili oleh Peguam Syarie
- Mahkamah sepatutnya memberitahu Hak tersebut kepada OKT.
Kuasa Mahkamah Untuk Menyoal OKT
- Hak tersebut tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya, hanya jika perlu bagi meminta penjelasan OKT mengenai apa-apa keadaan yang terbit dari keterangan yang diberikan terhadapnya ( lihat s. 105 ( 1 ).
- Ini adalah kerana jawapan OKT boleh digunakan untuk menentangnya sama ada untuk pertuduhan itu atau bagi apa-apa kesalahan lain ( lihat s. 105 ( 2 ).
- Soalan Mahkamah itu tidak menjadi suatu pemeriksaan am ( hanya untuk OKT memberi penjelasan sahaja ) – lihat s. 105 ( 3 ).
Samb….
- S. 105 ( 4 ) - Tidak boleh menggunakan hak tersebut, bagi mendorongnya memberikan jawapan yang menunjukkan dia telah melakukan kesalahan itu.
- S. 105 ( 5 ) – Juga tidak boleh menggunakan hak tersebut, atas tujuan untuk menutup kecacatan kes pihak pendakwa.
- S. 105 ( 6 ) ( 7 ) – Semua soalan dan jawapan hendaklah -
- direkod dan dibacakan kepada OKT;
- hendaklah disahkan oleh OKT di samping dia berhak menjelas atau menambah jawapannya;
- Hendaklah ditandatangani oleh Hakim sesudah disahkan oleh OKT.
- Ada baiknya OKT juga menurunkan tandatangan pada rekod tersebut walaupun undang-undang tidak mensyaratkannya.
OKT Tidak Diwakili Peguam Apb. Di Panggil Membela Diri
- S. 106 – Mahkamah hendaklah memberitahu tentang hak untuk memilih kepada OKT sama ada untuk memberikan keterangan secara bersumpah atau secara tidak bersumpah ( keterangan bagi dirinya sendiri ) serta kesannya.
- Jika OKT memilih tanpa bersumpah, Mahkamah hendaklah menarik perhatiannya kepada perkara-perkara utama yang perlu dijawab olehnya.
- S. 106 ( 2 ) Jika OKT gagal memberikan keterangan, tidak boleh dijadikan alasan oleh Pendakwa untuk memburuk-burukan OKT. - ( maksudnya Pendakwa tidak boleh menggunakan kegagalan tersebut sebagai memperkukuhkan kesnya )
Samb…
- Perbezaan antara secara bersumpah dan tanpa bersumpah ialah OKT boleh diperiksa balas oleh pihak pendakwaan kerana ketika itu OKT dianggap sebahagian daripada saksi.
- Persoalan - Sama ada OKT memberikan keterangan secara bersumpah atau tanpa bersumpah mempunyai apa-apa perbezaan dari sudut Hukum Syara'. – lihat takrif keterangan di bawah sek. 2 A561 – lihat juga takrif saksi di bawah s. 2 A560 dan s. 2 A561 – hanya saksi sahaja tertakluk pemeriksaan yang ditetapkan oleh Bahagian 8 A561.
Kuasa Mahkamah Menangguh Perbicaraan
- S. 107- Sebabnya - kerana saksi tidak hadir atau kerana apa-apa sebab munasabah yang lain yang difikirkan perlu dan patut.
- Bila ditangguh, mahkamah ada budibicara untuk menahan OKT melalui waran tahanan tertakluk kepada syarat –
1. Bagi setiap kali penangguhan, tempoh tahanan tidak melebihi 8 hari;
2. Tiap-tiap perintah sama ada penangguhan atau penahanan hendaklah direkodkan bersama alasan serta ditandatangan.
- Tahanan boleh lebih daripada 8 hari jika pengadu disahkan oleh Peg. Perubatan Kerajaan tidak dapat memberikan keterangan sebelum sesuatu tarikh.- Lihat Perkataan bergaris adakah pengadu termasuk juga saksi-saksi lain.
Bertukar Hakim Semasa Perbicaraan
- S. 108 - Ada tiga pilihan bagi Hakim pengganti –
i- teruskan prosiding dan buat keputusan berdasarkan semua keterangan yang direkodkan sama ada olehnya sendiri atau oleh hakim sebelumnya;
ii- memulakan semula perbicaraan dengan memanggil semula semua saksi-saksi.
- Semua pilihan itu tertakluk kepada –
i- bahawa OKT ada hak untuk memohon saksi-saksi dipanggil semula;
ii- Mahkamah Rayuan ( Mahkamah atasan ) boleh mengenepikan sabitan Hakim Pengganti yang dibuat berdasarkan keterangan yang tidak direkodkannya, jika mahkamah atasan berpendapat OKT telah dimudaratkan secara material. Jika diketepikan, mahkamah atasan boleh memerintahkan perbicaraan baru.
Menahan Pesalah Yang Hadir Di Mahkamah
- S.109 – Boleh ditahan walaupun tidak tanpa melalui proses tangkapan atau proses saman dan diperlakukan seolah-olah dia ditangkap atau disaman.
- Tujuan untuk diperiksa bagi apa-apa kesalahan.
- Dengan syarat –
- Kesalahan adalah kesalahan yang mahkamah boleh ambil perhatian. – lihat s. 7.
- Nyata dari keterangan bahawa dia telah melakukan kesalahan.
- prosiding hendaklah dimulakan dari awal, jika perbicaraan ke atasnya telah pun bermula sebelum dia ditahan oleh Mahkamah.
Perbicaraan Pada Hari Cuti
- S. 110 – Ia tidak menjadikan prosiding menjadi tidak sah.
DARIHAL CARA MENGAMBIL DAN MEREKODKAN KETERANGAN
Bab ini perlu dibaca bersama dengan Bab Mengenai Peruntukkan Khas Yang Berhubungan Dengan Keterangan di bawah Bahagian VII
Cara Merekod Keterangan Saksi ( s. 111-117 )
- Segala keterangan hendaklah direkodkan di hdp tertuduh. –
- Sungguhpun begitu jika tertuduh tidak hadir dan tiada harapan untuk menangkapnya serta merta, mahkamah boleh memeriksa dan merekodkan keterangan ( deposisi ) saksi-saksi pendakwaan. Jika deponen mati, tak tak berupaya untuk memberikan keterangan atau kehadirannya menyebabkan kelengahan, perbelanjaan atau kesusahan, maka keterangan deponen tersebut boleh digunakan untuk menentang tertuduh selepas dia ditangkap walaupun deponen tidak diperiksa balas. – LIHAT S. 196
- Dengan tulisan tangan Hakim dan hendaklah menjadi sebahagian drp rekod.
Samb…
- Pada lazimnya dalam bentuk cerita dan tidak perlu dicatat dalam bentuk soalan dan jawapan, tetapi hakim boleh mencatat apa-apa soalan dan jawapan tertentu.
- Jika keterangan diberikan melalui bahasa isyarat , keterangan itu hendaklah diterjemahkan kepadanya jika dia tidak memahami bahasa isyarat tersebut.
- Hakim ada budibicara untuk mentafsirkan menafsirkan setakat yang perlu dokumen-dokumen yang dikemukakan untuk pembuktian secara formal.
- Hakim boleh merekodkan demeanor ( tingkah laku ) saksi ketika diperiksa, jika difikirkan material.
- Hakim boleh arahkan seseorang untuk merekodkan keterangan setiap perkataan yang diberikan oleh saksi sebagai tambahan kepada apa yang direkodkannya dan nota hendaklah menjadi sebahagian daripada rekod.
Sekian
- Wallahu’alam
Shamsuddin b. Hussain
KPS JAWI