Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Mereka yang enggan berdoa kepada Allah, adalah orang yang bongkak. Al-Quran memaparkan banyak ayat, antaranya firman Allah (mafhumnya):
"Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu..."
(Surah al-Ghafir, ayat 60)
Firman Allah (mafhumnya): "Apabila hamba-Ku bertanyamu tentang Aku hai Muhammad, maka jawablah Aku (Allah) amat hampir dengan mereka, Aku memenuhi doa yang memohon kepada-Ku. Maka mereka hendaklah memenuhi perintah-Ku dan mereka beriman kepada-Ku agar mereka sentiasa mendapat petunjuk.
(Surah al-Baqarah, ayat 186)
Dalam as-Sunnah, terdapat banyak hadis-hadis fi'li (perbuatan) dan hadis-hadis qauli (percakapan) yang jelas baginda Rasulullah s.a.w., berdoa ke hadrat Allah SWT.
Berdoa sememangnya dituntut, itu tugas kita sebagai hamba Allah. Sama ada terima atau tidak, ianya adalah urusan Allah SWT. Terserahlah kepada Allah dan memohonlah apa sahaja dengan penuh yakin bahawa Allah akan mengkabulkan doa kita. Nescaya Allah akan memenuhinya sama ada cepat atau lambat.
Nabi Allah Ibrahim a.s. sebagai contoh, telah berdoa ke hadrat Allah agar hati-hati manusia tertarik untuk mengunjungi Makkah beramai-ramai, pada waktu Makkah masih menjadi sebuah lembah yang gersang.
Baginda berharap umat manusia datang beramai-ramai menunaikan haji dan membuat umrah, dan dipohonkan rezeki mereka melimpah ruah.
Doa itu dilafazkan ribuan tahun dahulu ketika baginda mendatangi Makkah bersama anak dan isterinya.
Alhamdulillah, Allah SWT memakbulkan doa baginda selepas zaman Nabi Muhammad s.a.w., malah sehingga hari ini semakin jelas doa Nabi Ibrahim a.s., seolah-olah baru dimakbulkan.
Cuba bayangkan, doa Nabi Ibrahim yang disebut sebagai 'khalilullah' - kekasih Allah - sahabat setia Allah, berdoa ke hadrat Allah, ribuan tahun kemudiannya baru jelas dimakbulkan.
Apabila kita sering berdoa, jangan sesekali membuat kesimpulan bahawa doa kita tidak akan dimakbulkan.
Mungkin Allah telah makbulkan doa itu, mungkin dalam bentuk diberikan yang lebih baik daripada apa yang kita pinta.
Kadang-kadang doa kita dimakbulkan cepat, kadang-kadang lambat. Ertinya, apa yang dipohon, tidak semestinya diberi atau ditolak.
Ia adalah suatu ujian kepada kesabaran seseorang hamba. Sama ada Allah berikan sesuatu yang lebih baik, atau Allah berikan ganjaran sewajarnya pada hari akhirat kelak dalam bentuk pahala yang banyak.
Antara sebab-sebab nyata Allah tidak makbulkan doa, seperti yang difirmankan Allah dalam ayat 186, Surah al-Baqarah tadi, iaitu orang-orang yang keimanannya kepada Allah itu, masih berada pada tahap yang boleh dipersoalkan dan kemaksiatan yang dilakukan.
Ada hadis Nabi s.a.w. yang menyebut tentang doa yang tidak dimakbulkan, antaranya (mafhum): "Makan minumlah kamu dengan yang halal, nescaya doamu akan dimakbulkan."
Pada suatu ketika ada seorang yang keadaannya begitu terdesak, mengangkat tangan setinggi-tinggi yang boleh, dan berdoa ke hadrat Allah SWT, memohon kepada Allah, tatkala Nabi s.a.w. melihatnya, lalu baginda bermadah kepada para sahabat, mafhumnya: "Lihat orang itu, makan minumnya haram, pakai memakainya haram, bagaimana mungkin Allah menerima doanya."
Sememangnya semakin hampir seseorang hamba kepada Allah, semakin suci bersih jiwa dan amalannya, maka semakin mudah Allah memakbulkan doanya.
Seperti yang disebut dalam sebuah hadis qudsi, mafhumnya: "Apabila hambu-Ku mendampingi daku, dengan amalan-amalan yang banyak, khususnya amalan-amalan sunat, maka Aku menyukainya, maka apabila Aku menyukainya, akan-Ku tunaikan doanya (hajat)."
Walau hampir dan akrabnya seseorang insan kepada Allah SWT, tidaklah menjadi syarat utama untuk Allah memakbulkan doanya.
Ini kerana, hanya Allah sahaja yang mengetahui kemaslahatan hamba-hamba-Nya. Allah amat mengetahui apa yang hendak diberi dan apa yang tidak perlu diberikan.
Harus kita sedari bahawa dalam kehidupan kita, selain daripada Allah memberi apa yang kita minta, banyak juga kebaikan, rezeki dan sebagainya Allah berikan kepada kita walaupun tidak kita diminta.
Amat sedikit yang tidak diberi, itu pun ada kemaslahatannya.
Pernahkah doa Rasulullah sendiri ditolak Allah? Jawapannya, ya. Memang doa Nabi s.a.w. pernah ditolak. Kadangkala doa Baginda SAW pun ditolak.
Ketika Nabi Muhammad s.a.w., pada zaman awal kebangkitan baginda sebagai Rasul, menghadapi banyak tekanan daripada kaum Quraisy dan anggota keluarganya tidak mahu memeluk Islam.
Malah baginda pernah disakiti sehingga berdoa ke hadrat Allah (mafhumnya): "Ya Allah! Berilah petunjuk kepada kaumku, mereka ini tidak mengetahui."
Doa Nabi ini tidak ditunaikan sepenuhnya. Bukan orang lain, kalangan anggota keluarga, bapa saudaranya, seperti Abu Lahab meskipun didakwah bertubi-tubi, namun mereka lebih bertegas mempertahankan kekufuran mereka.
Malah sampai kepada peringkat menantu Nabi s.a.w sendiri, ada yang tidak beriman, atau lambat beriman.
Apa yang nyata, kaum kerabat Nabi, yang didoa dan diusahakan untuk mereka beriman, akhirnya mati dalam keadaan kufur.
Dalam Kitab Sahih Muslim, hadis 2889 disebut (mafhumnya): "Suatu hari Rasulullah s.a.w. singgah di masjid Bani Muawiyah, ditunaikan solat sunat dua rakaat bersama sahabat, selepasnya baginda berdoa dengan doa yang panjang. Selepas berdoa baginda berpaling ke arah sahabat dan bersabda, "Saya berdoa kepada Allah, tiga perkara, Allah tunaikan dua sahaja dan menolak yang satu lagi. Saya memohon agar umat Muhammad tidak dibinasakan dengan kelaparan, Allah tunaikan. Saya memohon agar jangan mereka dibinasakan dengan banjir yang menenggelamkan mereka, Allah tunaikan. Namun apabila saya berdoa agar jangan mereka bergaduh dan berperang sesama sendiri, Allah tidak tunaikan."
Bagaimanapun kebanyakan doa-doa Nabi s.a.w. dimakbulkan Allah SWT. Doa yang tidak dimakbulkan itu memang ada kemaslahatannya.
Oleh itu berdoalah ke hadrat Allah SWT, kerana ia adalah ibadah. Ibadah dilakukan bukan semata-mata untuk keperluan keduniaan.
Jika kita ikhlas beribadah, insya-Allah Allah akan memberikan ganjaran yang sebaiknya di hari kemudian.
Solat, puasa, zakat, haji, berjihad dan ibadah-ibadah, kita lakukan kerana berhajatkan keredaan Allah atau pahala yang dijanjikan kepada kita pada hari akhirat. Wallahua'lam.
Artikel ini disunting daripada tulisan Dato Dr. Harun Din. Sebarang komen terhadap artikel ini boleh disalurkan ke mardhatillah@yahoo.com.
Ahad, 27 Jun 2010
Kedustaan Hadis Bulan Rejab Bulan Allah,Sya'ban Bulanku dan Ramadhan Bulan Umatku
Bulan Rejab dan Amalan yang dilakukan di dalamnya.
Bulan Rejab adalah antara salah satu bulan yang termasuk di dalam bulan-bulan yang suci. Dinamakan dengan Rejab bersempena dengan penghormatan terhadapnya di zaman jahiliyyah dengan tidak melakukan sebarang peperangan di dalam bulan ini. (Al-Razi, Mukhtar al-Sihah (Beirut: Muassah al-Risalah, 2001), m/s 215)
Telah menjadi amalan kebanyakan umat Islam untuk menghidupkan bulan ini dengan pelbagai amalan. Persoalannya, adakah amalan-amalan tersebut dilakukan dengan ikhlas dan menepati sunnah Rasulullah saw untuk melayakkan amalan tersebut diterima? Menyentuh tentang persoalan ikhlas, kemungkinan semua orang memilikinya, tetapi adakah amalan tersebut bertepatan dengan syariat dan sunnah Rasulullah saw. Justeru, menjadi kewajipan ke atas umat Islam untuk menyemak dan memastikan segala amalan yang dilakukannya itu bertepatan dengan syariat dan sama dengan cara yang dilakukan oleh Rasulullah saw.
Antara amalan-amalan yang dilakukan oleh umat Islam dalam bulan Rejab ini yang TIDAK menepati Sunnah Rasulullah saw ialah:
1) Solat Raghaib
Solat ini dilakukan berdasarkan kepada satu hadith maudhu’ yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra, katanya: Telah bersabda Rasulullah saw: Rejab bulan Allah, Sya’ban bulan-ku, dan Ramadhan bulan umatku… dan tidak ada seorang pun yang berpuasa pada hari Khamis yang pertama dalam bulan Rejab kemudian melakukan solat diantara waktu Maghrib dan ‘Atamah (waktu sepertiga awal malam), iaitu dilakukan pada malam Jumaat sebanyak dua belas rakaat, dibaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah sekali dan surah al-Qadr tiga kali, dan surah al-Ikhlas sebanyak dua belas kali, dan diselangi setiap dua rakaat dengan salam, dan apabila telah selesai, ia berselawat ke atasku sebanyak 70 kali, kemudian membaca: (Allahumma salli ‘ala Muhammadin Nabiy al-Ummiy wa ‘ala alihi), kemudian sujud dan membaca: (Subbhuhun Quddusun Rabbu al-Malaikatu wa al-Ruh) sebanyak 70 kali, kemudian ia angkat kepalanya dan kemudian membaca: (Rabbi ighfir warham watajawaj ‘amma ta’lamu innaka anta al-‘azizu al-a’dzam) sebanyak 70 kali, kemudian ia sujud kali kedua dan membaca seperti bacaan di sujud pertama, kemudian ia mohon kepada Allah segala hajatnya, nescaya akan ditunaikan. Bersabda Rasulullah saw lagi: Dan demi diriku yang di tangan-Nya, tidak ada seorang hamba pun, lelaki mahupun perempuan yang mengerjakan solat ini melainkan akan diampunkan Allah sekelian dosanya, walau pun seperti buih di lautan dan sebanyak dedaun di pohonan, dan ia akan dapat memberi syafaat pada hari Qiamat untuk 700 orang di kalangan kaum keluarganya…))
(Diriwayatkan oleh Ibn al-Jauzi, di dalam kitabnya al-Maudhu ‘at, jilid 2, m/s 124-125).
Seterusnya Ibn al-Jauzi menyebut: ((Hadith ini adalah maudhu’ dan dusta ke atas Rasulullah saw, di dalam nya terdapat seorang rawi yang bernama Ibn Jahdham yang terkenal dengan dusta, dan aku mendengar guruku; Abd al-Wahab berkata: Para rawinya majhul (tidak dikenali) dan telah disemak tentang peribadi mereka ini di dalam semua kitab tetapi tidak ku temui tentang mereka).
Al-Imam al-Syaukaniy rh juga menyebut di dalam kitabnya: al-Fawaid al-Majmu ‘ah fi al-Ahadith al-Maudhu‘ah: ((Hadith ini adalah maudhu’ dan perawinya adalah majhul (tidak dikenali), dan solat Raghaib yang masyhur ini telah sepakat para ulamak bahawa ia adalah maudhu’)).
Setelah kita mengetahui tentang kedudukan hadith yang menyebut tentang solat Raghaib ini, marilah kita melihat apakah pandangan para ulamak tentang hukum mengerjakan solat tersebut.
Imam al-Nawawi (w 676H) berkata: ((Sesungguhnya ia adalah bid ‘ah yang ditegah di antara bid ‘ah-bid ‘ah yang sesat, dan padanya terdapat pelbagai percanggahan yang jelas, Allah memerangi mereka yang mencipta dan mereka-reka solat ini, dan para imam telah menulis pelbagai penulisan yang bernilai dan bermutu yang menyebut tentang keburukannya, kesesatan orang yang mengerjakan sembahyang ini, dan yang melakukan bid ‘ah ini, serta dalil tentang kejelekan, kebatilan serta kesesatan orang yang mengamalkannya adalah terlalu banyak dan tidak terhitung)).
(Al-Nawawi, al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, (Bierut: Dar al-Ma’rifah, cetakan ke-7, 2000), jilid 8, m/s 262.)
Syeikh Ibn Taimiyah (w 728 H) juga menyanggah pendapat tentang kewujudan solat ini dengan berkata: ((Solat ini (Raghaib) ini tidak dilakukan oleh Rasulullah saw dan tidak pula oleh seorang pun dikalangan para sahabat Baginda, tabi‘in dan para imam kaum Muslimin, dan Nabi saw tidak menggalakkannya serta tidak terdapat seorang pun dikalangan ulamak salaf dan imam-imam yang menggalakannya dan mereka tidak pernah menyebut akan adanya keutamaan-keutamaan yang khusus bagi malam ini. Hadith-hadith yang menyebut mengenainya adalah dusta dan maudhu’ dengan sepakat ahli ilmu, maka oleh kerana itu ahli-ahli tahqiq mengatakan bahawa solat tersebut adalah makruh, bukan sunat)). (Ibn Taimiyah, Majmu’ al-Fatawa, 1/149)
Menurut al-Hafiz Ibn Rejab pula: ((Solat ini adalah bid‘ah di sisi jumhur (kebanyakan) ulamak, dan di antara mereka yang menyebut tentang perkara ini adalah di kalangan ulamak yang terkemudian seperti Abu Ismail al-Haruwi, Abu Bakar ibn al-Sam‘aniy, Abu al-Fadhl ibn Nasir, Abu al-Farj ibn al-Jawzi dan yang lain lagi, dan perkara ini tidak disebut oleh ulamak yang awal disebabkan ianya hanya muncul selepas daripada zaman mereka, dan yang terawal timbulnya perkara ini ialah selepas 400 tahun, maka sebab itulah golongan ulamak yang awal dan terdahulu tidak mengetahuinya dan tidak membincangkannya)) (Ibn Rejab, Lataif al-Ma ‘arif, m/s 228)
Terdapat ramai lagi dikalangan ulamak yang membincangkan tentang hukum solat Raghaib ini. Kesimpulan yang dapat dibuat daripada pendapat-pendapat mereka semuanya menafikan kewujudan solat ini dan menganggap ia sebagai salah satu bid ‘ah (ibadat yang direka-reka) yang amat ditegah dan tidak boleh mengamalkannya kerana ianya tidak thabit daripada Rasulullah saw mahupun para sahabat ra serta al-tabi’in..
2) Berpuasa penuh di bulan Rejab atau sebahagiannya dengan menganggap ianya mempunyai fadhilat yang khas.
Sesetengah daripada umat Islam akan berpuasa di bulan ini sepenuhnya atau sebahagainya dan mereka menganggap puasa ini mempunyai kelebihan dan fadhilat yang khusus. Tetapi malangnya, ganjaran atau kelebihan yang khas bagi mereka yang melakukan amalan ini tidak bersumberkan daripada al-Quran atau hadith-hadith yang sahih. Bahkan ianya diambil daripada hadith-hadith yang maudhu’ (palsu) dan yang lebih malang lagi hadith-hadith ini disebarkan oleh golongan-golongan agama atau ustaz-ustaz kepada masyarakat Islam samada di dalam kuliah-kuliah mereka atau melalui penulisan. Antara hadith-hadith maudhu’ yang tersebar luas mengenai fadhilat puasa di bulan Rejab ini ialah:
1. Ibnu al-Jawzi menyebutkan dari riwayat Muhamad bin Abdul-Baqi dari Abu Bakr Muhamad bin al-Hassan al-Naqqasy, dari Abu Said r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:
((Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku, maka barangsiapa yang berpuasa bulan Rejab dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah, maka ia wajib mendapat keredhaan Allah Yang Maha Agung dan ditempatkannya di Syurga al-Firdaus yang tertinggi. Sesiapa yang berpuasa dua hari dari bulan Rejab maka baginya pahala dua kali ganda, timbangan tiap-tiap ganda bagaikan bukit-bukit di dunia. Barangsiapa yang berpuasa tiga hari dari bulan Rejab maka Allah menjadikan antaranya dan Neraka sebuah parit yang panjangnya setahun perjalanan. Barangsiapa yang berpuasa empat hari dari bulan Rejab maka ia akan diselamatkan dari bala, gila, kusta, sopak, fitnah al-Masih al-Dajjal dan dari azab kubur…)).
Ibnu al-Jawzi telah menghukum hadith ini dengan maudhu’.
2. Ibnu Shahin meriwayatkan dari Ali r.a dari Harun bin ‘Antarah bahawa Rasulullah saw bersabda:
((Sesungguhya bulan Rejab adalah bulan yang agung, maka barangsiapa yang berpuasa sehari dari bulan Rejab nescaya Allah menuliskan baginya puasa seribu tahun. Siapa yang berpuasa dua hari dari bulan Rejab maka Allah menuliskan baginya puasa dua ribu tahun. Siapa yang berpuasa tiga hari dari bulan Rejab maka Allah menulis baginya puasa tiga ribu tahun…))
Menurut Ibnu ‘Iraq: Hadith ini adalah maudhu’ tanpa syak lagi. Harun bin ‘Antarah pula disi Ibnu Hibban adalah seorang pereka hadith.
3. Diriwayatkan daripada Ali bin Abu Talib r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:
((Aku dibangkitkan sebagai Nabi pada 27 Rejab, maka barangsiapa yang berpuasa pada hari itu dan ia berdoa sewaktu berbuka puasa, maka puasa itu menjadi kifarat baginya selama sepuluh tahun)).
Hadith ini telah disebut oleh al-Hafidz Ibnu Hajar dari kitab Fawaid susunan Abu al-Hassan bin Shakhr dengan sanad yang batil.
Demikianlah antara contoh sebahagian kecil daripada hadith-hadith palsu yang tersebar dikalangan masyarakat Islam mengenai fadhilat puasa di bulan Rejab ini. Masih terdapat banyak lagi hadith-hadith palsu lain mengenai fadhilat puasa di bulan ini yang sesetengah daripada fadhilat tersebut tidak dapat diterima oleh akal yang sejahtera, apatah lagi ianya bercangggah dengan kaedah dan prinsip asas agama.
Al-Hafiz Ibn Hajar di dalam menyentuh perkara ini berkata: ((Tidak terdapat hadith-hadith yang boleh dijadikan hujah yang menyebut tentang fadhilat khusus bulan Rejab, atau fadhilat berpuasa (sepenuhnya) di bulan ini, atau berpuasa sebahagiannya, atau menghidupkan malamnya yang khusus)).
(Ibn Hajar, Tabyin al-‘Ajab fi ma warada fi Fadhl Rajab, m/s 23).
Sayyidina Umar al-Khattab melarang orang berpuasa dibulan ini dan beliau pernah memukul tangan orang yang tidak mahu makan disebabkan berpuasa di bulan Rejab.
(As-Suyuti, al-Amr bi al-Ittiba’ wa al-nahyu an al-Ibtida’, (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah, cet.1, 1988), m/s 63).
Al-Imam Al-Syawkaniy pula menyebut di dalam kitabnya al-Fawaid: ((Dalam satu risalahnya Ali bin Ibrahim al-‘Athar berkata: Apa yang diriwayatkan mengenai keutamaan puasa Rejab semuanya maudhu’ dan dhaif tidak mempunyai sumber. Katanya lagi: Abdullah al-Anshari tidak berpuasa Rejab dan beliau melarangnya dan berkata: Tidak ada satu hadith pun yang sahih dari Nabi saw mengenainya)).
(Al-Syawkaniy, al-Fawaid al-Majmu’ah, m/s 440).
Selain daripada amalan yang disebutkan ini, terdapat lagi amalan khusus lain yang disebarkan seperti amalan membaca apa yang disebut sebagai ‘Istighfar Rejab’. Disebutkan di antara fadhilatnya ialah sesiapa yang menulis atau menggantung atau membawa atau membaca istighfar Rejab maka ia akan mendapat pahala sebanyak 80, 000 pahala para Nabi.
Terdapat juga sesetengah umat Islam yang menunaikan umrah pada bulan ini dengan menganggap ianya mempunyai fadhilat yang khusus jika dilakukan pada bulan Rejab.
Demikianlah sebahagian amalan yang biasa dilakukan oleh umat Islam di dalam bulan Rejab ini yang tidak bersumberkan dari Rasulullah saw. Persoalan yang mesti diulang fikirkan lagi adakah amalan-amalan tersebut akan diterima oleh Allah dan mendapat ganjarannya?. Atau ianya tidak mendapat apa-apa kecuali penat dan letih sahaja. Semoga Allah swt mengampunkan kesalahan yang dilakukan di atas kejahilan kita. Marilah kita bersama-sama untuk membenteraskan kegiatan penyebaran hadith-hadith palsu di kalangan umat Islam. Pastikan ibadah yang kita lakukan benar-benar menepati sunnah Rasulullah saw dan diiringi dengan keikhlasan kepada Allah swt.
Puasa-Puasa Sunat Yang Lain
Syeikh Muhammad Mutawali Al-Sya'rawi didalam fatwanya menjawab persoalan mengenai puasa-puasa sunat, beliau telah menyenaraikan 8 jenis puasa yg beliau sifat sebagai :"Puasa yg orang Islam lakukan bagi mendekatkan diri kepada Allah"
Puasa-puasa sunat (suka rela! ! ! ):
"1. Hari Arafah (9 Zulhijjah kepada mereka yg tidak menunaikan Haji.
2. Hari Asyura', disitu ada hari 9 atau mana-mana hari 9 atau 10 Muharam.
3. 6 hari didalam bulan Syawal.
4. Hari-hari Putih didalam bulan-bulan Arab (islam) iaitu :- hari13,14 dan 15.
5. Berpuasa pada hari Isnin dan Khamis didalam setiap minggu.
6. Berpuasa didalam bulan-bulan haram iaitu :- Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.
7. Berpuasa mana-mana dari 9 hari dari bulan Zulhijjah, dari 1 hingga 9 Zulhijjah.
8. Berpuasa penuh didalam Sya'ban atau dengan banyaknya.
Para Fuqaha' berpendapat jika seseorang itu ingin melakukan puasa sunat, tetapi dia masih mempunyai baki puasa wajib, hendaklah ia mengqada'kannya. Bahkan jika ia mempunyai kifarat dan nazar, maka hendaklah dia melakukannya puasa itu dahulu.
Kesimpulan :
1. Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab kebanyakkannya adalah Mawdhu' (Palsu). Pendustaan terhadap Rasulullah saw. (Al-Saqr, Al Qardhawi)
2. Kita dilarang memilih-milih hari atau malam yg tertentu sahaja untuk melakukan ibadat khusus.(Hadis Nabi saw)
3. Tidak ada fadilat KHAS yg ditujukan pada bulan Rejab, yg ada cuma fadilat umum kepada ke empat-empat bulan haram.(Al-Saqr, Al-Qardhawi)
4. Tidak ada solat dan zikir khas untuk bulan Rejab (Al-Saqr, Al-Qaradhawi).
5. Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yg lain disunatkan melakukan Puasa sunat dan banyakkan bertaubat. ( Imam Al-Sya'rawi)
6. Kaedah berpuasa di dalam bulan-bulan haram ialah:
- hari yg ke 9,10,11 di dalam bulan Muharam (Syeikh Abdul Aziz bin Bazz)
- berpuasa hari Khamis, Jumaat, Sabtu (Hanafiah - Al-Zuhaily)
- Berpuasa pada bulan Rejab tidak sepenuhnya dan Sya'ban tidak sepenuh bulan (Al-Qardhawi)
- berpuasa pada hari Assyura' (10 Muharam) dan Hari Arafah (9 Zulhijjah).
7. Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali kelebihan sebagai bulan-bulan Haram.(Syed Sabiq)
8. Tidak boleh HANYA berpuasa dibulan Rejab sahaja, dimana 3 bulan-bulan yg Haram yg lain tidak langsung diberi keutamaan melakukan puasa (Mazhab Hanbali- Al-Jaziry)
9. Tidak ada dalil yg mengatakan bahawa menziarah kubur didalam bulan Rejab mempunyai kelebihannya.
10. AWASIlah dari terlibat menyebarkan HADIS-HADIS PALSU, kerana ditakuti kita adalah sebahagian dari mereka yg MENDUSTAKAN Rasulullah saw. (Na'uzubillahhu min zalik).
Dalam mempertingkat amalan-amalan kita kepada Allah swt, sering kali kita disajikan dengan pelbagai-bagai amalan yg kelihatan banyak fadilatnya. Malah ada juga kedapatan beberapa fadilat-fadilat yg sangat rapuh dalilnya, bahkan ia menjadi pegangan sebahagian umat Islam pada hari ini. Bagi persoalan-persoalan seperti fadilat Rejab atau bulan-bulan yg lain, kita mesti kembali kepada 'role model' atau contoh kita, iaitu Rasulullah saw sebagaimana firman Allah swt didalam surah Al-Ahzab ayat 21:
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Al-Ahzab - 21].
Akhir kata, Selamat menyambut kedatangan bulan-bulan Haram sebagaimana yg telah diajarkan oleh Rasulullah SAW. Wallahu'alam.
Artikel ini telah disunting dan disusun semula oleh pemilik blog ini www.haluanpemuda.blogspot.com
sebarang saranan atau komen boleh disalurkan kepada mardhatillah@gmail.com
Artikel ini dibenarkan utk di "copypaste" tetapi harap diletakkan email penyunting agr dpt diketahui kelemahan pada tulisan penulis.

Seusai Lembaran Syahdu
Ku ungkapkan tabir cinta
Agr kau mengerti segalanya,
mencoret kata-kata
Hanya bertemankan kesunyian dan kepekatan malam,
syahdu nian malam ini
Aku tercarik hati melihat manusia semakin lena
Lena dibuai mimpi dunia,
Aku krg mngerti mengapa bisa aku smpi ketahap ini..?
Mengorak langkah dlm kepayahan
Helaan nafas yg menyeksakan seluruh tubuhku
Hancur dan luluh hati ini tatkala melihat layunya bunga
yg bertebangan kerana dipetik
Tangan-tangan yg ganas lg bernafsu serakah.
Sampai bila harus aku begini?
Adakah pnya kesempatan bagiku..?
Kekuranganku sering dipandang serong,
Manusia durjana melihat kesempatan ini menjatuhkan antara satu sama lain
Bilakah bangsaku akn maju..?
Bilakah negaraku akan bebas daripada pemikiran sekular...?
Bilakah Islam akn berdaulat semula..?
Sggh sukar persoalan yg betandang
Memecah benak fikiranku
agr langkah yg diorak menjadi semakin laju
Namun,aku tdk berdaya menghadapinya sendirian
Teringat aku pada firmanNya
dalam surah As-Saff,ayat ke 4
Sesungguhnya Dia menyukai hamba2Nya hidup
dalam bejemaah seperti bangunan yg kukuh
Tapi bagaimana bisa aku mencari kekuatan jemaah ..?
sdgkan msg2 membuat halnya sendiri
Tdk menghiraukan dunia yg kacau,menyerabutkan
Ah! bisa saja aku meninggalkan jln ini
Tp siapa yg akn menggerakkan jika tdk aku yg memulakan langkah..?
Ah!!!!!! sakit jiwaku!!!!
Seperti tdk tercapai akalku memikirnya
Aku harus kuat agar bisa jalan ini aku perluaskan
Perluaskan bersama sang pencinta Agama
Lembaran ini aku coretkan
buat tatapan tamu yg bertandang diruanganku
bknlh aku yg terbaik
namun ingin aku mengajak kalian bersama
Mengorak langkah
Menghayun senjata ilmu
agr bisa kita kembali gemilang
membentuk sahsiah agr terbilang
Gemilang bersama Islam
Gemilanglah Islam...!!!!!!!
~ibnurahmah_2010~

Selasa, 15 Jun 2010
NIKMATNYA UJIAN
Assalamu'alaikum w.b.t
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnianNya kita masih diberi kekuatan Iman dan Islam dalam hati kita bersama dan tiada sekutu bagiNya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kepada para sahabat, tabi'in, tabiut tabi'in dan kepada seluruh umat Islam. Sebelum melangkah lebih jauh dalam penulisan ini marilah sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah buat seluruh umat Islam khususnya para syuhada' yang syahid dalam mempertahankan Islam yang suci ini, juga buat saudara-saudara kita yang syahid dalam tragedi 31 Mei 2010, serangan Kapal Bantuan Kemanusiaan ke Gaza 'Flotilla' yang diserang Israel Laknatullah. Kita hadiahkan juga Al-Fatihah kepada kedua ibu bapa kita sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia dengan harapan amalan kita yang sedikit ini dapat diterima disisi Allah S.W.T InsyaAllah.
Terdetik hati ini untuk menulis artikel ini sebagai usaha dakwah Islamiyyah dalam menyebarkan ilmu Allah yang sangat luas ini. Semoga tulisan ini dapat memberi manfaat kepada kita bersama. InsyaAllah.
Setiapa hari kita berhadapan dengan pelbagai nikmat dan ujian, kadangkala kita hampir tidak sanggup menghadapinya. Namun sebagai umat Islam kita tidak boleh berputus asa dalam mencari rahmat dan reda Allah S.W.T. Biar manusia hina melihat kita tetapi jangan Allah S.W.T hina memandang kita. Kadangkala terdetik dihati kita keluh kesah kerana ujian yang terlalu berat yang kita hadapi. Namun, haruslah diingati bahawa Allah S.W.T tidak sesekali menguji hamba-hambaNya dengan ujian yang hambaNya tidak mampu menghadapinya. Masih ingatkah kita akan fimanNya dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 yang mafhumnya:
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..."
Jadi usahlah kita merungut bila diberi ujian. Hendaklah kita hadapinya dengan sabar dan tabah. Usah gentar untuk berkelana di alam fana hanya kerana ikutkan kehendak nafsu manusia. Teringat aku akan kisah Nabi Allah Musa a.s yang diberi ujian yang getir ketika dia terlibat dengan kejadian memukul seorang Qibti (Coptic) sehingga mati dalam usahanya menentang kezaliman terhadap kaumnya Bani Israel sehingga menyebabkan Nabi Musa as terpaksa melarikan diri ke negeri Madyan yang agak jauh dari Mesir yang ketika itu diperintah oleh Firaun bagi menyelamatkan dirinya. Nabi Musa as memang terkenal dengan sifatnya yang menentang sekeras-kerasnya kezaliman. Sesampainya di negeri Madyan Nabi Musa as bertemu sekumpulan pengembala kambing lelaki yang sedang memberi minum binatang ternakannya manakala di sebelah mereka didapati dua orang perempuan yang sedang menunggu giliran untuk memberi minuman kepada binatang ternakannya. Nabi Musa as yang ketika itu amatlah keletihan dan lebih memerlukan air berbanding kumpulan-kumpulan tadi telah memerah tenaganya untuk menuntut keadilan hak bagi 2 orang wanita itu. Lantas tanpa memikirkan tentang dirinya Nabi Musa as pergi kepada kedua orang wanita itu dan bertanyakan hal mengapa mereka tidak memberi minum kepada binatang ternakan mereka. Wanita-wanita itu menjawab mereka tidak boleh memberi binatang ternakan mereka minum sehinggalah kumpulan pengembala lelaki tadi selesai memberi binatang ternakan mereka minum. Lantasan Nabi Musa as terus memberi binatang ternakan 2 orang wanita itu minuman dan dia berlalu pergi ke tempat yang teduh seraya berdoa seperti yang terkandung di dalam Al-Quran. Kisah ini diceritakan oleh Allah S.W.T dalam al-Quran yang suci di dalam surah Al-Qasas 22-24 yang bermaksud:
22. Dan setelah ia (meninggalkan Mesir dalam perjalanan) menuju ke negeri Madyan, berdoalah ia Dengan berkata: "Mudah-mudahan Tuhanku menunjukkan jalan Yang benar kepadaku,".
23. Dan ketika Dia sampai di telaga air negeri Madyan, ia dapati di situ sekumpulan orang-orang lelaki sedang memberi minum (binatang ternak masing-masing), dan ia juga dapati di sebelah mereka dua perempuan yang sedang menahan kambing-kambingnya. Dia bertanya: "Apa hal kamu berdua?" mereka menjawab: "Kami tidak memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa Kami seorang yang terlalu tua umurnya ".
24. Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ini kepada apa sahaja kebaikan yang Engkau turunkan amatlah fakir “.
Dek kerana kesibukan kita seharian dalam mengerjakan pelbagai urusan kita kurang meneliti kisah-kisah yang diceritakan oleh Allah melalui Al-Quran yang mulia sehingga kita lupa bahawa Nabi-Nabi Allah terdahulu lebih besar dugaannya berbanding kita yang lemah iman ini. Di dalam kita diuji sebenarnya Allah merindukan rintihan doa daripada hamba-hambaNya, Allah menguji kita agar kita sentiasa ingat tentangNya. Barangkali Allah menguji kita sebagai teguran kepada apa yang kita lupa atau tentang sesuatu yang kita abaikan. Maha Suci Allah dalam menetapkan setiap ketentuan dalam penuh Maha Kebijaksanaan.
Aku tertarik dengan doa yang diucapkan oleh Nabi Musa as yang terkandung di dalam surah
Al-Qasas ayat 24 yang bermaksud:
Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ini kepada apa sahaja kebaikan yang Engkau turunkan amatlah fakir”
Dalam Al-Quran diceritakan dengan kalimah yang ringkas,namun amat mendalam pengisiannya disebut dengan “Rabbi inni lima anzalta ilaiya min khairin faqir” maksud fakir disini Nabi Musa as sangat berkehendak terhadap rezeki kurniaan Allah. Manakan tidak Nabi Musa as yang telah dibesarkan dalam keadaan yang serba mewah di dalam istana kemudian terpaksa hidup melarikan diri disebabkan peristiwa titik permulaan kerasulan Baginda.
Lihat saudara-saudariku sekalian! Nabi Musa as walau dalam keadaan yang lemah dan tiada daya masih mengharap kurniaan rezeki daripada Tuhannya iaitu Allah S.W.T. Sedangkan kita ini manusia biasa yang tiada sebarang mukjizat masih menyombongkan diri dengan Tuhan bilamana kita diuji!. Sungguh! kita mohon dijauhkan oleh Allah S.W.T daripada sifat sombong sedemikian. Doa yang ringkas tetapi penuh makna itu amat-amat memberi kesan dalam hidup
Nabi Musa as, dimana selepas itu dia dijemput oleh bapa kepada kedua-dua wanita itu ke rumah diberi hidangan, diberikan pekerjaan dan dikahwinkan dengan salah seorang dari wanita tadi. Maha Suci dan Maha Agung Allah S.W.T yang menunaikan setiap hajat hamba-hambaNya yang mengkehendaki sesuatu dengan memohon dan berdoa dengan tulus ikhlas. Setelah diuji dengan pelbagai ujian, Allah memberi kebaikan yang membawa nikmat yang sangat-sangat berharga disebalik ujian tersebut.
Jadi, marilah sama-sama kita mengambil iktibar di dalam kisah Nabi Musa as yang mendapat kenikmatan yang sangat indah setelah menghadapi ujian yang amat hebat dalam lembaran kehidupannya.
Marilah sama-sama kita amalkan doa Nabi Allah Musa ini dalam ketika menghadapi ujian agar Allah memberi kemudahan dan kelapangan kepada kita InsyaAllah. “Rabbi inni lima anzalta ilaiya min khairin faqir”. InsyaAllah. Wallahu’alam.
Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang lemah itu daripada kelemahan saya sendiri yang juga diatur oleh Allah S.W.T dalam menguji kekuatan keimanan hamba-hambaNya.
Sekian, Wassalam.
(ibnurahmah_2010=15/06/2010)
p/s: Nota ringkas ini boleh di’copy’ tetapi hendaklah disertakan sekali laman blog ini www.haluanpemuda.blogspot.com demi usaha dakwah Islamiyyah alam siber.

Isnin, 15 Mac 2010
Langgan:
Catatan (Atom)