Isnin, 23 Mei 2011

SeLaMaT BeRjAYa MeNeMpUh KeHiDuPaN

Kepada smua sahabat seperjuangan yg bru menamatkan latihan industri dan juga bakal konvo tahun nie...sy mengucapkan selamat berjaya kpd kalian...jgn mudah menagalah...truskan perjuangan hidup anda...kejar dunia dan kejar akhirat...bg kawan2 sekolah yg bakal melangsungkan perkahwinan sy ucapkan barakallahulakuma wabaraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair....agi idup agi ngelaban!

Ahad, 13 Februari 2011

Meniti Sejarah

Genap dua bulan satu minggu aku praktikal di Kompleks Pejabat Kadi Dan MAhkamah Syariah Daerah Pontian. Banyak pengalaman yang aku timba. Suka, duka, pahit, manis dapatku rasa sepanjang sebulan ini. Huh, maknanya tggil sebulan 3 minggu lagi aku di sini. Rasa macam tak sabar nak habis sebab nak sambung belajar lagi. Belajar, belajar dan belajar lagi, selagi aku termampu. Niat nak sambung ke Timur Tengah jika berkesempatan.

Dalam usia yang baru nak mencecah 21 macam2 org tnyer...dah kawen??de kekasih hati???ble nk kawen??? de yg lg sedap, "Ust dah bpe anak??" hehehe...nk pecah perut ble terkenangkan. Sat! ust?? oh tidak! ak bkn x ske dgn pggl ust cume krg selesa dgn pggln tersebut sbb ilmu pd ak ckt jer, blom layak dipggl dgn gelaran ust. so, lps nie wahai hamba2 Alah kat luar sne just col my name ok! =) senyum x perlu kata apa2. But da way, doakanlah agr aku mampu mnjd seperti yg dipggl dan lbh drpd i2..InsyaAllah

Jumaat, 17 Disember 2010

Mengemis Kasih


Mengemis Kasih

Album : Secerah Pawana
Munsyid : The Zikr
http://liriknasyid.com


Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku

Bila CINTA Semua Indah Belaka! (Siri 1)

Cinta suatu perasaan fitrah yang dijadikan Allah S.W.T untuk setiap hamba-hambaNya. Namun, fitrah yang suci sering kali dirosakkan oleh nafsu yang sentiasa menujah emosi. Perasaan disukai, menyukai, disayangi, menyayangi dan sebagainya adalah suatu perasaan yang tidak bisa dielak oleh manusia yang sememangnya diciptakan Allah dalam keadaan fitrah.

Sebelum melangkah dengan lebih jauh lagi, mari sama-sama kita cari dan ketahui apa itu fitrah? Fitrah ialah sesuatu perkara yang bersesuai dengan sifat manusia itu sendiri. Sebagai contoh manusia menyukai akan kecantikan dan keindahan tetapi tidak menyukai kekotoran kerana kekotoran adalah sesuatu yang meloyakan. Jadi, di sinilah fitrah.

Setelah kita fahami maksud fitrah, di sini saya mengajak para pengunjung blog ini bersama-sama berfikir, dan beringat tentang apa yang akan diperbincangkan nanti.

Setiap manusia menginginkan cinta yang mampu berkekalan selama-lamanya. Tiada manusia yang mahu cinta mereka terkandas dipertengahan jalan. Jadi, mereka akan sedaya upaya mempertahankan cinta mereka. Di sini penulis, ingin mengingatkan diri penulis sendiri dan juga para pembaca sekalian tentang satu firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yang mafhumnya:

"Dan barangkali sesuatu yang tidak kau sukai adalah baik untukmu, dan barangkali sesuatu yang kau sukai adalah tidak baik untukmu, dan Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahui"

Di dalam percintaan semua yang dipandang adalah indah belaka dan kadangkala yang busuk pun dipandang wangi. Di sini, pasangan yang sedang hangat bercinta seringkali terjebak dengan kancah maksiat. Apabila larangan Allah S.W.T tidak diambil peduli lagi.

Di sini ingin penulis tegaskan bahawa CINTA ADALAH FITRAH DAN 'COUPLE' ADALAH HARAM! Ini adalah berdasarkan firman Allah di dalam surah Al-Isra' ayat 32 yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu menghampiri zina kerana zina itu adalah perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan"

Di sini ingin dirungkaikan bahawa cinta yang menjadi fitrah manusia boleh menjadi suatu yang haram di sisi agama bilamana cinta yang diluahkan disertai dengan perbuatan berpasang-pasangan tanpa ikatan yang sah (nikah). Nah, Islam menggalakkan berkasih sayang sesama manusia tetapi mengharamkan 'COUPLE' kerana perbuatan itu boleh mengundang kepada perbuatan yang lebih teruk lagi keji iaitu zina. Islam menizinkan perasaan cinta itu disalurkan dengan saluran yang betul iaitu nikah.

Tetapi apa yang kita lihat pada hari pasangan muda remaja lebih suka berpasang-pasangan tanpa ada ikatan yang sah. Hal ini, menjadi antara penyebab keruntuhan akhlak dan moral masyarakat masa kini. Jika kita semak akhbar Metro pada 16 Disember 2010 yang melaporkan pasangan adik-beradik merakamkan adegan lucah! Nah, ini menunjukkan masyarakat ini semakin tenat! Tidak takutkah kita pada azab Allah! Di sini penulis sertakan sedikit sudutan berita tersebut:

BUTTERWORTH: Penyebaran rakaman aksi seks sepasang kanak-kanak yang didakwa adik-beradik melalui telefon bimbit menggemparkan penduduk sekitar bandar ini serta mencetuskan kebimbangan mengenai semakin parah keruntuhan moral masyarakat negara ini.

Ini kerana usia pasangan terbabit masih terlalu muda. Budak lelaki terbabit dipercayai berusia antara 11 dan 12 tahun manakala pasangan perempuan antara 13 dan 14 tahun.
Aksi berahi mereka dirakam dari pelbagai sudut dipercayai dalam bilik hotel atau motel oleh pihak ketiga berdasarkan katil dan keadaan sekitar.

Kakitangan swasta dikenali sebagai Azman, 25, yang memperoleh video itu melalui bluetooth daripada rakannya, berkata dia terkejut sebaik melihat aksi pasangan terbabit kerana mereka terlalu muda dan dipercayai masih bersekolah.

“Budak lelaki itu seperti murid tahun lima atau enam manakala remaja perempuan mungkin dalam tingkatan satu atau dua. Kemungkinan mereka adik-beradik kerana fizikal remaja lelaki lebih kecil berbanding pasangannya.

“Saya menggeleng kepala sebaik melihat aksi mereka yang tidak ubah seperti orang dewasa. Bayangkan apa akan jadi kepada mereka pada masa depan dan bagaimana penerimaan ibu bapa mereka jika mengetahui perkara ini,” katanya, semalam.

Menurutnya, tindakan pasangan kanak-kanak itu menggambarkan keadaan moral masyarakat yang semakin merosot dan keadaan ini yang menyumbang peningkatan kes pembuangan bayi hasil hubungan luar nikah.

“Jika murid sekolah rendah sudah pandai beraksi lucah dan dirakam pihak lain, bagaimana orang dewasa.

“Apa akan jadi kepada moral masyarakat beberapa tahun akan datang jika gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit semakin berleluasa,” katanya.

Justeru, dia berharap pihak berkuasa segera melakukan sesuatu sebelum gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit menjadi ‘wabak’ yang sukar dikawal.


Inilah antara sebab kenapa 'COUPLE' diharamkan di dalam Islam. Sedangkan adik-beradik boleh melakukan aksi lucah bersama inikan pula pasangan yang diluar sana! Dalam bercinta semua indah belaka! Sehingga sanggup menyerahkan harga diri kepada orang lain. Ayuh! Jauhi zina! (Penulisan akan bersambung untuk siri yang kedua. InsyaAllah)