|
|
|
Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan/hubungan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi samada di tempat sunyi atau di tempat terbuka. Ia merupakan suatu ciri pergaulan masyarakat jahiliyyah dan juga berasaskan kepada nilai2 dan system hidup jahiliyyah. Bentuk pergaulan seperti ini telah ditolak oleh Islam sejak kedatangan Rasulullah SAW yang membawa system dan nilai hidup yg dipandu oleh Al-Quran dan Sunnah.
BEZA ANTARA IKHTILAT DAN KHALWAT IKHTILAT Seorang lelaki & seorang perempuan berada bersama di tempat terbuka. § Cth : Di pasar/bank/sekolah @ tempat awam semasa berurusan. 2 atau lebih lelaki dan perempuan berada bersama dan tidak berniat untuk berkhalwat walaupun berada di tempat tertutup atau sunyi § Cth : Bermesyuarat dlm bilik khusus,belajar di kelas/dewan kuliah. KHALWAT Seorang lelaki dan perempuan berada bersama di tempat tertutup/sunyi. § Cth : Sudah sedia maklum dah......Dlm bilik/hotel berdua2an. 2 atau lebih lelaki dan perempuan berada bersama dan berniat untuk melakukan khalwat ditempat tertutup/sunyi. § Cth : Sekumpulan lelaki&perempuan berpakat berkhalwat dalam dewan tertutup walaupun dalam jumlah yg ramai. SALAH KE??? Ramai yg bertanyakan soalan ini malah selalu diajukan soalan ini. Semasa saya di sekolah dahulu,soalan ini amat famous sekali diajukan pada saya malah sentiasa menjadi isu semasa yang panas dalam usrah saya. Disini saya utarakan 3 pendapat atau 3 golongan dalam menghukum dan mengadili permasalahan ini:- 1- GOLONGAN MUTASYADDIDUN · Golongan ini amat keras/syadid dalam berhukum sehingga menfatwakan kesemua ikhtilat itu haram dalam apa jua keadaan sekalipun. Cth : Sekolah perlu diasingkan antara lelaki dan perempuan hatta sekolah rendah/tadika sekalipun. Malah guru perempuan hanya boleh mengajar di sekolah perempuan sahaja dan begitulah sebaliknya. Di Arab Saudi, ayah dilarang untuk menghadiri majlis di sekolah(cth:PIBG) bagi pihak anak perempuannya. · Golongan ini juga turut mendakwa memakai niqab adalah wajib selain menutup seluruh aurat. 2- GOLONGAN MUTASAHHILIN · Golongan ini terlalu memudah2kan urusan agama sehingga soal aurat dan ikhtilat ini dipandang enteng. · Aurat boleh didedahkan dan percampuran lelaki dan perempuan dibolehkan tanpa batasan atas dasar kebebasan dan hak individu. 3- GOLONGAN MUTAWASITTHIN · Golongan ini adalah golongan pertengahan yang menjadi pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. · Golongan ini bersederhana dalam pengamalan. Tidak terlalu keras/syadid atau tidak terlalu memudahkan dalam pergaulan lelaki dan perempuan. · Tidak mengharamkan dan tidak menghalalkan terus secara mutlak percampuran lelaki dan perempuan malah meletakkan garis panduan dan syarat2 tertentu dalam pengamalan ikhtilat. Daripada huraian diatas, kita perlu berpegang dan berhukum dengan golongan yg ketiga dan menolak pegangan golongan pertama dan kedua. Kita boleh berikhtilat lelaki dan perempuan tetapi mestilah disertai dengan etika garis panduan yang ditetapkan. Jika kita mengatakan haram berikhtilat secara mutlak,maka apa hikmahnya Allah menciptakan kaum wanita di bumi ini. Jika begitu,adalah munasabah jika kaum wanita berada di planet lain yang mana dikhususkan hanya untuk kaum wanita. Begitulah sebaliknya. Islam membenarkan ikhtilat bukan secara mutlak tetapi berpandu dan terarah. APA YANG SALAH??? Hati kita sering tertanya2... Apa yang salahnya ikhtilat ini?? Dimanakah salahnya ikhtilat ini??? Mengapa salah?? Sememangnya hati sentiasa berperang dengan nafsu. Nafsu sentiasa membenarkan apa yang diharamkan. Mungkin hati kita terasa remeh dengan faktor2 tegahan ikhtilat ini namun ia memberi impak maksima pada maruah,hati,diri dan seterusnya rantaian hubungan dengan Allah. Apa yang dilarang?? [ 1 ] MELIHAT النظر- - " Katakanlah kepada lelaki2 yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka...... dan katakanlah kepada perempuan2 beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka" Surah An-Nur 30-31 Sabda Rasulullah SAW : " Wahai Ali janganlah pandangan yang kedua menuruti pandangan yang pertama kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagi kamu sedangkan yang kedua itu dosa ke atasmu" Riwayat Ahmad,Abu Daud,Tarmizi [ 2 ] SENTUH – المسح - Sentuhan amat beracun kerana lelaki dan perempuan mempunyai kuasa magnet yang positif+negetif. Ada kutub utara+kutub selatan. Dalil sudah sedia maklum tentang pengharaman sentuhan lelaki/perempuan. [ 3 ] BERCAKAP LEMBUT – الحضوع في القول – " Dan janganlah kamu ( isteri2 nabi) berkata lembut dan manja serta melunakkan suaramu ketika berbicara sehingga menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya dan ucapkanlah dengan perkataan yang baik." Surah Al-Ahzab 32 [ 4 ] TIADA PENDINDING ( HIJAB ) " Dan apabila kamu meminta sesuatu y harus diminta dari mereka(isteri2 nabi) mintalah dari sebalik tabir. Cra demikian lebih baik bagi hati kamu dan hati mereka" Surah Al-Ahzab 53 [ 5 ] KHALWAT " Tidak boleh bersunyi dari kamu dengan perempuan dan tidak boleh bermusafir seorang perempuan melainkan bersamanya muhrim" Riwayat Imam Bukhari PECAHAN IKHTILAT Seperti yg bincangkan diatas,Islam meletakkan garis panduan etika bagi masalah ikhtilat ini. Ikhtilat pula terbahagi kepada 2 iaitu : [ 1 ] Ikhtilat ghoiri syar'ie [ 2 ] Ikhtilat syar'ie IKHTILAT GHOIRI SYAR'IE 1- Percampuran yang boleh menghilangkan maruah 2- Percampuran yang boleh menimbulkan fitnah 3- Bercanggah dengan adat dan adab etika Islam 4- Bukan berhajat. Yakni tidak mempunyai sebarang hajat. 5- Tidak ikut adab Islam. Tidak mengasingkan tempat lelaki/perempuan. Ikhtilat seperti ini hendaklah dicegah jika bertepatan dengan syarat. IKHTILAT SYAR'IE 1- Mempunyai hajat · Tempat menuntut ilmu · Medan jihad · Gerakan dakwah. Amar makruf nahi mungkar · Menziarah · Menghadiri jemputan. Cth: Kenduri kahwin dlll · Menunaikan haji dan Umrah · Musafir syar'ie · Muhasabah kepimpinan. Cth: Mesyuarat agung,pembentangan · Menjadi saksi · Menyaksikan hukuman. Cth: Menyaksikan hukuman hudud SYARAT2 IKHTILAT 1- Tidak bersentuhan 2- Menjaga aurat 3- Menjaga adab bercakap 4- Mengasingkan tempat ( Pada tempat2 tertentu ) 5- Dibawah kawalan orang yang dipercayai dan siqah. MENGAPA DITEGAH??? 1- Islam sangat berhati-hati menjaga sifat semulajadi manusia. 2- سد الزرائع iaitu menutup segala lubang-lubang maksiat 3- Mengelakkan fitnah yang mana memberi kesan yang besar dalam kehidupan. 4- Perbuatan ini termasuk dalam muqaddimah zina. 5- Menonjolkan ciri2 kemanusiaan dan meninggikan darjat kemanusiaan atas segala darjat. 6- Menolak bentuk pergaulan diatas ciri2 kebinatangan dalam proses pembentukkan masyarakat. 7- Melahirkan keperibadian dan generasi manusia yang tinggi etika. KESIMPULAN Sesungguhnya masalah ikhtilat ini perlu diberi pencerahan dengan suluhan Al-Quran dan Sunnah. Pergaulan bebas tanpa kawalan dan terarah akan mengunndang bahana yang membengkak dalam masyarakat. Masyarakat kita sekarang 'tenat' dan semakin menjauh dari akhlak dan budaya ketimuran. Kembali dan berubahlah kepada pengamalan dan penghayatan Islam.. Jangan terikut dek kejahilan moden... "Dan jika engkau menuruti kebanyakkan orang yang ada di muka bumi,nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Tiadalah mereka sangka semata2 hanyalah berdusta" Permasalahan Ikhtilat Ikhtilat pada prinsipnya dijelmakan dalam bentuk hubungan bebas antara lelaki dan perempuan yang ajnabi, ia boleh berlaku samada di tempat sunyi atau di tempat yang terbuka. Kesan dari perhubungan semacam ini membuka ruang kepada berlakunya perzinaan di dalam masyarakat. Sabda rasulullah saw: Maksudnya : Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang ketiganya. Hadis Riwayat Turmidzi Syariat Islam mengharamkan kepada lelaki melihat kepada wanita lain yang bukan muhrim. Seorang lelaki tidak diperbolehkan memandang kepada orang perempuan selain kepada isterinya dan wanita-wanita muhrimnya. Firman Allah : قل للمؤمنين يغضوا من أبصارهم، ويحفظوا فروجهم… وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهن، ويحفظن فروجهن… ( النور ؛ 31 ) Maksudnya : katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka…dan katakanlah kepada orang perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka. Surah An Nur : 31 Oleh kerana menahan pandangan mustahil dapat dilakukan dalam bentuk pergaulan yang bebas (bercampur lelaki dan perempuan) maka sayugialah Islam bertindak mengharamkannya, dan Islam menetapkan kepada yang ingin bermuamalat bahawa ia mestilah mengadakan sekatan yang menghalang penglihatan di antara keduanya. Firman Allah : واذا سألتموهن متاعا فاسألوهن من وراء حجاب (اللأحزاب Maksudnya : " Apabila kamu minta dari perempuan akan sesuatu seperti alat-alat yang digunakan di dalam rumah, baldi atau pinggan atau belajar ilmu atau minta sesuatu fatwa maka hendaklah kamu minta itu dari balik tabir iaitu dari belakang tabir iaitu dari suatu sekatan di antara kamu dengan perempuan itu." Surah Al Ahzab :53 Selain itu, di sini juga suka untuk dinyatakan beberapa panduan interaksi antara lelaki dan perempuan iaitu 3 perkara pokok mesti sentiasa diikuti, iaitu 1) Niat Mestilah diniatkan kerana Allah. 2) Matlamat Melibatkan perkara yang perlu dan diharuskan di dalam Islam, contohnya perubatan, pembelajaran serta pengurusan yang bertepatan dengan syara'. 3) Cara / Method Suara dan gerak geri mempunyai peranan utama di dalam interaksi, samada secara fizikal atau melalui alat-alat komunikasi. Matlamat tidak mengharuskan cara. Garis panduan asas mesti sentiasa diikuti, antaranya termasuklah: i) menjaga pandangan ii) memelihara aurat iii) bersuara dengan intonasi yang formal atau yang sepatutnya iv) mengawal gerak geri agar berpadanan dengan tujuan v) bertutur dengan perkara yang perlu sahaja Walapun telah jelas hukum serta garis panduan berkenaan ikhtilat namun di sana kita lihat masalah ikhtilat sentiasa berlaku. Siapakah yang harus kita persalahkan? Dan, lebih menyedihkan lagi bilamana penyakit terbaru ini juga merebak di kalangan mahasiswa Islam di tanah air termasuk warga azhari/ah. Adalah menjadi tanggungjawab kepada semua untuk sama-sama memikirkan masalah ini dan berusaha mencari jalan keluar. Kemelut ini tidak boleh dibiarkan. Penyakit yang berjangkit kepada mahasiswa kita ini mesti diubati dan dipulihkan sebelum ia benar-benar menjadi barah yang tidak dapat dirawat lagi. Semua pihak dan segala bentuk jentera mesti digerakkan ke arah itu. Komen aku:Artikel ni bukan hasil karya aku tp dr blog org laen...sekadar perkongsian..peringatan utk diri aku...klu korg rse bermanfaat bleh ambkl sebagai panduan hidup...wallahu'alam | |
Isnin, 22 Ogos 2011
IKHTILAT (PERGAULAN BEBAS) MENURUT HUKUM ISLAM
Isnin, 15 Ogos 2011
PeSaNaN PaDa DiRi SeNdIrI
Ermmmmmm....tetibe je rse cm nk tulis entry nie...npe ek??ermmmm...kdgkala klu tgk org laen mcm ternmpk diri sndri....org nie perangai cm ak...baik ker buruk ker sme cm ak...klu baik bgusla tp klu buruk aku kne la ubah diri ak cz ak dah tgk cermin...h0ho...
Pelik jgk...npe??npe??npe??npe ak bleh nmpk cermin....??
Jadi aku nk pesan wat diri aku sndri khususnyer dan klu korg nk ambk pesanan ini silakan...tp ambk yg korg rse baek....pesanan:
1. Jgn rse diri ko 2 hebat sbb ada yg lg hebat dr ko
2. Jgn bongkak sbb dunia nie bkn ko yg pnyer
3. Bnykkn amalan cz klu dunia nie ko pnyer bleh la ko wat syurga ko sndri
4. Jgn dok kata, kutuk, mengumpat or pe2 jer la cz ko bknnyer baek sgt
5. Klu ko dpt pujian igt pujian 2 bkn ko pnyer dan klu ko kne kutuk jgn balas kutukan 2 sbb org yg kutuk 2 pon blom tentu lg baek dr ko
6. Ingat! smua yg de hnya pinjaman bkn ko pnyer...pisahkan hati ko dr dunia...klu de dunia dlm hati blom tentu akhirat matlamat ko
Fikir2knlah wahai diri...! Selamat menjalani kehidupanmu.........
Ahad, 14 Ogos 2011
HiDaYah MiLiK TuHan
Kdgkala hati kte berbisik sndri, nape ek x smua org baek n npe plok org baek slalu pergi dlu?ermmm...mari kte berfikir...
Setiap apa yg Allah jdkn psti ada hikmahnya....manusia diciptakan sbgi fitrah...setiap manusia gak de nafsu...citer bab nafsu nie rse nk selit ckt asal kejadian nafsu...ketika nafsu diciptakan Allah S.W.T, Allah bertnyer pd nafsu "Wahai nafsu siapakah Aku?" jwb nafsu dgn bongkak "Engkau adalah engkau dan aku adalah aku!". Lalu Allah celupkan nafsu ke dlm neraka selama 100 tahun kemudian, dikeluarkan dan ditanya kembali ""Wahai nafsu siapakah Aku?" jwb nafsu dgn bongkak "Engkau adalah engkau dan aku adalah aku!". Lalu Allah celupkan nafsu kembali ke dlm neraka selama 100 tahun kemudian, dikeluarkan dan ditanya kembali ""Wahai nafsu siapakah Aku?" jwb nafsu dgn bongkak "Engkau adalah engkau dan aku adalah aku!". Lalu Allah celupkan kembali nafsu ke dlm neraka selama 100 tahun kemudian, dikeluarkan dan barulah nafsu mengaku "Engkau adalah Tuhan aku dan aku adalah hambaMU.." setelah 300 tahun dicelup dlm neraka brulah nafsu mengaku Allah adalah Tuhannya...sggh degil nafsu nie upenyer...urmmmm
Berbalik pd topik asal...hidayah mmg milik Allah tp hidayah itu perlu dicari bkn hnya dgn berdiam diri...jika kte lihat dunia hari nie ramai org hanyut entah ke mana...ada yg tersesat sempat kembali dan ada plok yg terus hanyut...ada plok yg kte tgk solat lengkap tp masih bermaksiat semakin hari semakin dahsyat...ermmm...terigt sy akn satu hadis Nabi yg diriwayatkan Imam Baihaqi :
"Solat dpt mencegah seseorg drpd perbuatan keji dan mungkar. Tetapi jika solatnya tidak dpt menjauhkannya drpd perbuatan keji dan mungkar ketahuilah solatnya menjauhkan dia dr Allah"
Sukar ditafsir dunia ini...kdgkala letih berhadapan dgn pelbagai kerenah manusia tp kdgkala plok best cz bru de cabaran dlm hdp nie...tp kn pernah jgk saya terfikir npe ek de sesetgh org yg diberi amanah utk melaksanakan kerja2 Islam tp kehidupannya x seperti apa yg dy bawa?ermmm..kne fikir lagi nie....tp sikap org melayu malas pikir...melayu ker aku??
"DENGAN INI SAYA ISYTIHARKAN BAHAWA SAYA BKN MELAYU TP SAYA ORG ISLAM"
Jd org Islam kne MINDA SUPER bru bleh jd SUPER MUSLIM...h0hO...ermmm...tp kn kte tgk skg nie jalan dakwah nie dah ramai yg sedar...jln nie bkn tergalas kat golongan ustaz n ustazah jer tp utk smua umat...nie satu perkembangan yg positif...kte jlnkn dakwah bru nmpk usaha kte yg nk kan Islam nie, kerja bg HIDAYAH kerja Allah tp kte usaha jer jgn putus...InsyaAllah Allah akn bg HIDAYAH nie wat smua....
cmne nk bentuk MINDA MUSLIM SUPER? haaaaaa....jom fikir2kn...tulisan ini akn bersambung...InsyaAllah.....jumpe lg.......daaaaaaaaaaaaaa
Khamis, 7 Julai 2011
CINTA FITRAH VS CINTA FITNAH!!!
Ramai yg berkata cinta itukan fitrah...yea cinta mmg fitrah...jd mcm mane bleh jd fitnah?fitrah kn sesuatu yg bersih dan bersesuaian dgn sifat manusia 2 sndri kn? yea, btol...tp sejauh mane cinta itu dizahirkan...cinta yg fitrah adalah cinta kerana Allah sebgaimana sabda Nabi S.A.W yg bermaksud: "'Barangsiapa yang memiliki 3 sifat ini, nescaya ia akan merasakan manisnya iman, iaitu mencintai Allah dan RasulNya melebihi segala-segalanya. Mencintai seseorang hanya kerana Allah dan tidak mahu lagi kembali kepada kafir setelah diselamatkan oleh Allah sebagaimana ia tidak mahu apabila dilemparkan ke dalam neraka."( Bukhari, Kitab: Iman 1/77, No.16. Muslim, Kitab: Iman 1/66, No. 43)
Jd salah ker wujud perasaan cinta dikalangan manusia antara lelaki dan perempuan? tak salah wahai saudaraku...jgn bunuh perasaan cinta itu...kerana Allah campakkan perasaan itu agr engkau berfikir akn kebesaranNya...jd mcm mana sy x leh cintakan seseorg sedangkan cinta yg fitrah bleh jd cinta fitnah...?? bleh saudara berfikir sebentar.....
Saudara tau apa itu al-haya'? tau....perasaan malu...nah, itu jawapannya...jika ada rasa malu terhadap Allah maka cinta itu tidak dizahirkan sewenang2nya terhadap org yg kita kasihi melainkan kita zahirkannya dgn akad nikah yg sah sebagaimana Siti Khadijah melamar Rasulullah S.A.W kerana cinta beliau kpd Baginda S.A.W...Khadijah tertarik dan jatuh cinta dgn akhlak dan budi Baginda S.A.W lalu melamarnya menjadi suami yg sah....jd begitulah sebaiknya saudara menzahirkan cinta...letak syariat di hadapan kemudian saudara akn faham...
Cinta fitnah pula ialah cinta yg membawa kita hanyut dgn perasaan...bila diungkap bermcm2 perasaan yg berbunga2 timbul...rindu merindui....bak kate pepatah klu xdpt tgk orgnyer dpt tgk atap rumah pon jd...begitukah cinta yg kalian mahu?begitukah cinta yg Allah mahu...tepuk dada tnya iman...
Ayuh! Jdkn Cinta fitrah itu bersih dan suci..jauhi cinta fitnah!! Letakkan Allah dan RasulNya mengatasi segala2nya...brulah bila cinta dgn manusia tdk terbalas kite x rse kecundang sbb kte yakin dgn cinta yg pastinya berbalas...itulah cintakan Allah dan RasulNya...Wallahu'alam

Jumaat, 24 Jun 2011
Rindu Seorang Anak
Abah,
Seringkaliku tatapi potretmu,
Yang tersimpan rapi disebalik
litupan kad yg menutupi 'walletku',
Kerinduan terasing mencengkam tulang belulang
yg kian kedinginan kasihmu,
Kaca-kaca berguguran menitis ke bumi
Abah,
Masih teringat lagi,
Saat kau membawaku berjalan bersamamu,
Menuju ke sebuah kedai runcit,
Waktu itu anakmu hanyalah budak hingusan
yg dahagakan permainan sama seperti anak-anak yg lain
"Abah, nak senapang tu.." mintaku padamu....
Engkau menegah
"Tak payahlah, kat rumahkan bnyk dah mainan...nanti mak bising kat abah..."
"Alah abah, nak jgk!" bentakku,
Engkau yg kesian melihatku lalu mengambil senapang mainan itu,
Lalu kau bertanyakan kepada tuan kedai,
"Nie berapa nie?" "Empat setengah jer ustaz" ujar Pak Lah,
Pemilik kedai tersebut....
Abah,
Barangkali org memanggilmu ustaz kerana perwatakanmu
Setiap org yg memandang akan memanggilmu ustaz walaupun engkau bkn ustaz...
Engkau dikenali jiran-jiran sebagai ustaz,
Di sekolah kau dikenali sebagai CIKGU,
Namun bagiku engkaulah CIKGU dan engkaulah USTAZ,
Kerana kau abahku,
Engkau seringkali ditolak utk mengimami solat di surau berhampiran rumah,
Surau yg terkenal dgn jolokan nama org-org dengan nama Surau Kangkar Ayam,
Tapi kau sering menolak kerana kau rasa tidak layak utk mengimami mereka yg lg tggi ilmunya,
aku mengagumimu kerana ketinggian budimu.....
Abah,
Setelah meningkat remaja,
Anakmu ini menjadi semakin liar,
Tidak menghormatimu,
Sering pulang lewat ke rumah,
Berbohong selalu,
Sehinggalah suatu hari engkau jatuh sakit,
Badanmu bengkak-bengkak,
Engkau demam, demam yg berpanjangan,
Di bulan Ramadhan kau menahan derita kesakitan....
Seminggu sebelum menyambut lebaran,
Engkau, aku dan emak pergi berjumpa pakar...
Alangkah sedihnya kami bila dikhabarkan doktor yg memeriksa,
"Encik, encik punyer buah pinggang rosak 95%, encik kne dialisis segera"
Namun abah berdegil mahu pulang ke kampung dahulu,
Kerana sudah setahun dia tidak menjenguk ibu dan ayahnya...
Abah,
Masihku ingat lagi detik yg mencemaskan,
bilamana ambulans tiba diperkarangan rumah atok,
Abah diusung masuk ke dalam ambulans,
Kami mendesak abah untuk ke hospital walaupun abah enggan,
Maafkan kami abah.........
bukan kami menderhaka atau mahu menyinggung perasaan abah,
kami tahu abah mahu melelapkan mata di rumah ataok,
tapi kami kasihankan abah...menderita....
kami mahu abah sihatttt.....
Maghrib itu takbir raya kedengaran sayup-sayup ke telinga......
menandakan kemenangan umat Islam melawan gelojak nafsu....
Takbir itu juga membawa kesedihan dihati........
Kami menunggu doktor memberikan kata putus...
"Doktor mcm mana keadaan suami sy doktor....?"tnya mak dlm keresahan...
"kenapa x bawa dy awal-awal ke hospital?"doktor bertanya seperti kesal...
"Keadaan dia dah teruk...kami kat sini x bleh berbuat apa-apa"ujar doktor muda tersebut...
Memang diakui,
peralatan di hospital Kota Tinggi tidak mencukupi utk membuat rawatan segera
tambahan dirimu semakin kritikal......
doktor tidak mahu ambil risiko dengan merawatmu...
"Jadi macam nielah puan, kami akan rujuk dia ke HSA malam nie jgk..."
Mak hanya bersetuju....
Pihak hospital menelefon HSA...
Doktor maklumkan kpd kami...."Tiada katil kosong di HSA"
Hati kami bertambah gusar....
Doktor berusaha mendapatkan tempat kosong....
Hati tidak putus-putus berdoa.....
Akhirnya ada katil kosong di HSA yg akan menempatkanmu abah..
Alhamdulillah bersyukur kpd Allah kerana memudahkan jln utk kami...
Engkau dibawa menaiki ambulans ke HSA..mak menemanimu...
Kami adk beradik dibawa pulang pak cik ke rumah atok,
Esk pg lps solat hari raya kami akn menyusul...
Abah,
Seusai solat hari raya kami pergi menjengukmu di HSA,
Engkau sudah dipindahkan ke ICU sebelum kami tiba...
bergegas kami ke wad ICU tersebut.....
aku ditugaskan utk menemani mak selama engkau berada di wad itu,
Tapi takdir Allah mendahului,
Menjelang raya yg ketiga engkau menghembuskan nafas yg terakhir
tanpa sebrang kata-kata semangat utk anak-anakmu...
berjurai airmata ini menerima khabar itu...........
Abah,
Kini hampir 6 tahun kau meninggalkan kami,
bila aku merinduimu akn aku tatap sekeping gambar yg ak simpan dlm 'walletku'....
Abah,
ketahuilah....
ketika aku menulis bait-bait rindu ini,
aku cuba kekang kaca-kaca jernih ini dari berguguran,
aku risau jika ada yg terlihat akan tingkahku ini....
Abah,
skg aku berjaya capai keputusan cemerlang dlm diploma,
InsyaAllah pinjaman yg aku buat dengan MARA akan jd biasiswa.....
dan InsyaAllah aku akn smbg ijazah pertamaku....
Abah,
sesungguhnya ak meminati bidang syariah....
jauh disudut hati aku nak jadi sebagaimana ulama silam dlm mempertahankan
agama Islam yg suci ini walaupun aku sedar aku x mampu....
aku x mampu jd sehebat ulama terdahulu.....
tetapi aku teringat kata-kata seorg ikhwah
"kalau kita x mampu utk berjuang seperti org laen, kalau kita x de ilmu sehebat org lain, kalau kita x mampu jd sehebat org lain dlm lapangan dakwah ini, cukuplah sekadar kita dapat jadi pembancuh minuman utk mereka, cukuplah sekadar kita jd tukang sapu utk mereka, tetapi jgn tinggalkan aku dlm berdakwah"
kata-kata itu jd pembakar semangatku utk terus mendaulatkan agama Allah ini....
Abah,
Semakin jauh aku menulis,
perasaan ini tidak dpt dibendung....semakin kuat kaca-kaca jernih ini menusuk mataku....
Abah,
Sampai sini dahulu tulisan anakmu,
sekadar melepaskan kerinduan dlm bait-bait kata yg tidak seberapa ini...
Abah,
Aku doakan agar kau ditempatkan bersama-sama org-org yg soleh dan beriman di syurga...
ABAH! AKU MERINDUIMU
Dari anakmu: ibnurahmah_1432
24/6/2011 bersamaan 22 Rejab 1432
Pukul 10:26 pagi= MM Homeopathy Centre

Langgan:
Catatan (Atom)