طريقة الشباب
Selasa, 12 Februari 2013
CINTA KAIN PUTIH
Ku jalan sendiri tiada tempat untuk menanti
tiadamu aku menyepi bayangmu aku mencari
ku sangkakan hujan tapi taufan datang melanda
ku mencari tanpa pegangan dan tersungkur di ketepian
kain putih yg ku berikan padamu
kini pudar warna2nya
kuselimut di atas ikal rambutmu
kian jatuh terus jejak ke bahu
ku mencari bayangmu tiada di langit biru
di lautan api
kau hilang nan semakin jauh hujung dunia kita berjumpa
bilaku lihat kau dihancur bagaikan luruh bunga yg gugur
ku sunting dirimu kan ku genggam hatimu itu
kan ku jaga bagai bungaku kau kan tumbuh terus mewangi
kau mekarlah wahaimu bunga subur mewangi di dalam hati
jgn gugur sekali lg bila dah jatuh terus menyepi
Selasa, 13 September 2011
Berjalan Tanpa Henti
Munsyid : Devotees
Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menentu
Kalau dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah
Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia
LAGU:BERJALAN TANPA HENTI
First time dgr lgu nie dh tertarik dgn liriknya...walaupun agk rancak tp liriknya sgt mendalam mksdnye...kdg2 kte sangka ujian yg kte hadapi itu terlalu berat namun Allah uji kte agr bertambah iman kte...jgn sgka kte tdk diuji i2 sudah sgt bgs tp sedarlah dibimbangi kte x diuji i2 kerana kte jauh dr rahmatNya
Isnin, 12 September 2011
Kekasih Halal!
Hehe...mgkn de yg pelik bce entry kali nie...npe plok tetibe tulis psl nie kn?huhu...sbnrnyer sje jer...dlm klas dr tgh hari td asyik dgr lagu Kekasih Halal:Wali Band...lecturer tgh lec kat dpn ak plok selambe badak dpn dy psg earphone dgr lgu...PERINGATAN! JGN TIRU AKSI NIE!... bkn pe takot korg silap lgkh...cm ak nie just nk hlg boring blaja jer...sblh dgr lgu sblh dgr lec mengajar...bahaya sbnrnyer utk aku...tp ak x kesah asal ak blaja heppy sudah...hoho
Ermmm...ak selit skali lirik lgu nie:
Aku telah lelah
Memilih memilah mencari wanita
Siapakah dirinya
Yang kan menjadi kekasih halalku
Tiba-tiba aku terpana
Ada kejutan tak terduga
Dia gadis berkerudung merah
Hatiku tergoda tergugah
Tak cuma parasnya yang indah
Dia baik dia solehah
Dia gadis berkerudung merah
Bawalah diriku padanya
Takkan habis ku berdoa
Jadi kekasih halalnya
Jadikan diriku halal memeluk
Halal menciummu
Lekaslah jangan tunda
Untuk menjadi kekasih halalku
Itu itu dia gadis berkerudung merah
Hatiku tergoda tergugah
Tak cuma parasnya yang indah
Dia baik dia solehah
Ermmmm...kesempatan tulisan kali nie aku nk ucapkan selamat pengantin baru semoga berbahgia smpi ke syurga buat sahabat2 yg berkahwin bru2 nie...yg dah bertunang 2 cpt2 lah dirikan umah tgga...bende baek jgn tunda...
tgh2 selak2 blog org laen ak terbce sebuah puisi yg bg aku susunannya indah:
Di atas hamparan sejadah suci
Hamba menadah kedua telapak tangan ini
Bagi memohon keampunan dan rahmat dariMu
Agar diberikan hamba hidayah serta taufiqMu
Supaya tidak tersimpang hamba dari jalanMu…
Hati hamba merasa hambar dan sunyi
Tanpa iman dan semangat taqwa dalam hati
Jiwa hamba kosong dan takkan berisi
Melainkan dengan redha Yang Maha Mengetahui
Yang menemukan hamba dalam bingkisan restu Yang Maha Mengasihani…
Saat tasbih mengisi ruang kosong di jari-jari
Mulut dan hati hamba bersatu berzikir mengingat ILAHI
Jiwa hamba terisi dengan munajat di malam hari
Diri ini hamba abdikan buat Pencipta langit dan bumi
Moga dosa-dosa lampau dapat dihapusi dan diampuni…
Kening ini hamba rapatkan di atas hamparan murni
Sujud dahi hamba mencecah ke bumi
Tanda syukur hamba akan kebesaran ILAHI
Tidak terukur nilai cintaMu yang tinggi
Tidak terhitung nilai kasihMu yang bertambah setiap hari…
Ya Rabbul Izzati…
Sudikah Kau menerima cinta hamba yang hina dengan longgokan dosa ini??
Semoga keampunan mendapat tempat untuk hamba yang sering lupa diri
Semoga rahmatMu sentiasa hadir menemani
Agar kehidupan duniawi dan ukhrawi hamba diredhai …
Hamba amat mendambakan cinta dariMu
Hamba juga mengharapkan pertemuan denganMu
Diri hamba ini dahaga akan belaian kasihMu
Hamparan sejadah suci hamba buktikan padaMu
Sujud cinta hamba hanyalah untuk Tuhan yang berkuasa di atas segala sesuatu…
Aku selalu mohon pada Ilahi agar aku mendapat jodoh dengan insan pilihanNya. Aku ingin cintaku dekat denganNya. Aku ingin mendapat bimbinganNya dalam melayari kehidupan bahagia yang ku idamkan.
Dalam mencari sebuah hikayat cinta
Hati yang tulus murni amat sukar ditemui
Sukar mencari jiwa yang menerima seadanya
Cinta manusia hanyalah pinjaman di duniawi
Cinta ILAHI jualah yang kekal selamanya
Hanya insan terpilih akan memiliki cinta sejati di uhkrawi…
Hadirkanlah dalam cerita hidupku
Seorang insan bernama teman
Yang sentiasa berada di dalam doaku
Bersama diriku menempuh onak perjuangan
Rela sehidup semati dalam pimpinan agamaMu
Agar dapat merasakan kemanisan iman…
Temukanlah aku dengan cinta yang mencintaiMu
Cintakanlah hatiku dengan cinta yang merindui syahid fisabilillah
Bukan cinta yang berlandaskan hawa nafsu
Kerana syaitan akan menjadi pemisah
Antara cinta hakiki dan cinta palsu
Yang hanya menyebabkan hati terbelah dan berpecah…
Berilah hatiku kekuatan dan ketabahan
Dalam mencari cinta seorang insan
Bersenjatakan kekebalan iman
Berperisaikan doa dan kesabaran
Dalam mengahadapi dunia yang penuh kepura-puraan
Menjadi sebuah permainan hidup yang mensia-siakan…
Satukanlah hatiku ini dengan sekeping hati murni
Yang membawa aku ke arah jalan kebenaran ILAHI
Yang bisa menjadi bukti lafaz cinta suci
Pada pandangan ALLAHURABBI
Agar berkekalan hingga ke syurga abadi
Dan berbahagia di taman indah firdausi…
Bisakah dicari dalam dunia yang fana’ ini
Seorang teman hidup idaman hati
Yang memiliki keteguhan iman yang tinggi
Dan mempunyai hati yang tulus suci
Serta kaya dengan budi pekerti dan akhlak terpuji
Dalam menghulurkan cinta sejati???
Semoga cinta yang sejati akan ku temui
Semoga hari itu akan menjadi saksi
Pertemuan dua hati murni di hadapan ILAHI
Di depan pintu gerbang syurga hakiki dan abadi…
Ermmmmm...arinie aku sakit2 pale n badan..mgkn sbb jauh berjalan smlm...trip PONTIAN-MELAKA-KAJANG-MELAKA...fuhhhh!letih beb tp puas hati cz konvoi dgn member2...mengungkap nostalgia kat umh sewa wak2 kat PAHANG...time blaja kat IKIP...seronok!!ermmm...sbnrnyer fikiran aku runsing pon de...haishhh...agk menganggu hdp sbnrnyer...selagi result x kuar selagi 2 aku runsing...insyaAllah 15 Sept nie result rayuan akn kuar...ak wat rayuan utk intake Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) di UKM...aku berdoa pd Allah agr ak berjaya dlm rayuan 2...sbbnyer ak mmg mengharap sgt2 dpt course yg aku mmg sgt2 minat...Ya Allah, kabulkanlah permintaanku...Aminnn
oklah!rse cm xnk menulis lg ptg nie...tetibe hlg mood...gusar pon de...kasihkan pon ada...ermm smoga Allah merahmati kalian selalu...chills ok! =)
Rabu, 7 September 2011
CoReTaN PeTaNg
Isnin, 22 Ogos 2011
IKHTILAT (PERGAULAN BEBAS) MENURUT HUKUM ISLAM
|
|
Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan/hubungan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi samada di tempat sunyi atau di tempat terbuka. Ia merupakan suatu ciri pergaulan masyarakat jahiliyyah dan juga berasaskan kepada nilai2 dan system hidup jahiliyyah. Bentuk pergaulan seperti ini telah ditolak oleh Islam sejak kedatangan Rasulullah SAW yang membawa system dan nilai hidup yg dipandu oleh Al-Quran dan Sunnah.
BEZA ANTARA IKHTILAT DAN KHALWAT IKHTILAT Seorang lelaki & seorang perempuan berada bersama di tempat terbuka. § Cth : Di pasar/bank/sekolah @ tempat awam semasa berurusan. 2 atau lebih lelaki dan perempuan berada bersama dan tidak berniat untuk berkhalwat walaupun berada di tempat tertutup atau sunyi § Cth : Bermesyuarat dlm bilik khusus,belajar di kelas/dewan kuliah. KHALWAT Seorang lelaki dan perempuan berada bersama di tempat tertutup/sunyi. § Cth : Sudah sedia maklum dah......Dlm bilik/hotel berdua2an. 2 atau lebih lelaki dan perempuan berada bersama dan berniat untuk melakukan khalwat ditempat tertutup/sunyi. § Cth : Sekumpulan lelaki&perempuan berpakat berkhalwat dalam dewan tertutup walaupun dalam jumlah yg ramai. SALAH KE??? Ramai yg bertanyakan soalan ini malah selalu diajukan soalan ini. Semasa saya di sekolah dahulu,soalan ini amat famous sekali diajukan pada saya malah sentiasa menjadi isu semasa yang panas dalam usrah saya. Disini saya utarakan 3 pendapat atau 3 golongan dalam menghukum dan mengadili permasalahan ini:- 1- GOLONGAN MUTASYADDIDUN · Golongan ini amat keras/syadid dalam berhukum sehingga menfatwakan kesemua ikhtilat itu haram dalam apa jua keadaan sekalipun. Cth : Sekolah perlu diasingkan antara lelaki dan perempuan hatta sekolah rendah/tadika sekalipun. Malah guru perempuan hanya boleh mengajar di sekolah perempuan sahaja dan begitulah sebaliknya. Di Arab Saudi, ayah dilarang untuk menghadiri majlis di sekolah(cth:PIBG) bagi pihak anak perempuannya. · Golongan ini juga turut mendakwa memakai niqab adalah wajib selain menutup seluruh aurat. 2- GOLONGAN MUTASAHHILIN · Golongan ini terlalu memudah2kan urusan agama sehingga soal aurat dan ikhtilat ini dipandang enteng. · Aurat boleh didedahkan dan percampuran lelaki dan perempuan dibolehkan tanpa batasan atas dasar kebebasan dan hak individu. 3- GOLONGAN MUTAWASITTHIN · Golongan ini adalah golongan pertengahan yang menjadi pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. · Golongan ini bersederhana dalam pengamalan. Tidak terlalu keras/syadid atau tidak terlalu memudahkan dalam pergaulan lelaki dan perempuan. · Tidak mengharamkan dan tidak menghalalkan terus secara mutlak percampuran lelaki dan perempuan malah meletakkan garis panduan dan syarat2 tertentu dalam pengamalan ikhtilat. Daripada huraian diatas, kita perlu berpegang dan berhukum dengan golongan yg ketiga dan menolak pegangan golongan pertama dan kedua. Kita boleh berikhtilat lelaki dan perempuan tetapi mestilah disertai dengan etika garis panduan yang ditetapkan. Jika kita mengatakan haram berikhtilat secara mutlak,maka apa hikmahnya Allah menciptakan kaum wanita di bumi ini. Jika begitu,adalah munasabah jika kaum wanita berada di planet lain yang mana dikhususkan hanya untuk kaum wanita. Begitulah sebaliknya. Islam membenarkan ikhtilat bukan secara mutlak tetapi berpandu dan terarah. APA YANG SALAH??? Hati kita sering tertanya2... Apa yang salahnya ikhtilat ini?? Dimanakah salahnya ikhtilat ini??? Mengapa salah?? Sememangnya hati sentiasa berperang dengan nafsu. Nafsu sentiasa membenarkan apa yang diharamkan. Mungkin hati kita terasa remeh dengan faktor2 tegahan ikhtilat ini namun ia memberi impak maksima pada maruah,hati,diri dan seterusnya rantaian hubungan dengan Allah. Apa yang dilarang?? [ 1 ] MELIHAT النظر- - " Katakanlah kepada lelaki2 yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka...... dan katakanlah kepada perempuan2 beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka" Surah An-Nur 30-31 Sabda Rasulullah SAW : " Wahai Ali janganlah pandangan yang kedua menuruti pandangan yang pertama kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagi kamu sedangkan yang kedua itu dosa ke atasmu" Riwayat Ahmad,Abu Daud,Tarmizi [ 2 ] SENTUH – المسح - Sentuhan amat beracun kerana lelaki dan perempuan mempunyai kuasa magnet yang positif+negetif. Ada kutub utara+kutub selatan. Dalil sudah sedia maklum tentang pengharaman sentuhan lelaki/perempuan. [ 3 ] BERCAKAP LEMBUT – الحضوع في القول – " Dan janganlah kamu ( isteri2 nabi) berkata lembut dan manja serta melunakkan suaramu ketika berbicara sehingga menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya dan ucapkanlah dengan perkataan yang baik." Surah Al-Ahzab 32 [ 4 ] TIADA PENDINDING ( HIJAB ) " Dan apabila kamu meminta sesuatu y harus diminta dari mereka(isteri2 nabi) mintalah dari sebalik tabir. Cra demikian lebih baik bagi hati kamu dan hati mereka" Surah Al-Ahzab 53 [ 5 ] KHALWAT " Tidak boleh bersunyi dari kamu dengan perempuan dan tidak boleh bermusafir seorang perempuan melainkan bersamanya muhrim" Riwayat Imam Bukhari PECAHAN IKHTILAT Seperti yg bincangkan diatas,Islam meletakkan garis panduan etika bagi masalah ikhtilat ini. Ikhtilat pula terbahagi kepada 2 iaitu : [ 1 ] Ikhtilat ghoiri syar'ie [ 2 ] Ikhtilat syar'ie IKHTILAT GHOIRI SYAR'IE 1- Percampuran yang boleh menghilangkan maruah 2- Percampuran yang boleh menimbulkan fitnah 3- Bercanggah dengan adat dan adab etika Islam 4- Bukan berhajat. Yakni tidak mempunyai sebarang hajat. 5- Tidak ikut adab Islam. Tidak mengasingkan tempat lelaki/perempuan. Ikhtilat seperti ini hendaklah dicegah jika bertepatan dengan syarat. IKHTILAT SYAR'IE 1- Mempunyai hajat · Tempat menuntut ilmu · Medan jihad · Gerakan dakwah. Amar makruf nahi mungkar · Menziarah · Menghadiri jemputan. Cth: Kenduri kahwin dlll · Menunaikan haji dan Umrah · Musafir syar'ie · Muhasabah kepimpinan. Cth: Mesyuarat agung,pembentangan · Menjadi saksi · Menyaksikan hukuman. Cth: Menyaksikan hukuman hudud SYARAT2 IKHTILAT 1- Tidak bersentuhan 2- Menjaga aurat 3- Menjaga adab bercakap 4- Mengasingkan tempat ( Pada tempat2 tertentu ) 5- Dibawah kawalan orang yang dipercayai dan siqah. MENGAPA DITEGAH??? 1- Islam sangat berhati-hati menjaga sifat semulajadi manusia. 2- سد الزرائع iaitu menutup segala lubang-lubang maksiat 3- Mengelakkan fitnah yang mana memberi kesan yang besar dalam kehidupan. 4- Perbuatan ini termasuk dalam muqaddimah zina. 5- Menonjolkan ciri2 kemanusiaan dan meninggikan darjat kemanusiaan atas segala darjat. 6- Menolak bentuk pergaulan diatas ciri2 kebinatangan dalam proses pembentukkan masyarakat. 7- Melahirkan keperibadian dan generasi manusia yang tinggi etika. KESIMPULAN Sesungguhnya masalah ikhtilat ini perlu diberi pencerahan dengan suluhan Al-Quran dan Sunnah. Pergaulan bebas tanpa kawalan dan terarah akan mengunndang bahana yang membengkak dalam masyarakat. Masyarakat kita sekarang 'tenat' dan semakin menjauh dari akhlak dan budaya ketimuran. Kembali dan berubahlah kepada pengamalan dan penghayatan Islam.. Jangan terikut dek kejahilan moden... "Dan jika engkau menuruti kebanyakkan orang yang ada di muka bumi,nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Tiadalah mereka sangka semata2 hanyalah berdusta" Permasalahan Ikhtilat Ikhtilat pada prinsipnya dijelmakan dalam bentuk hubungan bebas antara lelaki dan perempuan yang ajnabi, ia boleh berlaku samada di tempat sunyi atau di tempat yang terbuka. Kesan dari perhubungan semacam ini membuka ruang kepada berlakunya perzinaan di dalam masyarakat. Sabda rasulullah saw: Maksudnya : Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang ketiganya. Hadis Riwayat Turmidzi Syariat Islam mengharamkan kepada lelaki melihat kepada wanita lain yang bukan muhrim. Seorang lelaki tidak diperbolehkan memandang kepada orang perempuan selain kepada isterinya dan wanita-wanita muhrimnya. Firman Allah : قل للمؤمنين يغضوا من أبصارهم، ويحفظوا فروجهم… وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهن، ويحفظن فروجهن… ( النور ؛ 31 ) Maksudnya : katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka…dan katakanlah kepada orang perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka. Surah An Nur : 31 Oleh kerana menahan pandangan mustahil dapat dilakukan dalam bentuk pergaulan yang bebas (bercampur lelaki dan perempuan) maka sayugialah Islam bertindak mengharamkannya, dan Islam menetapkan kepada yang ingin bermuamalat bahawa ia mestilah mengadakan sekatan yang menghalang penglihatan di antara keduanya. Firman Allah : واذا سألتموهن متاعا فاسألوهن من وراء حجاب (اللأحزاب Maksudnya : " Apabila kamu minta dari perempuan akan sesuatu seperti alat-alat yang digunakan di dalam rumah, baldi atau pinggan atau belajar ilmu atau minta sesuatu fatwa maka hendaklah kamu minta itu dari balik tabir iaitu dari belakang tabir iaitu dari suatu sekatan di antara kamu dengan perempuan itu." Surah Al Ahzab :53 Selain itu, di sini juga suka untuk dinyatakan beberapa panduan interaksi antara lelaki dan perempuan iaitu 3 perkara pokok mesti sentiasa diikuti, iaitu 1) Niat Mestilah diniatkan kerana Allah. 2) Matlamat Melibatkan perkara yang perlu dan diharuskan di dalam Islam, contohnya perubatan, pembelajaran serta pengurusan yang bertepatan dengan syara'. 3) Cara / Method Suara dan gerak geri mempunyai peranan utama di dalam interaksi, samada secara fizikal atau melalui alat-alat komunikasi. Matlamat tidak mengharuskan cara. Garis panduan asas mesti sentiasa diikuti, antaranya termasuklah: i) menjaga pandangan ii) memelihara aurat iii) bersuara dengan intonasi yang formal atau yang sepatutnya iv) mengawal gerak geri agar berpadanan dengan tujuan v) bertutur dengan perkara yang perlu sahaja Walapun telah jelas hukum serta garis panduan berkenaan ikhtilat namun di sana kita lihat masalah ikhtilat sentiasa berlaku. Siapakah yang harus kita persalahkan? Dan, lebih menyedihkan lagi bilamana penyakit terbaru ini juga merebak di kalangan mahasiswa Islam di tanah air termasuk warga azhari/ah. Adalah menjadi tanggungjawab kepada semua untuk sama-sama memikirkan masalah ini dan berusaha mencari jalan keluar. Kemelut ini tidak boleh dibiarkan. Penyakit yang berjangkit kepada mahasiswa kita ini mesti diubati dan dipulihkan sebelum ia benar-benar menjadi barah yang tidak dapat dirawat lagi. Semua pihak dan segala bentuk jentera mesti digerakkan ke arah itu. Komen aku:Artikel ni bukan hasil karya aku tp dr blog org laen...sekadar perkongsian..peringatan utk diri aku...klu korg rse bermanfaat bleh ambkl sebagai panduan hidup...wallahu'alam |