Jumaat, 17 Disember 2010

Mengemis Kasih


Mengemis Kasih

Album : Secerah Pawana
Munsyid : The Zikr
http://liriknasyid.com


Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku

Bila CINTA Semua Indah Belaka! (Siri 1)

Cinta suatu perasaan fitrah yang dijadikan Allah S.W.T untuk setiap hamba-hambaNya. Namun, fitrah yang suci sering kali dirosakkan oleh nafsu yang sentiasa menujah emosi. Perasaan disukai, menyukai, disayangi, menyayangi dan sebagainya adalah suatu perasaan yang tidak bisa dielak oleh manusia yang sememangnya diciptakan Allah dalam keadaan fitrah.

Sebelum melangkah dengan lebih jauh lagi, mari sama-sama kita cari dan ketahui apa itu fitrah? Fitrah ialah sesuatu perkara yang bersesuai dengan sifat manusia itu sendiri. Sebagai contoh manusia menyukai akan kecantikan dan keindahan tetapi tidak menyukai kekotoran kerana kekotoran adalah sesuatu yang meloyakan. Jadi, di sinilah fitrah.

Setelah kita fahami maksud fitrah, di sini saya mengajak para pengunjung blog ini bersama-sama berfikir, dan beringat tentang apa yang akan diperbincangkan nanti.

Setiap manusia menginginkan cinta yang mampu berkekalan selama-lamanya. Tiada manusia yang mahu cinta mereka terkandas dipertengahan jalan. Jadi, mereka akan sedaya upaya mempertahankan cinta mereka. Di sini penulis, ingin mengingatkan diri penulis sendiri dan juga para pembaca sekalian tentang satu firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yang mafhumnya:

"Dan barangkali sesuatu yang tidak kau sukai adalah baik untukmu, dan barangkali sesuatu yang kau sukai adalah tidak baik untukmu, dan Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahui"

Di dalam percintaan semua yang dipandang adalah indah belaka dan kadangkala yang busuk pun dipandang wangi. Di sini, pasangan yang sedang hangat bercinta seringkali terjebak dengan kancah maksiat. Apabila larangan Allah S.W.T tidak diambil peduli lagi.

Di sini ingin penulis tegaskan bahawa CINTA ADALAH FITRAH DAN 'COUPLE' ADALAH HARAM! Ini adalah berdasarkan firman Allah di dalam surah Al-Isra' ayat 32 yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu menghampiri zina kerana zina itu adalah perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan"

Di sini ingin dirungkaikan bahawa cinta yang menjadi fitrah manusia boleh menjadi suatu yang haram di sisi agama bilamana cinta yang diluahkan disertai dengan perbuatan berpasang-pasangan tanpa ikatan yang sah (nikah). Nah, Islam menggalakkan berkasih sayang sesama manusia tetapi mengharamkan 'COUPLE' kerana perbuatan itu boleh mengundang kepada perbuatan yang lebih teruk lagi keji iaitu zina. Islam menizinkan perasaan cinta itu disalurkan dengan saluran yang betul iaitu nikah.

Tetapi apa yang kita lihat pada hari pasangan muda remaja lebih suka berpasang-pasangan tanpa ada ikatan yang sah. Hal ini, menjadi antara penyebab keruntuhan akhlak dan moral masyarakat masa kini. Jika kita semak akhbar Metro pada 16 Disember 2010 yang melaporkan pasangan adik-beradik merakamkan adegan lucah! Nah, ini menunjukkan masyarakat ini semakin tenat! Tidak takutkah kita pada azab Allah! Di sini penulis sertakan sedikit sudutan berita tersebut:

BUTTERWORTH: Penyebaran rakaman aksi seks sepasang kanak-kanak yang didakwa adik-beradik melalui telefon bimbit menggemparkan penduduk sekitar bandar ini serta mencetuskan kebimbangan mengenai semakin parah keruntuhan moral masyarakat negara ini.

Ini kerana usia pasangan terbabit masih terlalu muda. Budak lelaki terbabit dipercayai berusia antara 11 dan 12 tahun manakala pasangan perempuan antara 13 dan 14 tahun.
Aksi berahi mereka dirakam dari pelbagai sudut dipercayai dalam bilik hotel atau motel oleh pihak ketiga berdasarkan katil dan keadaan sekitar.

Kakitangan swasta dikenali sebagai Azman, 25, yang memperoleh video itu melalui bluetooth daripada rakannya, berkata dia terkejut sebaik melihat aksi pasangan terbabit kerana mereka terlalu muda dan dipercayai masih bersekolah.

“Budak lelaki itu seperti murid tahun lima atau enam manakala remaja perempuan mungkin dalam tingkatan satu atau dua. Kemungkinan mereka adik-beradik kerana fizikal remaja lelaki lebih kecil berbanding pasangannya.

“Saya menggeleng kepala sebaik melihat aksi mereka yang tidak ubah seperti orang dewasa. Bayangkan apa akan jadi kepada mereka pada masa depan dan bagaimana penerimaan ibu bapa mereka jika mengetahui perkara ini,” katanya, semalam.

Menurutnya, tindakan pasangan kanak-kanak itu menggambarkan keadaan moral masyarakat yang semakin merosot dan keadaan ini yang menyumbang peningkatan kes pembuangan bayi hasil hubungan luar nikah.

“Jika murid sekolah rendah sudah pandai beraksi lucah dan dirakam pihak lain, bagaimana orang dewasa.

“Apa akan jadi kepada moral masyarakat beberapa tahun akan datang jika gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit semakin berleluasa,” katanya.

Justeru, dia berharap pihak berkuasa segera melakukan sesuatu sebelum gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit menjadi ‘wabak’ yang sukar dikawal.


Inilah antara sebab kenapa 'COUPLE' diharamkan di dalam Islam. Sedangkan adik-beradik boleh melakukan aksi lucah bersama inikan pula pasangan yang diluar sana! Dalam bercinta semua indah belaka! Sehingga sanggup menyerahkan harga diri kepada orang lain. Ayuh! Jauhi zina! (Penulisan akan bersambung untuk siri yang kedua. InsyaAllah)

Selasa, 14 Disember 2010

Mahasiswa Buku VS Mahasiswa Intelek

Sebagai mahasiswa/i yang menjadi harapan negara, kita tidaklah seharusnya menjadi mahasiswa/i yang hanya bergantung pada apa yang kita pelajari di dalam subjek yang terdapat dalam pembelajaran semata-mata tapi kita seharusnya menjadikan peluang sebagai seorang mahasiswa/i ini untuk menimba sepenuh pengalaman yang berharga bagi menjana pemikiran yang lebih kreatif, kritis dan inovatif. Pemikiran yang terkehadapan berbanding individu lain atau dalam erti kata lainnya minda kelas pertama. Jika kita lihat fenomena pada hari ini mahasiswa/i lebih cenderung menjadi mahasiswa buku berbanding menjadi mahasiswa/i intelek yang mindanya bebas memikirkan hal-hal yang berkaitan sahsiah diri, kemasyarakatan, kenegaraan dan sentiasa mengambil pengetahuan atau perkembangan semasa.

Kita boleh berbangga dengan pencapaian dari segi akademik dengan merengkul pelbagai anugerah kecemerlangan namun, jika kita menilai semula pengetahuan kita sama ada cakna tentang hal semasa atau minda kita ini lebih terkehadapan atau tidak, rasa-rasanya jauh ketinggalan berbanding mereka yang lain. Mahasiswa pada hari ini lebih suka mengejar kejayaan akademik tanpa memandang persekitaran mereka, hal ini menyebabkan mahasiswa menjadi mahasiswa lesu dan minda mereka terkongkong dengan hanya satu idealisme, tidak bercambah pemikiran. Oleh itu, mahasiswa perlulah lebih cakna tentang pelbagai hal disamping mengejar kejayaan yang cemerlang di dalam pelajaran dan ini membolehkan mahasiswa membina jati diri dengan lebih mantap sebelum menghadapi dunia luar yang lebih mencabar.

Pada hemat saya, saya melihat IPT adalah satu tempat utk melatih minda mahasiswa agar lebih berketerampilan dan utk membentuk acuan kepimpinan yg lbh mantap. Jd tidak seharusnya ada halangan drpd mana2 pihak yg cbe utk mengekang idea2 drpd mahasiswa kerana golongan ini akan mewarisi pimpinan negara. Hanya kepimpinan yg bacul yg cbe menghalang idealisme mahasiswa kerana tajut kehilangan kuasa, pangkat dan kedudukan.

Mahasiswa Intelek lebih berdaya saing berbanding mahasiswa buku. Ayuh! sama-sama kita lakukan perubahan minda dan menjana minda kelas pertama!SHIFT OUR PARADIGM!

Isnin, 6 Disember 2010

Doa Akhir Dan Awal Tahun

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk
waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan
berkata:

"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada
setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca
doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"



DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah
telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".