Sabtu, 12 Disember 2009

TRAGEDI TANAH RUNTUH DI BUKIT ANTARABANGSA

Pandangan dari udara
Kesan tragedi yang sungguh dahsyat
Muhasabah buat kita semua

Ketika umat Islam menanti ketibaan Hari Raya Aidiladha, kita dikejutkan dengan tragedi tanah runtuh yang berlaku di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang jam 4 pagi semalam (7 Disember 2008). Tahun ini sahaja saya sempat melihat 2 kawasan kejadian tanah runtuh yang serius tetapi tidak melibatkan nyawa iaitu di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya pada 20 Oktober lalu dan terbaru (4 Disember) di kawasan bangunan CIMB jalan Semantan, Pusat Bandar Damansara.

Dalam kejadian di Bukit Antarabangsa ini, 4 orang sudah disahkan meninggal dunia dan seorang masih lagi hilang. 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama tertimbus. Kejadian itu juga menyebabkan jalan utama ke kawasan perumahan terbabit terputus dan beratus-ratus orang terperangkap di Bukit Antarabangsa. Bagi memastikan keselamatan penduduk, 3000 hingga 5000 penduduk kawasan terbabit diarah berpindah.

Negara kita pernah digemparkan dengan tragedi tanah runtuh di apartmen Highland Towers pada 11 Disember 1993 yang mengorbankan 48 nyawa. Dalam minggu ini tiga kejadian tanah runtuh yang berlaku, bangunan CIMB jalan Semantan, Pusat Bandar Damansara yang menyebabkan 11 kereta tertimbus. Kedua, 30 November lalu dua beradik maut selepas tertimbus dalam runtuhan banglo setingkat di Ulu Yam Perdana, Kuala Kubu Baru.

Berdasarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku ini, kerajaan mestilah menghentikan semua projek pembangunan di lereng bukit supaya tragedi malang ini tidak berulang. Belajar daripada pengalaman dan hentikan semua projek yang telah diluluskan. Setiap projek yang ingin dibangunkan aspek-aspek penting seperti keselamatan, risiko dan alam sekitar mestilah diutamakan. Jangan kerana inginkan pembangunan nyawa rakyat menjadi taruhan.

Kejadian ini juga memberi peringatan kepada kita betapa hebatnya kuasa Allah SWT. Takziah kepada keluarga 4 orang mangsa yang meninggal dunia, sama-samalah kita mendoakan untuk keselamatan dan penduduk-penduduk kawasan tersebut bersabar dengan ujian ini.

Satu persoalan bermain di minda saya, bencana-bencana besar yang menimpa negara kita seperti tragedi Highland Towers pada tahun 1993, Ribut Greek di Sabah suatu ketika dahulu dan Tsunami yang berlaku di Kuala Muda, Kedah dan sebahagian Pulau Pinang berlaku pada bulan Disember? Kejadian ini juga di bulan Disember..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan