Jumaat, 24 Jun 2011

Rindu Seorang Anak

Abah,
Seringkaliku tatapi potretmu,
Yang tersimpan rapi disebalik
litupan kad yg menutupi 'walletku',
Kerinduan terasing mencengkam tulang belulang
yg kian kedinginan kasihmu,
Kaca-kaca berguguran menitis ke bumi

Abah,
Masih teringat lagi,
Saat kau membawaku berjalan bersamamu,
Menuju ke sebuah kedai runcit,
Waktu itu anakmu hanyalah budak hingusan
yg dahagakan permainan sama seperti anak-anak yg lain
"Abah, nak senapang tu.." mintaku padamu....
Engkau menegah
"Tak payahlah, kat rumahkan bnyk dah mainan...nanti mak bising kat abah..."
"Alah abah, nak jgk!" bentakku,
Engkau yg kesian melihatku lalu mengambil senapang mainan itu,
Lalu kau bertanyakan kepada tuan kedai,
"Nie berapa nie?" "Empat setengah jer ustaz" ujar Pak Lah,
Pemilik kedai tersebut....

Abah,
Barangkali org memanggilmu ustaz kerana perwatakanmu
Setiap org yg memandang akan memanggilmu ustaz walaupun engkau bkn ustaz...
Engkau dikenali jiran-jiran sebagai ustaz,
Di sekolah kau dikenali sebagai CIKGU,
Namun bagiku engkaulah CIKGU dan engkaulah USTAZ,
Kerana kau abahku,
Engkau seringkali ditolak utk mengimami solat di surau berhampiran rumah,
Surau yg terkenal dgn jolokan nama org-org dengan nama Surau Kangkar Ayam,
Tapi kau sering menolak kerana kau rasa tidak layak utk mengimami mereka yg lg tggi ilmunya,
aku mengagumimu kerana ketinggian budimu.....

Abah,
Setelah meningkat remaja,
Anakmu ini menjadi semakin liar,
Tidak menghormatimu,
Sering pulang lewat ke rumah,
Berbohong selalu,
Sehinggalah suatu hari engkau jatuh sakit,
Badanmu bengkak-bengkak,
Engkau demam, demam yg berpanjangan,
Di bulan Ramadhan kau menahan derita kesakitan....
Seminggu sebelum menyambut lebaran,
Engkau, aku dan emak pergi berjumpa pakar...
Alangkah sedihnya kami bila dikhabarkan doktor yg memeriksa,
"Encik, encik punyer buah pinggang rosak 95%, encik kne dialisis segera"
Namun abah berdegil mahu pulang ke kampung dahulu,
Kerana sudah setahun dia tidak menjenguk ibu dan ayahnya...

Abah,
Masihku ingat lagi detik yg mencemaskan,
bilamana ambulans tiba diperkarangan rumah atok,
Abah diusung masuk ke dalam ambulans,
Kami mendesak abah untuk ke hospital walaupun abah enggan,
Maafkan kami abah.........
bukan kami menderhaka atau mahu menyinggung perasaan abah,
kami tahu abah mahu melelapkan mata di rumah ataok,
tapi kami kasihankan abah...menderita....
kami mahu abah sihatttt.....
Maghrib itu takbir raya kedengaran sayup-sayup ke telinga......
menandakan kemenangan umat Islam melawan gelojak nafsu....
Takbir itu juga membawa kesedihan dihati........
Kami menunggu doktor memberikan kata putus...
"Doktor mcm mana keadaan suami sy doktor....?"tnya mak dlm keresahan...
"kenapa x bawa dy awal-awal ke hospital?"doktor bertanya seperti kesal...
"Keadaan dia dah teruk...kami kat sini x bleh berbuat apa-apa"ujar doktor muda tersebut...
Memang diakui,
peralatan di hospital Kota Tinggi tidak mencukupi utk membuat rawatan segera
tambahan dirimu semakin kritikal......
doktor tidak mahu ambil risiko dengan merawatmu...
"Jadi macam nielah puan, kami akan rujuk dia ke HSA malam nie jgk..."
Mak hanya bersetuju....
Pihak hospital menelefon HSA...
Doktor maklumkan kpd kami...."Tiada katil kosong di HSA"
Hati kami bertambah gusar....
Doktor berusaha mendapatkan tempat kosong....
Hati tidak putus-putus berdoa.....
Akhirnya ada katil kosong di HSA yg akan menempatkanmu abah..
Alhamdulillah bersyukur kpd Allah kerana memudahkan jln utk kami...
Engkau dibawa menaiki ambulans ke HSA..mak menemanimu...
Kami adk beradik dibawa pulang pak cik ke rumah atok,
Esk pg lps solat hari raya kami akn menyusul...

Abah,
Seusai solat hari raya kami pergi menjengukmu di HSA,
Engkau sudah dipindahkan ke ICU sebelum kami tiba...
bergegas kami ke wad ICU tersebut.....
aku ditugaskan utk menemani mak selama engkau berada di wad itu,
Tapi takdir Allah mendahului,
Menjelang raya yg ketiga engkau menghembuskan nafas yg terakhir
tanpa sebrang kata-kata semangat utk anak-anakmu...
berjurai airmata ini menerima khabar itu...........

Abah,
Kini hampir 6 tahun kau meninggalkan kami,
bila aku merinduimu akn aku tatap sekeping gambar yg ak simpan dlm 'walletku'....

Abah,
ketahuilah....
ketika aku menulis bait-bait rindu ini,
aku cuba kekang kaca-kaca jernih ini dari berguguran,
aku risau jika ada yg terlihat akan tingkahku ini....

Abah,
skg aku berjaya capai keputusan cemerlang dlm diploma,
InsyaAllah pinjaman yg aku buat dengan MARA akan jd biasiswa.....
dan InsyaAllah aku akn smbg ijazah pertamaku....

Abah,
sesungguhnya ak meminati bidang syariah....
jauh disudut hati aku nak jadi sebagaimana ulama silam dlm mempertahankan
agama Islam yg suci ini walaupun aku sedar aku x mampu....
aku x mampu jd sehebat ulama terdahulu.....
tetapi aku teringat kata-kata seorg ikhwah
"kalau kita x mampu utk berjuang seperti org laen, kalau kita x de ilmu sehebat org lain, kalau kita x mampu jd sehebat org lain dlm lapangan dakwah ini, cukuplah sekadar kita dapat jadi pembancuh minuman utk mereka, cukuplah sekadar kita jd tukang sapu utk mereka, tetapi jgn tinggalkan aku dlm berdakwah"
kata-kata itu jd pembakar semangatku utk terus mendaulatkan agama Allah ini....

Abah,
Semakin jauh aku menulis,
perasaan ini tidak dpt dibendung....semakin kuat kaca-kaca jernih ini menusuk mataku....

Abah,
Sampai sini dahulu tulisan anakmu,
sekadar melepaskan kerinduan dlm bait-bait kata yg tidak seberapa ini...

Abah,
Aku doakan agar kau ditempatkan bersama-sama org-org yg soleh dan beriman di syurga...

ABAH! AKU MERINDUIMU

Dari anakmu: ibnurahmah_1432
24/6/2011 bersamaan 22 Rejab 1432
Pukul 10:26 pagi= MM Homeopathy Centre

Ahad, 12 Jun 2011

QIAMAT 2012 BERSANDAR HADIS BATIL!!!

Ada sahabat yg bertanya pndpt sy berkenaan hal tersebut:

* Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.. Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)

Mgkn ada yg akn bertnya lg...jd sy terdorong utk membuat sedikit ulasan berkaitan hal tersebut sekisar dgn kemampuan dan ilmu yg ada pd sy...sesgghnya sy dr kalangan org2 yg lemah lg jahil...segala apa yg akan sy karang jika ada benarnya silakan utk diambil tetapi jgn berpegang pd apa yg sy tulis tetap berpeganglah pd pndpt yg lbh benar...

Berikut adalah ulasan sy:

"Sebagai umat Islam kita beri'tiqad bahawa qiamat psti akn berlaku...tarikh berlakunya qiamat hanya Allah sahaja yg mengetahuinya...dgn beri'tiqad bahawa qiamat berlaku pd tarikh sekian dan sekian adalah i'qtiqad yg batil lagi menyesatkan...berdasarkan hadis diatas tiada ditunjukkan sanad yg jelas dan aku menganggap hadis ini sbgi hadis yg batil kerana tiada sanad yg jelas..tdk disertakan perawi yg merawikan hadis tersebut...sedikit ulasan berkaitan dgn hadis tersebut...menurut Dr. Fahd Salman Audah adalah DO'IF JIDDAN atau MUNKAR...salah seorg perawi hadis ini ialah Nu'aim Bin Hammad adalah seorg perawi yg bnyk merawikan hadis berkaiatan hari qiamat namun hadis yg dirawikannya tidak lari daripada hadis Munkar atau Maudhu'...Imam Az-Zahabi dalam kitab Siar A'lam nubala' berkata "Tidak boleh seseorg berhujah dgn hadis Nu'aim Bin Hammad kerana dia telah mengarang kitab fitnah akhir zaman dengan mendatangkan keajaiban2 dan bnyk ;yg dibawanya adalah MUNKAR. Dy bnyk mengambil hadis drpd Ka'Ab Bin al-Ahbar yg dikenali kerana berpegang dgn kitab2 Israillyat. Dia juga bnyk mengambil hadis drpd org2 yg x dikenali dan diragui." Begitu jgk Abdul Wahab salah seorg perawi hadis ini, menurut Al-Hakim dlm Lisnanul Mizan disebut sbgi org yg x diketahui (majhul). Wallahu'alam."

(Rujukan JAKIM)


Khamis, 2 Jun 2011

Mengenali Hadith Mawdhu’ (Palsu)

Hadith-hadith Mawdhu’ itu dapat dikenali pada sanadnya dan juga pada matannya. Di antara ciri-cirinya yang utama ialah:

1. Pengakuan yang dibuat oleh pembuat hadith itu sendiri

Umpamanya seperti yang diakui sendiri oleh Abdul Karim bin Abu Al-Auja’, Maisarah bin Abdul Rabbih dan Nuh bin Abi Maryam.

2. Perawinya terkenal pembohong

Sedangkan Hadith yang diriwayatkan tidak diriwayatkan oleh perawi lain yang tsiqah (dipercayai).

3. Bertentangan dengan kenyataan (fakta) sejarah

Umpamanya seorang perawi meriwayatkan sebuah hadith dari seorang guru, yang menurut kenyataan ia tidak pernah menemui guru itu, atau ia dilahirkan sesudah guru yang dikatakan itu meninggal dunia, ataupun ia tidak pernah datang berguru dengan guru tersebut.

Ma’mun bin Ahmad Al-Harawi mendakwa ada mendengar hadith dari Hisyam bin ‘Amman kekanda kepada Ibn Hibban, maka Ibn Hibban bertanya:

“Bilakah engkau ke kota Syam?” Ma’mun menjawab: “Pada tahun 250H.” Mendengar itu Ibn Hibban berkata: “Hisyam meninggal dunia pada tahun 245H.”

Termasuk dalam golongan ini ialah orang-orang yang mengaku sebagai sahabat Nabi dan mendengar hadith-hadith Nabi dari Nabi SAW atau dari sahabat-sahabat Nabi SAW, padahal mereka hidup ratusan tahun setelah Nabi SAW dan para sahabat meninggal dunia.

4. Motif yang mendorong membuat hadith palsu itu

Sebenarnya ada motif dan tujuan yang tertentu yang mendorong orang membuat hadith-hadith palsu itu, seperti politik, fanatik golongan, fanatik mazhab, kerana membodek raja, kerana mencari rezeki atau sebagainya.

Contoh-contohnya:

"Bubur Harisah itu akan menguatkan belakang."

Hadith ini dibuat oleh Muhammad bin al-Hajjah Al-Lakhmi, seorang penjual bubur Harisah untuk melariskan buburnya itu.

"Aku beriman kepada Jibril di sisi Ka ‘bah, maka Ia mengeraskan bacaan."

Hadith ini dibuat untuk mempertahankan pendapat dalam mazhab Syafi’e yang mengatakan Bismillah adalah salah satu ayat dari surah al-Fatihah yang wajib dibaca dengan suara keras dalam solat Jahriyyah.

Apa yang telah lalu disebutkan ialah mengenai ciri-ciri Hadith Mawdhu’ pada sanadnya. Selain itu Hadith Mawdhu’ dapat diketahui melalui matannya, iaitu:

1. Perkataan dan ayat-ayatnya sangat jelek dan janggal

2. Kerosakan maknanya:

(a) Berlawanan dengan perkara yang mudah diketahui oleh akal dan tak dapat pula dita’wil

Contoh: "Bahawasanya bahtera Nuh bertawaf di Baitullah selama 7 hari dan bersolat 2 rakaat di Maqam Ibrahim."

(b) Berlawanan dengan hukum akal mengenai Allah. Akal menetapkan bahawa Allah suci daripada menyerupai makhluk

Seperti hadith:

"Bahawasanya Allah menciptakan kuda lalu dipacunya kuda itu hingga berpeluh, maka Ia menciptakan dirinya dari kuda itu."

"Allah mengadu sakit mata, maka para Malaikat datang melawatnya."

(c) Berlawanan dengan ilmu kedoktoran

Contoh: "Buah terung itu adalah penawar bagi segala penyakit."


(d) Mengandungi dongeng yang tidak diterima akal

Seperti hadith: "Ayam putih itu adalahku dan kekasih bagi kekasihku Jibril."

(e) Bertentangan dengan kenyataan dan ilmu

Seperti hadith:

"Bahawasanya Qaf itu adalah sebuah bukit dari permata zamrud hijau yang mengelilingi dunia bagaikan tembok mengelilingi kebun dan bahu-bahu langit terletak di atasnya."

"Bahawasanya bumi ini di atas batu hampar dan batu hampar di atas tanduk lembu, maka apabila lembu jantan itu menggerakkan tanduknya bergeraklah batu hampar itu."

Al-Imam Ar-Razi berkata:

"Semua hadith yang kau dapatinya bertentangan dengan akal, berlawanan dengan dasar-dasar agama dan berlainan dengan yang dinukilkan dari Nabi, maka ketahuilah bahawa itu adalah Hadith Mawdhu’."

(f) Menyalahi keterangan Al-Quran yang qathi’e dan tidak pula dapat dita’wilkan

Contoh: "Anak zina tidak akan memasuki Syurga sampai 7 keturunan."

Hadith ini bertentangan dengan Al-Quran:

"Dan orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain." (Al-An'am: 64)

(g) Menyalahi Hadith Mutawatir

Contoh: "Apabila diriwayatkan kepada kamu sebuah hadith yang sesuai dengan kebenaran, maka ambillah dia sama ada saya mengkhabarkannya ataupun tidak."

Hadith ini bertentangan dengan Hadith Mutawatir:

"Barangsiapa yang berdusta terhadapku dengan sengaja maka bersedialah mengambil tempatnya dari Neraka." (Hadith Muttafaq ‘Alaih dan Hadith ini adalah Mutawatir)

(h) Menyalahi kaedah umum yang diambil dari al-Quran dan Sunnah

Contoh: "Barangsiapa yang dilahirkan untuknya seorang bayi lelaki lalu diberi nama Muhammad, maka dia dan anaknya di dalam Syurga."

Ini bertentangan dengan kaedah umum, iaitu masuk Syurga mesti melalui amal soleh, bukan semata-mata kerana nama atau gelaran belaka.

(i) Menyalahi kenyataan sejarah yang memang sudah terkenal pada zaman Nabi SAW

Umpamanya hadith yang menerangkan bahawa Nabi SAW memberatkan jizyah atas penduduk-penduduk Khaibar dengan disaksikan oleh Sa’ad dan dituliskan oleh Abu Sufyan, pada hal menurut riwayat yang benar bahawa jizyah itu belum lagi dikenakan pada waktu itu. Ia baru dikenakan sesudah peperangan Tabuk. Sa’ad meninggal sebelum itu pada tahun peperangan Khandak dan Abu Sufyan memeluk Islam setelah pembukaan kota Makkah.

(j) Hadith yang sesuai benar dengan mazhab yang dipegang oleh perawinya dan ia pula terlalu sangat fanatik kepada mazhabnya

Misalnya hadith: Kata Ali: "Aku menyembah Allah bersama-sama Rasul-Nya sebelum lagi Dia disembah oleh seseorang dari umat ini 5 tahun atau 7 tahun."

Hadith ini diriwayatkan oleh Habbah bin Juwain yang terlalu fanatik kepada mazhab Syi’ah.

(k) Hadith yang menerangkan pahala yang sangat besar terhadap sesuatu kebajikan yang sangat kecil

Misalnya:

"Sesuap makanan yang diberikan kepada orang lapar lebih utama daripada membina 1,000 jami’ (masjid)."

"Barangsiapa mengucapkan Laa ilaha Illallah, maka Allah menjadikan untuknya seekor burung yang mempunyai 70,000 lidah dan bagi tiap-tiap lidah 70,000 bahasa yang mereka beristighfar dengannya untuknya."

"Barangsiapa bersolat Dhuha sekian rakaat, maka akan diberikan kepadanya pahala 70 orang Nabi."

(l) Hadith yang menerangkan dosa dan siksa yang sangat besar atas kesalahan yang kecil

Umpamanya: "Barangsiapa memakan bawang putih pada malam Jumaat, maka hendaklah ia masuk Neraka selama 70 tahun."

(m) Hadith yang menerangkan sesuatu urusan agama yang kalau ada semestinya diriwayatkan oleh orang ramai

Demikianlah ciri-ciri Hadith Mawdhu’ itu, dan dengan memerhatikan ciri-ciri itu, maka Hadith Mawdhu’ dapat dikenal dengan mudah.

Ar-Rabi’ mengatakan:

"Bahasawanya di antara Hadith-hadith itu ada Hadith yang bersinar seperti sinaran waktu siang dan bahawasanya di antara Hadith-hadith itu ada Hadith yang gelap seperti malam, kita mengetahuinya dengan gelap itu."

Perkataan Ar-Rabi’ ita menunjukkan, bahawa perbezaan antara Hadith Nabi dengan Hadith Palsu itu terlalu sangat jelas dan terang, dan tanda-tandanya sangat mudah diketahui, ia bagaikan malam dengan siang.

Dan Al-Imam Ibn Al-Jawzy pula berkata:

"Hadith Mungkar yakni Hadith Mawdhu’ itu menggementarkan kulit (badan) penuntut ilmu dan kebiasaannya tidak diterima oleh hati."

Allahu a'lam bisshawab

*Dipetik dari kitab Himpunan Hadith Dha'if dan Mawdhu’, susunan Drs Abdul Ghani Azmi Haji Idris

Pakaian Peribadi Mukmin

Pakaian menurut Islam adalah sesuatu yang didedahkan oleh seseorg kpd khalayak agar kelihatan segak, tampan, cantik dan bergaya dan sudah semestinya pakaian itu adalah yg menutup aurat sebagaimana yg digariskan Islam. Islam tidak melarang umatnya bergaya malah ia turut disarankan kerana firah manusia kelihatan kemas, segak dan bergaya. Oleh kerana Islam sebuah agama yg fitrah maka kekemasan dlm berpakaian turut digariskan Islam.

Di sini ingin disertakan sedikit berkaitan dgn aurat bg lelaki dan wanita:

Lelaki: Sesama lelaki dan wanita Islam atau Kafir yg muhrim atau bukan muhrim selain suami/isteri ialah daripada pusat sehingga ke lutut

Wanita pula dapat dibahagi kepada berikut:

Bersendirian: Makruh melihat diri sendiri kecuali buang air kecil dan besar atau darurat


Dihadapan Mahram Selain Suami Dan Wanita Muslimah: Wajib menutup antara pusat dan lutut dan bg mengelakkan fitnah adalah lebih baik menutup seluruh anggota badan kecuali kepala, muka dan kaki

Dihadapan Wanita Kafir: Kesemua anggota kecuali muka dan tapak tangan (menurut pendapat Mazhab Syafi'e, Maliki dan Hanafi. Mazhab Hambali mengatakan makruh jika dilperlihatkan kepala dan kaki)

Ini berdasarkan firman Allah di dalam surah An-Nur:31 yang bermaksud:

"
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya"

Firman Allah lagi di dalam surah An-Nur:60 yang bermaksud:

"
Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; dalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui"


Ingin ditambah pula berkaitan cara pemakaian tudung bagi wanita sepertimana yang digariskan Al-Quran di dalam surah Al-Ahzab ayat 59 yg bermaksud:

"
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"

Jadi
adakah anda (WANITA) memakai tudung sebagaimana Al-Quran sarankan? Tepuk dada tanya IMAN!

Islam tidak melarang untuk berfesyen tetapi ada garis panduan yg dibenarkan Islam. Oleh itu, wahai MUSLIMAH yg mulia sesgghnya pakaian melambangkan peribadi kita. Mungkin ada sesetengahnya berkata "Buat apa nak hipokrit?" "Ah, aku tak pakai tudung tapi hati baik". Sedarlah wahai MUSLIMAH anda terpedaya dgn pujuk rayu syaitan dan iblis yg sentiasa menyesatkan manusia. Anda berkata berdasarkan nafsu bukan berdasarkan IMAN. Sedarlah juga bahawa IMAN anda sedang ditarik perlahan-lahan.


P/S: Pesanan untuk MUSLIMIN (LELAKI) juga.

Cara berpakaian juga mestilah yg baik dan sopan dengan tidak menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah.


Memetik kata-kata Ibnu Umar:

"
Pakaian yang tidak disanjung oleh orang-orang yg bodoh, dan tiada dicaci oleh orang-orang yg bijaksana kerana melebihi batasan pertengahan"

Di sini dapatlah dilihat bahawa Islam menyarankan agar umatnya memakai pakaian yg baik (secara sederhana tanpa membazir atau menunujuk-nunjuk dan membangga diri). Kerana membangga diri atau riak dan takbur adalah suatu perbuatan yg dilarang di dlm Islam, sebagaimana yg dpt kita lihat di dlm hadis Nabi S.A.W:


"Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sikap takbur walaupun sebesar debu." [HR. Muslim]


Pernah suatu ketika Imam Malik membrikan fatwa dlm keadaan dirinya yg memakai pakaian yg org melihatnya kurang meyakinkan (dapat digambarkan seperti memakai singlet). Org ramai tdk menghiraukan beliau sehingga beliau pulang ke rumah dan menukar pakaiannya kepada jbah yg bersih kemas dan berserban barulah org ramai mendengar fatwanya.

Jelas di sini bahawa pemakaian memainkan peranan penting bagi mendapat "thiqah" (kepercayaan) orang ramai. Pakaian yg kemas, bersih dan cantik melambangkan seseorg itu berjiwa kemas dan menarik. Justeru, berpakaianlah menurut garis panduan Islam bukan hawa nafsu!