Ada sahabat yg bertanya pndpt sy berkenaan hal tersebut:
* Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.. Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)Mgkn ada yg akn bertnya lg...jd sy terdorong utk membuat sedikit ulasan berkaitan hal tersebut sekisar dgn kemampuan dan ilmu yg ada pd sy...sesgghnya sy dr kalangan org2 yg lemah lg jahil...segala apa yg akan sy karang jika ada benarnya silakan utk diambil tetapi jgn berpegang pd apa yg sy tulis tetap berpeganglah pd pndpt yg lbh benar...
Berikut adalah ulasan sy:
"Sebagai umat Islam kita beri'tiqad bahawa qiamat psti akn berlaku...tarikh berlakunya qiamat hanya Allah sahaja yg mengetahuinya...dgn beri'tiqad bahawa qiamat berlaku pd tarikh sekian dan sekian adalah i'qtiqad yg batil lagi menyesatkan...berdasarkan hadis diatas tiada ditunjukkan sanad yg jelas dan aku menganggap hadis ini sbgi hadis yg batil kerana tiada sanad yg jelas..tdk disertakan perawi yg merawikan hadis tersebut...sedikit ulasan berkaitan dgn hadis tersebut...menurut Dr. Fahd Salman Audah adalah DO'IF JIDDAN atau MUNKAR...salah seorg perawi hadis ini ialah Nu'aim Bin Hammad adalah seorg perawi yg bnyk merawikan hadis berkaiatan hari qiamat namun hadis yg dirawikannya tidak lari daripada hadis Munkar atau Maudhu'...Imam Az-Zahabi dalam kitab Siar A'lam nubala' berkata "Tidak boleh seseorg berhujah dgn hadis Nu'aim Bin Hammad kerana dia telah mengarang kitab fitnah akhir zaman dengan mendatangkan keajaiban2 dan bnyk ;yg dibawanya adalah MUNKAR. Dy bnyk mengambil hadis drpd Ka'Ab Bin al-Ahbar yg dikenali kerana berpegang dgn kitab2 Israillyat. Dia juga bnyk mengambil hadis drpd org2 yg x dikenali dan diragui." Begitu jgk Abdul Wahab salah seorg perawi hadis ini, menurut Al-Hakim dlm Lisnanul Mizan disebut sbgi org yg x diketahui (majhul). Wallahu'alam."
(Rujukan JAKIM)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan