Pakaian menurut Islam adalah sesuatu yang didedahkan oleh seseorg kpd khalayak agar kelihatan segak, tampan, cantik dan bergaya dan sudah semestinya pakaian itu adalah yg menutup aurat sebagaimana yg digariskan Islam. Islam tidak melarang umatnya bergaya malah ia turut disarankan kerana firah manusia kelihatan kemas, segak dan bergaya. Oleh kerana Islam sebuah agama yg fitrah maka kekemasan dlm berpakaian turut digariskan Islam.
Di sini ingin disertakan sedikit berkaitan dgn aurat bg lelaki dan wanita:
Lelaki: Sesama lelaki dan wanita Islam atau Kafir yg muhrim atau bukan muhrim selain suami/isteri ialah daripada pusat sehingga ke lutut
Wanita pula dapat dibahagi kepada berikut:
Bersendirian: Makruh melihat diri sendiri kecuali buang air kecil dan besar atau darurat
Dihadapan Mahram Selain Suami Dan Wanita Muslimah: Wajib menutup antara pusat dan lutut dan bg mengelakkan fitnah adalah lebih baik menutup seluruh anggota badan kecuali kepala, muka dan kaki
Dihadapan Wanita Kafir: Kesemua anggota kecuali muka dan tapak tangan (menurut pendapat Mazhab Syafi'e, Maliki dan Hanafi. Mazhab Hambali mengatakan makruh jika dilperlihatkan kepala dan kaki)
Ini berdasarkan firman Allah di dalam surah An-Nur:31 yang bermaksud:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya"
Firman Allah lagi di dalam surah An-Nur:60 yang bermaksud:
"Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; dalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui"
Ingin ditambah pula berkaitan cara pemakaian tudung bagi wanita sepertimana yang digariskan Al-Quran di dalam surah Al-Ahzab ayat 59 yg bermaksud:
" Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"
Jadi adakah anda (WANITA) memakai tudung sebagaimana Al-Quran sarankan? Tepuk dada tanya IMAN!
Islam tidak melarang untuk berfesyen tetapi ada garis panduan yg dibenarkan Islam. Oleh itu, wahai MUSLIMAH yg mulia sesgghnya pakaian melambangkan peribadi kita. Mungkin ada sesetengahnya berkata "Buat apa nak hipokrit?" "Ah, aku tak pakai tudung tapi hati baik". Sedarlah wahai MUSLIMAH anda terpedaya dgn pujuk rayu syaitan dan iblis yg sentiasa menyesatkan manusia. Anda berkata berdasarkan nafsu bukan berdasarkan IMAN. Sedarlah juga bahawa IMAN anda sedang ditarik perlahan-lahan.
P/S: Pesanan untuk MUSLIMIN (LELAKI) juga.
Cara berpakaian juga mestilah yg baik dan sopan dengan tidak menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah.
Memetik kata-kata Ibnu Umar:
"Pakaian yang tidak disanjung oleh orang-orang yg bodoh, dan tiada dicaci oleh orang-orang yg bijaksana kerana melebihi batasan pertengahan"
Di sini dapatlah dilihat bahawa Islam menyarankan agar umatnya memakai pakaian yg baik (secara sederhana tanpa membazir atau menunujuk-nunjuk dan membangga diri). Kerana membangga diri atau riak dan takbur adalah suatu perbuatan yg dilarang di dlm Islam, sebagaimana yg dpt kita lihat di dlm hadis Nabi S.A.W:
Pernah suatu ketika Imam Malik membrikan fatwa dlm keadaan dirinya yg memakai pakaian yg org melihatnya kurang meyakinkan (dapat digambarkan seperti memakai singlet). Org ramai tdk menghiraukan beliau sehingga beliau pulang ke rumah dan menukar pakaiannya kepada jbah yg bersih kemas dan berserban barulah org ramai mendengar fatwanya.
Jelas di sini bahawa pemakaian memainkan peranan penting bagi mendapat "thiqah" (kepercayaan) orang ramai. Pakaian yg kemas, bersih dan cantik melambangkan seseorg itu berjiwa kemas dan menarik. Justeru, berpakaianlah menurut garis panduan Islam bukan hawa nafsu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan